Sabtu, 24 Julai 2010 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Wanita di dalam Islam
Dari gambaran sekilas pandang,seperti yang digambarkan di atas,ternyata betapa rendahnya kedudukan wanita dalam berbagai-bagai masyarakat manusia di dunia.Oleh kerana keadaan itu sengaja dibuat-buat oleh manusia dan merupakan penginayaan manusia terhadap manusia Cuma berlainan jenis,maka Allah s.w.t. telah mengutus RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ketaraf yang wajar.Muhammad s.a.w. dating dengan ajaran yang benar dari Allah s.w.t. memperbetulkan yang salah dan mengangkatkan apa yang sepatutnya diangkat,meletakkan wanita dalam perundangan Islam kena pada tempat dan keadaannya.
Al-Quran dan hadis telah menentukan kedudukan yang wajar bagi wanita dan menjamin hak-haknya supaya tidak disalahertikan oleh kaum lain.

1. Persamaan Taraf.
Kaum wanita pada umumnya adalah sama tarafnya dengan kaum lelaki,masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.Tidak dibenarkan cemuh-mencemuh antara satu sama lain,seperti yang berlaku dalam perundangan yang sebelumnya,seperti yang dibentangkan sebelum ini.Malah ada ketikanya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita,khususnya ibu-ibu,lebih mulia dari kaum lelaki,jika bertakwa lebih.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.”(Surah Al-Hujurat:Ayat 13)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang bberamal di antara kamu,baik laki-laki atau perempuan,(kerana) sebahagian kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.’’(Surah Ali-Imran:Ayat 195)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kamu semua berasal dari Adam.Adam dari tanah.Tidak ada kelebihan bagi seorang Arab dengan bukan Arab,bagi seorang yang berkulit putih dengan yang berkulit hitam melainkan ketakwaan kepada Allah sahaja yang berbeza.’’

Sabda Rasulullah lagi seperti yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tarmidzi dan lain-lain yang bermaksud:

“Wanita-wanita itu adalah sebahagian daripada lelaki’’

2. Kelebihan-kelebihan Khusus.
Dalam beberapa hal,Islam meletakkan kaum wanita,khususnya ibu-ibu,ke suatu tempat yang lebih mulia dari kaum bbapa.Di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa’e dan Muslim yang bermaksud lebih kurang: ”Seorang lelaki telah mengadap Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: ”Siapakah ya Rasulullah yang paling berhak untuk saya dampingi?.” Jawab Rasulullah: ”Ibumu”.Lelaki itu bertanya lagi: ”Kemudian siapa lagi?” Jawabnya: ”Ibumu”.Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?”. Jawab Rasulullah: ”Ibumu”.Kemudian ”Siapa lagi?”.Baru diberi jawapan oleh Rasulullah s.a.w. ”Bapamu”.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud; ”Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.”Tetapi sayangnya hadis ini dingkari oleh puak ”WAHABI” yang menyatakan bahawasanya hadis ini lemah dan hadis yang dibawa oleh Ibn Abbas adalah mungkar.

3. Tanggungjawab Bersama
Islam telah memperbetulkan anggapan salah setengah manusia yang terdapat di dalam agama yang terdahulu,yang masih dipegang hingga ke hari ini mengatakan:kerana kesalahan dan dosa perempuanlah(Hawa) maka semua kaum lelaki terpaksa menanggung dosa.Malah ada anggapan yang mengatakan perempuan itu adalah makhluk yang suka membuang angkara sehingga lelaki terpaksa menanggung beban,pada hal yang sebenarnya tidak begitu:

Firman Allah yang bermaksud: ”Syaitan telah menggoda kedua-duanya (Adam dan Hawa) sehingga mereka berdua diusir dari syurga.” (Surah Al-Baqarah:Ayat 36)

Di sini jelas bahawa kesalahan pertama yang dilakukan oleh manusia adalah kesalahan antara lelaki dan perempuan yang tidak boleh dipersalahkan satu pihak sahaja.Semuanya adalah tanggungjawab bersama.

4. Konsep Ganjaran Berdasarkan Amalan
Wanita di dalam Islam sebenarnya berdiri di atas kakinya sendiri,yang akan dierhitungkan amal baktinya mengikut tenaga usahanya.Mereka berhak apa yang lelaki berhak,tanpa dibeza-bezakan,sesuai dengan keadaan fizikalnya.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: ”Siapa yang berbuat baik sama ada lelaki ataupun perempuan dengan syarat mereka beriman,maka sesungguhnya akan di berikan kepadanya kehidupan yang bahagia dan sesungguhnya Kami beri balasan pahala kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.“(Surah An-Nahl:Ayat 97).
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim,lelaki dan wanita yang mukmin,lelaki dan wanita yang tetap di dalam ketaatannya,lelaki dan wanita yang benar,lelaki dan wanita yang sabar,lelaki dan wanita yang khusyuk,lelaki dan wanita yang bersedekah,lelaki dan wanita yang berpuasa,lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya,lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah; Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.’’(Surah Al-Ahzab:Ayat 35)

5. Hak-hak Sivil.
Islam telah memberikan hak sivil keada kaum wanita sesuai dengan tabiat semulajadinya sebagai wanita dan telah meletakkan hak-hak itu di tempatnya yang betul.Kaum wanita diberi kedudukan tersendiri di dalam menentukan nasibnya.Tidak boleh dihina diperlakukan seperti barang jualan.Mereka berhak di atas diri mereka.

Perempuan yang telah sampai umur ’baligh’berhak di atas dirinya di dalm segala hak sivil pada umumnya.Perkahwinan adalah menurut kemahuannya.Di dalam mazhab Hanafi,wanita yang baligh samada masih perawan atau telah janda tiada boleh dikahwinkan melainka dengan kemahuannya.Malah ia sendiri boleh mengahwinkan dirinya dengan siapa sahaja yang dia sukai.
Dalam mazhab Shafi’e,perempuan yang cukup umur jika dikahwinkan oleh walinya (bapa atau datuknya atau sebagainya) dengan seorang yang tidak setara dengannya,maka perempuan itu berhak membubarkan perkahwinan itu melalui kadi.Adapun seseorang perempuan yang telah janda samaada kecil atau besar ia berhak di atas dirinya sendiri,dan tidak ada siapa yang boleh memaksanya berkahwin.
Perlu juga disebut bahawa wanita-wanita dalam perundangan Islam apabila dikahwinkan,tidak sekali-kali akan bertukar coraknya,khususnya namanya,seperti yang bberlaku didalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs.......Wanita-wanita Islam tetap dengan nama asalnya,tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang hanya mendatang di dalam hidupnya.Tidaklah jelas bagi wanita Islam kini contohnya yang telah ditunjukkan oleh wanita yang terdahulu,khususnya isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri,seperti Khadijah,Aisyah,Hafsah dan sebagainya telah berkahwin dengan seorang yang paling mulia,paling tinggi darjat takwanya.Paling dihormati,iaitu Muhammad s.a.w. tetapi tidak merubah namanya.Dalam sejarah tetap terkenal dengan Khadijah binti Khuwailid,Aisyah binti Abu Bakar,Hafsah binti Umar dan sebagainya.Dan itulah realiti taraf wanita di dalam Islam bergantung kepada keperibadiannya.Tidaklah kepada keperibadian suaminya seperti yang terdapat sekarang.
Tindakan setengah-setengah pejuang “woman’s lib“ di barat dan lain-lainnya masih menjadi tanda tanya bila mereka dengan rela menghilangkan nama sendiri yang ditukar kepada nama suami dengan menambahkan Mrs. di hujungnya sedangkan mereka tidak mahu dianggap rendah dan diperbeza-bezakan di dalam hidupnya.Tidakkah dengan hilangnya nama dan nama keturunan,sebenarnya telah merendahkan sendiri darjat yang seharusnya dipelihara?Dan apabila bertukar suami bertukarlah pula nama.Seolah-olah diri wanita itu hanya wujud dan teguh bila tiada bersuami.Apabila telah bersuami telah larutlah nama dan hilanglah ketturunannya.Di dalam Islam seseorang itu hendaklah dipanggil mengikut bapanya.
Selain dari soal perkahwinan dan taraf hidup wanita dalam perkahwinan tersebut,Islamtelah memberikan hak-hak sivil kepada perempuan sesuai dengan sifat semulajadinya.Wanita yang telah genap umur yang diistilahkan dengan “Baligh’’ boleh bertindak sendiri dalam urusan berjual beli.Mengadakan sebarang kontrek,memiliki harta dan membelanjakannya,bertukar milik dan sebagainya,berkongsi dalam urusan-urusan hidup,memberi,menghadiah,atau mendermakan hartanya menurut sesuka hatinya tanpa boleh diganggu gugat oleh keluarganya,walaupun bertaraf wali,asalkan tindakannya itu tidak berlawanan dengan hukum-hukum syarak.
Dengan fakta-fakta yang ringkas di atas dapatlah disimpulkan bahawa wanita dalam perundangan Islam mendapat hak dalam berbagai bidang antaranya:
1. Di bidang nilai kemanusiaan,Islam tidak membedakan antara lelaki dan wanita.Kedua-duanya adalah sama nilainya di hadapan Allah dan pada pandangan manusia umumnya.
2. Di bidang sosial wanita adalah dianggap oleh Islam sebagai anggota masyarakat yang sama-sama berhak dan sama-sama di dalam undang-undang.Baik diberi ganjaran yang baik dan jahat mendapat balasan yang setimpal.
Adapun perkara-perkara yang terdapat perbezaan sedikit sebanyak di dalam hak-hak tertentu sememangnya sesuai dengan sifat semulajadi berdasarkan,apabila hak didapati,maka ada pula kewajipan terhadap yang diberikan.
3. Di bidang hak milik maka wanita boleh bertindak bebas dalam memiliki hartanya,membelikan hartanya dan sebagainya.Berhak menentukan nasibnya dalam beberapa perkara seperti yang telah diterangkan.Wallahu’alam(Bersambung minggu hadapan).
0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Wanita Dalam Perundangan Barat
Di dalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805 diharuskan seseorang menjual isterinya.Undang-undang tersebut telah menetapkan harga minima bagi seseorang wanita islsh 6 pence.Pernah berlaku di suatu masa selepas undang-undang itu digantikan,seorang Inggeris dalam tahun 1931 telah menjual isterinya dengan harga 500 paun.Peristiwa ini telah sampai kemahkamah.Peguam lelaki tersebut di dalam pembelaanya telah menyebut bahawa perbuatan lelaki itu tidak salah kerana ternyata wujud undang-undang Inggeris yang mengharuskannya di suatu masa yang baru lalu.
Pendakwa telah berhujah dengan mengatakan:walaupun benar apa yang disebut oleh peguam bela,tetapi sebenarnya undang-undang itu telah dimansuhkan di dalam tahun 1805.Akhirnya lelaki tadi telah di denda dengan 10 tahun penjara.
Di dalam majalah yang bernama “HADHARATUL ISLAM”(Tamadun Islam)keluaran tahun 1916 ada memuatkan kisah seorang Itali yang menjualkan isterinya kepada seorang lelaki dengan bayaran beransur-ansur.Apabila pembeli tersebut kemudiannya enggan menjelaskan baki harga perempuan tersebut,maka berlakulah pergaduhan yang menyebabkan pembeli tersebut terbunuh.
Apabila berlaku Revolusi Perancis perisytiharan mengharamkan penindasan sesaama manusia dibuat.Tetapi tidak termasuk penindasan terhadap wanta.Di dalam undang-undag sivil Perancis ketika itu ada dinyatakan bahawa wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya.Tidak boleh menjual beli dan menbuat kontrak tanpa keizinan penjaganya.Hal tersebut berlanjutan sehingga tahun 1938.
Prof.Doktor Ali Abdul Wahid Wafi di dalam kitabnya halaman 20 telah berkata:”Keadaan wanita di Perancis amat menyedihkan hingga zaman akhir-akhir ini,malah hingga sekarang masih tidak terbela sepenuhnya.Mereka disisihkan dari undang-undang sebagai tidak layak mendapat sepenuhnya hak sivil.”

Dalam undang-undang Sivil Perancis(Code Napolean)perkara 217 ada tercatat:

“Perempuan yang telah berkahwin,meskipun perkahwinannya diasaskan di atas sesuatu persetujuan pengasingan hak milik harta suami isteri,,namun tidaklah bererti membolehkan isteri tersebut menghebah atau memberi hartanya attau memindah milik atau membelikan sebarang harta baru tanpa disertai dengan suaminya di dalam kontrak atau persetujuan suami tersebut secara bertulis.”

Satu hal yang ketara lagi,apabila seseorang perempuan telah berkahwin,maka secacra automatik namanya dan keluarganya hilang,ditukarkannya nama baru yang dikenal sebagai Mrs...............(nama suaminya).Dengan kehilangan itu akan hilag namanya sendiri,dan keluarganya.Semuanya larut di dalam nama suaminya.
(Bersambung minggu hadapan)
http://berilmuberamalberiman.blogspot.com
BY:Muhamad Luqmanul Hakim bin Muhamad Zil Min
Sabtu, 10 Julai 2010 1 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'> (Sambungan minggu lepas)

Wanita Dalam Perundangan Yahudi
Di dalam Kitab Agama Yahudi,perkara 7-12 ada menjelaskan:

Maksudnya:
”Seseorang bapa yang susah hidupnya boleh menjual anak perempuannya bersama dengan kumpulan hamba bagi mengatasi kemiskinan.”

Dalam kitab suci agama Yahudi yang dikenal dengan ”Talmud” ada tercatat:”Tidak boleh seorang perempuan Yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati bahawa suaminya telah melakukan hubungan sex dengan perempuan lain walaupun di dalam rumah mereka sendiri.”Di muka yang sama dalam kitab Talmud itu juga terdapat begini maksudnya:
”Lelaki Yahudi boleh melakukan apa sahaja kepada isterinya,ia boleh menikmatinya sepertimana dia menikmat seketul daging yang di beli di pasar samada dengan merendam,membakar atau apa sahaja yang digemarinya,atau melemparkannya sahaja.”

Professor Dr Mustafa Assibaie di dalam kitabnya yang tersebut tadi,halaman 19 ada menyebut:
”Anak-anak perempuan Yahudi tidak boleh mendapat sebarang pesaka daripada harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit,emas perak jika ada di kalangan keluarganya itu seorang anak lelaki,meskipun emas perak yang ditinggalkan itu berpikul-pikul.”

Jika harta benda yang ditinggalkan itu harta benda tetap seperti tanah,rumah dan sebagainya,maka perempuan-perempuan itu tidak boleh menerima pesaka,Cuma boleh menerima belanja hidup dari si lelaki yang menguasai pusaka itu.

Di dalam Kitab Taurat,terdapat begini maksudnya:
”Wanita-wanita adalah lebih bahaya atau lebih bala daripada lelaki.Sejahat-jahat lelaki ada sekurang-kurangnya seorang yang ’baik’ dari satu ribu orang,sedangkan bagi perempuan tidak akan terwujud perkara seperti itu.”

(Bersambung minggu hadapan)
Sabtu, 3 Julai 2010 0 ulasan

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM DAN SESUDAH ISLAM

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Masalah kedudukan wanita di dalam perundangan Islam adalah masalah yang kerap kali sengaja disalahertikan oleh sesetengah golongan dengan cuba menimbulkan satu dua persoalan yang agak kontroversal,lalu dikatakan Islam tidak memberi tempat yang wajar kepada wanita dalam perundangannya.Sedangkan masalah wanita dalam perundangan Islam tidaklah sekali-kali boleh dilihat dari satu sudut sahaja atau dari satu duamasalah yang ditimbulkan,malah mestilah dilihat dari segenap aspek dan liku-luku dan dinilai dari keseluruhan perundangan itu sendiri,di samping membandingkannya dengan beberapa perundangan-perundangan yang lain,barulah akan diketahui di mana letaknya taraf wanita dalam perundangan Islam sebenarnya.
Dalam meninjau dan menilai kedudukan wanita dalam perundangan Islam,kita agak sukar dapat mengukur apakah yang diberi dan dibela oleh Islam untuk kaum wanita,tanpa mengetahui dan meneliti taraf dan kedudukan wanita(pada umumnya)dalam perundangan-perundangan yang yang lain,serta dalam perundangan-perundangan yang wujud sebelum kedatangan Islam dan perundangan yang diciptakan selepas kedatangan Islam.Dengan mengetahui sepintas lalu(sekurang-kurangnya)kedudukan wanita dalam perundangan-perundangan tersebut akan jelaslah apa yang diberikan oleh Islam untuk wanita.Apakah undang-undang yang ada di dalam Islam merupakan penghinaan kepada wanita,ataupun kehormatan dan kemuliaan yang tidak ada bandingnya dalam mana-mana perundangan di dunia.

Wanita Dalam Perundangan Greek
Dalam sejarah ketamadunan manusia,tamadun Greek adalah dianggap suatu tahap tamadun yang boleh di banggakan buat masa itu.Namun begitu,wanita ketika itu menurut Prof Dr.Mustafa Assibaie dalam kitabnya:”AL-MAR’AH BAINA AL-FEQAH WAL QANUN” halaman 13,dikurungkan di dalam rumah,tidak diberi peluang langsung untuk belajar.Dia dihina dan dianggap khadam yang najis.
Wanita juga boleh dijuan beli seperti barang-barang dagangan.Tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah.Malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup selain dari makan minum,tempat tinggal dan pakaian.
Di kemuncak tamadun Greek pula wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki,model-model perempuan bogel dipopularkan dan merebaklah keruntuhan moral yang akhirnya tamadun Greek turut runtuh bersama-samanya.

Wanita Dalam Perundangan Romawi
Wanita dalam perudangan Rome adalah lebih menyedihkan.Di mana masa muda remajanya,wanita di kongkong di bawah kekuasaan penjaganya sama ada bapa atau datuknya atau sebagainya,yang diistilahkan dengan “PeterFamilies”.Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan,malah boleh menghalau wanita itu keluar rumah atau menjualnya,tanpa pembelaan undang-undang untuk mereka.Lebih dari itu,hak hidup bagi seorang wanita boleh ditentukan oleh penjaganya.Demikian menurut Professor Dr.Ali Abdul Wahid Wafi dalam kitabnya:”AL-MAR’AH FIL ISLAM”.Sesudah berkahwin wanita berubah milik dari bapanya kepada suamiya dan terputuslah hubungan dengan keluarganya yang asal.Suami pula berhak mengisikan tempat yang telah di kosongkan oleh bapanya,dalam tindak-tanduknya terhadap wanita itu.Demikian ditegaskan oleh V.Girad dalam buknya “DROIT ROMAIN”,halaman 180.
Keadaan yang menyedihkan kaum wanita ketika itu telah cuba diselamatkan di zaman Justinian(yang mati pada 565M)dengan sesuatu undang-undang yang dikenal dengan “JUSTINIAN LAW”tetapi tidakberjaya mengubahkan keadaan kecuali dalam beberapa hal sahaja.
Sebelum “JUSTINIAN LAW”itu ada suatu undang-undang yang dikenal dengan istilah Arab yang bermaksud undang-undang dua belas.Dalam undang-undang tersebut handaklah dengan tiga syarat,iaitu:
1. Cukup umur
2. Siuman akal(tidak gila)
3. Lelaki

Jelaslah di sini wanita ketika ini berada di dalam keadaan yang menyedihkan.(BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN).

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;