Khamis, 23 Disember 2010 0 ulasan

Surah Ar-Rum

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> 1.Alif Lam Mim.

2.Orang-orang Rum telah dikalahkan.
Dalam satu peperangan,tentera Rum telah dikalahkan oleh tentera Farsi.Peristiwa ini menyebabkan kaum musyrik di Makkah bergembira.Sebaliknya orang-orang Islam berdukacita,kerana orang-orang Rum ialah ahli kitab,sedang orang-orang Farsi ialah orang Majusi iaitu penyembah api.Lalu turun firman Allah s.w.t. dalam ayat ini dan ayat-ayat yang berikutnya bagi menerangkan bahawa meskipun orang-orang Rum telah tewas tetapi mereka akan menang dalam beberapa tahun lagi.Kira-kira 9 tahun kemudian,Rum telah mengalahkan Farsi.Dengan ayat tersebut,kebenaran apa yang telah dibayangkan didalam al-quran.
Sama juga dengan kemenangan pihak lawan di Galas pada 4 November 2010,kita tidak perlu berdukacita,tetapi kita perlu bangkit dan terus berjuang atas dasar Islam di atas sepertimana yang Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul AM PAS laksanakan sekarang ini,INSYAALLAH kemenangan akan menjadi milik kita.

3.Di negeri yang dikatakan sekali(di daerah yang dikatakan sekali dengan semenanjung tanah arab),dan mereka sesudah kekalahannya itu itu akan mengalahkan lawannya.

4.Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun.Kepada pantadbiran Allah jua terpulang segala urusan,sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya,dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rum) itu,orang-orang yang beriman akan bergembira.
Ayat ini menyatakan bahawasanya semua benda,perkara dan lain-lain lagi yang dibuat jika mengikuti apa yang Allah s.w.t. suruh maka segalanya akan menjadi mudah,kerana Allah s.w.t. membantu orang yang ingin menegakkan agama Allah dan suruhannya.Jadi inilah yang PAS perjuangkan,untuk mengembalikan manusia kejalan yang benar.Pasal isu orang kafir,Islam tidak memaksa mereka masuk Islam seperti firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 256:

“Tidak ada paksaan dalam agama,(Islam,salah satu daripada asas agama Islam ialah tidak adanya sesuatu paksaan,yang perlu ialah memberikan penerangan dan dakwah islamiah kepada orang ramai dengan cara yang baik dan bijaksana serta dengan contoh-contoh amalan yang baik menurut ajaran Islam yang sebenarnya.)kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).Oleh itu,sesiapa yang tidak percayakan Thaghut(syaitan,berhala dan apa sahaja yang menyesatkan),dan ia pula beriman kepada Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama)yang teguh,yang tidak akan putus.Dan ingatlah Allah amat mendengar,lagi amat mengetahui.’’

Jadi semua manusia boleh berfikir,mana yang baik dan yang buruk.Mana yang betul dan mana yang salah.

5.Dengan kemenangan diberi Allah (pada hari itu orang-orang Islam bergembira kerana berjaya mengalahkan kaum kafir musyrik di medan perang Badar,dan bergembira pula mendengar berita kemenangan Rum) ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakinya,dan dialah jua yang maha kuasa,lagi amat mengasihani.
Jadi walaupun PAS kalah di GALAS pada 4 NOVEMBER 2010,insyaAllah PAS akan rampas balik GALAS daripada UMNO pada PRU KE-13 nanti insyaAllah.Dengan kekuasaan Allah s.w.t. PAS pasti menang.PAS kalah PRK baru-baru ini adalah kerana Allah s.w.t. ingin menguji dan memberi kesedaran kepada para pemimpin dan rakyat yang mana Allah s.w.t. akan menguji seseorang tersebut untuk meningkatkan darjatnya dan ingin melihat adakah manusia tersebut akan berputus asa ataupun tetap gigih berusaha.Jadi ayohlah sahabat-sahabat seperjuangan jom bangkit kembali aura kita jangan berputus asa.Pasti Allah s.w.t. bersama orang-orang yang benar.Sama-sama kita berdoa agar di Malaysia ini menjadi pemerintahan Islam yang sebenar-benarnya bukan ambik separuh-separuh jer ikut rasa bekenan ke tak.Marilah kita menadah tangan dan berdoa “ALLAHUMMANSURIL ISLAMA FI MALIZIYYIN’’ 3x InsyaAllah pakat amalkan setiap kali solat insyaAllah akan termakbul.Jika mereka menyerang kita menggunakan media massa dan lain-lain lagi maka kita menyerang mereka dengan menggunakan bantuan daripada Allah s.w.t. walaupun lambat ianya akan berhasil juga.

6.Demikian dijanjikan Allah.Allah tidak pernah mengubah janjinya,akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya(hakikat yang sebenarnya).
Yakni segala yang dijanjikan oleh Allah,samaada yang berhubung dengan dunia atau berhubung dengan akhirat,tetap berlaku.Kita pun tahu bahawa Allah yang berkuasa,yang dapat menentukan apa-apa sahaja perkara,tetapi kita diberi peluang iaitu melalui doa.Sesungguhnya doa ini dapat mengubah qadha seseorang.Rasulullah s..a.w. bersabda:“La yaruddul qadha illa biddua’’. yang bermaksud:“tidak berubah qadha seseorang itu kecuali dengan doa’’.Jadi,doa ini adalah senjata orang mukmin.Berdoalah wahai saudaraku sekalian,mudah-mudahan doamu di terima dan di makbulkan oleh Allah s.w.t. insyaAllah amin ya Rabbal A’lamin.Dalam pada ayat kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa kemenangan dan kejayaan itu tidak akan dapat dicapai melainkan oleh orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya menurut peraturannya yang telah tentukan oleh Allah taala.Jelas disini menyatakan usaha itu penting bagi kita semua untuk mencapai kejayaan.Usaha tangga kejayaan.Oleh itu,janganlah sesekali kita menyerah kalah,berputus asa dari sebarang pekerjaan dan lain-lain lagi.Kerana berkat dengan usaha dan kesabaran kita insyaAllah Allah akan membantu kita dalam apa jua bentuk sekalipun.

7.Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir iaitu dari kehidupan dunia sahaja,dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Sesetengah daripada orang islam memang tidak mengambil berat akan hal seperti ini.Sebab itulah jika kita lihat di masjid-masjid hanya beberapa orang yang pergi untuk menunaikan solat fardhu.Adakah yang lain tidak mengetahui telah sampai waktu untuk solat???.Sebenarnya mereka bukannya tidak tahu tetapi mereka sengaja buat-buat tidak tahu,kerana ingin mengejar dunia yang sementara ini sehingga biarkan akhirat kehidupan yang kekal abadi.Sebab itu setiap perkara yang dilakukan mestilah di mulakan dengan bismillah insyaAllah mudah-mudahan kita mendapat berkat dan pekerjaan yang kita buat akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Cukuplah setakat ini sahaja kupasan yang mampu ana buat,insyaAllah jika diberi kesempatan kita akan menyambung lagi kupasan surah ar-rum ini sehingga habis.Jika ada salah dan silat mohon ampun dan maaf kerana manusia tidak lari dari berbuat kesalahan.Apa yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri.Akhirnya Wallahua’lam.Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;