Ahad, 31 Mac 2013 0 ulasan

Salahkah berzikir dengan pelbagai cara?

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bismillahirrahmanirrahim….Alhamdulillahirabbila’lamin…Segala puji bagi Allah,dengan izin dan limpah kurniaannya,diberikan juga kesempatan,kekuatan,ketenangan untuk menulis artikel terbaru ini.Alhamdulillah,syukur sekali lagi kepada Allah,pencipta alam ini.Sesungguhnya segala kekuatan yang diberikan,adalah pinjaman olehNya.TanpaNya,siapalah kita.Artikel hari ini merujuk kepada jawapan mengenai ‘Bolehkah berzikir,berselawat dengan menari atau pelbagai gaya?’Sepertimana yang telah kita ketahui,ramai dikalangan kita sedang enak membahaskan tentang isu ini,ada yang memberi pandangan boleh,ada yang mengatakan tidak boleh.Hampir kesemua mereka yang mahu mempelajari agama seolah-olah takut dengan agamawan zaman sekarang.Kerana masing-masing mempunyai pegangan masing-masing.Jawapan kepada persoalan di atas ialah boleh.Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.
Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.
Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.
Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.
Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).
Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.
Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlahDan ada juga setengah daripada mereka mengkritik mengenai qasidah serta menterjemah setiap bait-bait yang dilafazkan dengan salah.Disini saya datangkan bait-bait qasidah tersebut dengan terjemahannya. 

يَا هَنَانَا

Betapa Beruntungnya Kami


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

{dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad}Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

{ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah}Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا

{ya hana na}Betapa Beruntungnya Kami


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

{khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani}Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

{ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah}Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)


يَا هَنَانَا

{ya hana na}Betapa Beruntungnya Kami


مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

{min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar}Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anamlalu kabilah Mudhar{(kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia}


يَاهَانَانَأ

{ya hana na}Betapa beruntungnya kami


اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

{athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon}Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

{dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah}Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT


يَاهَنَانَا

{ya hana na}Betapa beruntungnya kami


صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

{shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami}Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama


صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

{shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami}Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan


يَا هَنَانَا

{ya hana na}Betapa beruntungnya kami
       

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;