Ahad, 15 November 2009 0 ulasan

Madah Ukhwah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

‘Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.’

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh.

Kata2 imam al Ghazali 'Apabila kamu suka kepada seseorang itu, maka sukalah dengan berpada pada kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan membencinya. Apabila kamu benci kepada seseorang itu, maka bencilah dgn berpada pada, kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan menyukainya'

'sahabat itu dilihat dari agama ...' Setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar (mengutamakan org lain dari kepntgn dirinya) , manakala serenda- rendah ukhuwwah ialah salamatus sodri (berbaik sangka)....

“Jika engkau ingin bersahabat dengan seseorang, buatlah dia marah. Maka, jika dia tetap berlaku adil kepadamu dalam kemarahannya, jadikanlah ia sahabatmu. Tetapi jika tidak demikian tinggalkanlah dia” Saidina Ali

Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."

..sahabat-sahabat fahamilah erti ukhuwwah..ia bukan ungkapan kata pemanis bicara atau penghibur ayat madah berbunga..tapi maksudnya cukup dalam..,sehinggakan orang yang berukhuwwah kerana ALLAH dijanjikan-NYA mendapat lindungan di saat tiba hari yang tiada perlindungan melainkan lindungan Allah semata-mata..salam ukhuwwah fillah.

CT:http://ibnu-alkulimi.blogspot.com
0 ulasan

Kecantikan dan Keindahan Seorang Wanita

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah
letaknya keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah
harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah
atau menunjuk-nunjuk.
dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi
kecuali perlu sahaja.
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat
atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau
mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak
terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan, bahkan istiqamah ibadahnya.
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercaya.
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya,
tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, "Abang ke mana?
Dari mana? Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?"
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur
dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat
meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia
tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
yang sukar dicari dan dijumpai di zaman ini..

dipetik: http://yuhazama.blog.friendster.com
CT:http://ibnu-alkulimi.blogspot.com
Jumaat, 13 November 2009 0 ulasan

Menggunakan Anak Sebagai Pelayan.........

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum...Alhamdulillah...Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoret beberapa masalah zaman sekarang ini...
Berkaitan dengan tajuk diatas,kalau kita tengok,zaman sekarang ini ramai ibubapa yang membuka kedai makan dan menggunakan anak wanitanya(terutama)sebagai pelayan kedai tersebut.Malah kebanyakkan kedai di negara ini yang menggunakan wanita sebagai pelayan.Ini yang saya selalu perhatikan ketika hendak menjamu selera bersama keluarga tercinta ataupun semasa musafir.
Saya heran..Kenapa anak lelaki ada tetapi anak perempuan jugak yang pergi ambil order..Hmmmm...Sungguh pelik..Jika anak perempuannya berpakaian elok seperti menutup aurat dan sebagainya tak pelah..Ni,masyaallah...Pakaian macam orang yang telanjang dah...
Sepatutnya,sebagai ibubapa,seharusnya memerhati,ambil kisah ataupun dalam bahasa Kelantannya "ambil cakno" dalam hal-hal yang macam nie..Jangan pandang remeh dalam hal-hal yang macam nie..Di sebabkan perangai yang macam nie lah berlakunya kes rogol.Puncanya adalah disebabkan ibubapa sendiri yang tidak mendidik anaknya pada waktu kecil dahulu dengan didikan agama yang secukupnya.
Saya bukan nak salahkan ibubapa..Tetapi hanya untuk menyedarkan sesetengah yang masih buta,pekak,tuli dan sebagainya tentang masalah ini.Ingatlah sesungguhnya kerana wanita lelaki lemah,dan tanpa wanita lelaki kalah..
Sepertimana yang kita tahu,anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci),dan ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani,dan Majusi.Disini jelas menyatakan bahawa ibubapa adalah pencorak kepada anaknya..Jadi sebagai ibubapa perlulah mengambil berat dalam hal-hal yang macam ni..
Pada pandangan saya,orang perempuan tidak seharusnya menjadi pelayan,cukuplah sebagai tukang masak sahaja..Tentang pelayan tu,orang lelaki boleh buat kerja tu..Cukuplah sebagai tukang masak sahaja...Dan pakaian juga perlulah menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh Islam,jangan pakai tudung sahaja,tetapi pakai seluar jeans yang ketat..Ini tidak melambangkan ciri sebagai seorang muslimah.Ingatlah hukum orang perempuan yang memakai seluar ketat adalah haram dalam Islam.Bagaimana pula dengan seluar yang tidak ketat??..Ha..Seluar,kain,pakaian dan sebagainya jika ketat adalah haram,jika tidak ketat,contohnya seluar..Pada pandangan saya lebih elok seseorang perempuan tersebut memakai baju kurung..Sesuai dengan ciri-cirinya seorang perempuan ataupun seorang muslimah..
Sebagai seorang Muslim,saya memperingati anda supaya sentiasa menjaga maruah diri anda tak kira lelaki ataupun perempuan kerana ianya adalah dituntut dalam agama kita(Islam)
Semoga apa yang saya tulis ini anda semua dapat fahami dam ikuti...Selamat berubah..Waallahu'alam..

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"
Rabu, 11 November 2009 0 ulasan

Panduan Kekal Amalan Baik Selepas Ramadhan

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum...Alhamdulillah..syukur saya kehadrat ilahi..kerana bagi kepada saya ruangan masa untuk menulis artikel terbaru..
Hari ini saya akan bagi beberapa tips ataupun panduan untuk kekal amalan baik selepas bulan ramadhan.
Sememangnya kita telah tahu,bahawasanya bulan Ramadhan telah meninggalkan kita hampir 2 bulan lebih.Sedar ataupun tidak,pastinya itulah hakikatnya.Fikirkanlah apa yang telah kita lakukan pada bulan tersebut,samaada perkara baik ataupun perkara buruk.
Terus kepada tujuan asal kita iaitu tips-tips untuk kekal membuat perkara baik.Sebenarnya ianya ada banyak,tetapi hanya beberapa yang dianggap penting sahaja yang saya masukkan.Tipsnya adalah:
  • Cuba mencari pertolongan Allah untuk membimbing anda berada di jalan lurus dan tetap tetap teguh di landasan kebenaran.Mengenai perkara ini elok diperhatikan ayatal-Quran yang bermaksud:"(Mereka berdoa dengan berkata):Ya Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan melimpah-limpah pemberianNya.
  • Gigih mengikuti kuliah dan syarahan agama.
  • Menambah pengetahuan mengenai biografi nabi,sahabat dan golongan beriman samaada melalui buku atau sumber lain.Ia akan memandu anda untuk tetap berada pada landasan kebenaran serta mencontohi jejak langkah mereka yang terpuji dan diredhai Allah.
  • Mendengar rakaman ceramah agama.
  • Tekun mengerjakan ibadat(wajib)dengan penuh tanggungjawab.
  • Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan walaupun sedikit.Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:"....amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan,walaupun sedikit."
  • Mula memerhati ayat al-Quran.Baca ayat al-Quran yang anda pelajari ketika mengerjakan solat dan amalkan membacanya sekerap yang boleh.
  • Banyak berzikir(mengingati Allah)dan memohon keampunan daripada Allah.Amalan ini mungkin nampak kecil,tetapi jika selalu diamalkan,ia akan meningkatkan keimanan dan memberikan kekuatan kepada jiwa.
  • Waspada terhadap setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat,program televisyen yang tidak sopan,lagu dan gambar yang tidak elok.
  • Terakhir tetapi penting ialah taubat,iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan menyimpang daripada landasan kebenaran lagi.Allah suka apabila hamba-hambaNya dengan taubat yang sebenar-benarnya.Lebih-lebih lagi jika hambanya itu adalah orang yang masih muda.
Itulah antara tips-tips yang dapat saya tulis.Semoga kita semua dapat mengikutinya,supaya kita sentiasa berada di bawah lindunganNya dan menjadi hambaNya yang diredhai sebagaimana orang-orang yang terdahulu.Waallahu'alam.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"
Selasa, 10 November 2009 0 ulasan

Masalah-masalah Zaman Sekarang

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sekarang ini ramai di antara orang-orang yang suka mengata or menuduh orang sesuka hati.Kalau dengan bahasa kasarnya "ikut suka mek dio jah nak kata apa kat orang".Diaorang lantak je nak cakap apa tanpa menghiraukan siapa orang yang di kata...Orang begini boleh didefinisikan sebagai orang yang bodoh...
Sifat ini amat jauh daripada sifat orang-orang yang terkemuka seperti shekh-shekh yang terkenal.Lihat lah dulu sapa kita,layakkah kita menuduh,mengunjing dan lain-lain lagi terutama kepada ulama'.
Kita pun tahu yang bahawasanya ulama' itu adalah pewaris nabi.Jadi kenapa kita perlu pertikaikan apa pendapat ulama' tersebut.Mungkin disebabkan rasa bangga diri yang melampaui batas itu menyebabkan diaorang kata macam tu.Ye lah,lupe pulak saya,ulama'kan tak reti dalam bab akademik ni.Diaorang je yang pandai.
Sebenarnya siapa yang kata ulama' itu tidak pandai dalam bab akademik,sudah nyata saya boleh definisikan orang tersebut sebagai orang yang terbodoh sekali diatas bumi ini,kerana macam-macam ilmu yang telah ulama' tersebut belajar ada juga kaitannya dengan akademik,seperti ilmu falak,ianya merangkumi ilmu matematik dan sains.Dan lain-lain ilmu yang berkaitan dengannya.
Saya harap semua tuduhan yang di lemparkan kepada ulama' haruslah di buang jauh-jauh..Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;