Selasa, 17 November 2009 0 ulasan

Al-Quran Merentasi Zaman

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Assalamua'laikumwarahmatullahiwabarakatuh...Alhamdulillahirabbila'lamin...Syukur kepada Tuhan yang menciptakan bumi ini,yang menciptakan langit,yang menciptakan segala yang ada diatas muka bumi ini.Sesungguhnya Dialah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa keatas sesuatu.Segala ni'mat yang diberikan haruslah digunakan sebaik-baiknya.
Sebagaimana yang telah kita ketahui yang bahawasanya al-Quran itu di turunkan secara beransur-ansur.Dan segala yang terkandung didalamnya bukan coretan biasa yang kita boleh baca seperti buku-buku,surat khabar dan lain-lain lagi.Ianya adalah kalam Allah,semua masalah-masalah,kisah-kisah dan lain-lain lagi terkandung didalam ini,dan ianya juga tak lapuk ditelan arus zaman.Semua zaman sesuai digaunakan al-Quran sebagai panduan.
Peristiwa Nuzul al-Quran yang berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke-41 daripada kelahiran Rasulullah S.A.W membawa sinar kepada seluruh manusia ketika itu dalam kegelapan jahiliah.
Bermula daripada peristiwa itu,zaman yang penuh dengan kegelapan berubah wajah dengan cahaya iman dan Islam,manakala amalan yang sesat serta batil bertukar kepada kebenaran juga keadilan.
Manusia yang dulunya hidup bertuhankan hawa nafsu kini beralih menyembah Allah S.W.T.Dalam erti kata lain,Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.
Firman Allah S.W.T didalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu,melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".
(Surah Al-Anbia:Ayat 107)
Al-Quran adalah mukjizat yang dianugerah Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan panduan manusia.
Tiada sesiapapun yang mampu mencipta ayat al-Quran walaupun sepotong dan setanding dengan kehebatan al-Quran.Firman Allah S.W.T didalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan kalau kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad),cubalah buat dan datangkan satu surah yang berbanding dengan al-Quran itu,dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah S.W.T,jika betul kamu orang yang besar".
(Surah Al-Baqarah:Ayat 23)
Al-Quran kitab suci yang kekal sifatnya,sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman juga lokasi.Ia bukan panduan untuk satu bangsa atau masa tertentu sahaja,tetapi pembawa rahmat seluruh seluruh alam sehingga hari kiamat.
Manakala perbahasan dan pengajaran yang diketengahkan di dalamnya pula membawa banyak manfaat kepada manusia,seperti hasil kajian sains berkaitan biologi manusia(tubuh badan manusia)mengesahkan bahawa setiap daripada kita mempunyai cap jari yang berbeza antara satu sama lain.
Dan sesungguhnya al-Quran menyebutkan perkara itu lebih awal lagi dari kajian berkenaan iaitu sejak 1,429 tahun yang lampau.Hanya kita sahaja yang tidak tahu akan hal ini.Kita hanya mengagung-agungkan saintis-saintis barat yang menciplak banyak benda yang yang diambil daripada segala kitab-kitab yang dihasilkan pada waktu dahulu.Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-yulangnya?Bukan sebagaimana yang disangka itu,bahkan Kami berkuasa menyusun jarinya(tulang yang lebih halus dari yang lain)".
(Surah Al-Qiamah:Ayat 3-4)
Demikian juga kajian berkaitan deria kulit manusia yang baru diketahui mempunyai sel yang banyak serta paling sensitif.Perkara itu digambarkan dalam al-Quran ketika mana orang berdosa diazab dalam neraka kelak,setiap kali kulit lain untuk menggandakan keazaban yang berkekalan.
Sama-samalah kita menjadikan al-Quran itu sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu,keluarga,masyarakat serta negara.Sesungguhnya semua hukum dan peraturanNya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah S.W.T didalam al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kejalan yang benar(iaitu ajaran Islam)dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar".
(Surah Al-Isra':Ayat 9)
Disini sudah jelaslah bahawasanya al-Quran adalah sebagai panduan bagi segala perbuatan tidak kira pada zaman apapun.Jadi kita sebagai umat Islam dan juga umat Nabi Muhammad S.A.W sama-samalah kita tegakkan Islam samada dari segi hukum-hakam dan sebagainya.Sama-samalah kita berubah sementara masih ada waktu ini.Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"
"TEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM"
Isnin, 16 November 2009 0 ulasan

Syirik,Khurafat Boleh Membawa Sesat

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum...Alhamdulillahirabbil'alamin...syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi macam-macam ni'mat kepada saya dan semua makhluk ciptaanNya.
Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah S.W.T yang maha kuasa,oleh itu ukuran sempurana atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.
Bagaimanapun,segelintir umat Islam yang belum benar-benar sempurna tauhidnya mencampurkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid.
Perlu difahami bahawa syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah S.W.T pada sifat Uluhiyyiah atau sifat Rububiyyah-Nya.
Sifat Uluhiyyiah Allah S.W.T ialah sifat yang berhak disembah,dipatuhi perintahNya,dicintai,diberi tumpuan dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak segala keburukan.
Manakala Sifat Rububiyah Allah S.W.T pula ialah sifatNya dalam mentadbir,mengurus,mendidik dan mengasuh makhluk ciptaanNya.
Oleh kerana itu,amatlah sesat dan syirik jika mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihi,mencintai,dan mentaati Allah S.W.T atau meminta selain mengharapkan sesuatu hajat daripada sebarang makhluk.
Firman Allah S.W.T di dalalam al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakinya.Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain),maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
(Surah An-Nisa':Ayat 48)
Berdasarkan kajian oleh pihak tertentu,kepercayaan dan amalan khuafat masih subur dalam masyarakat kita seperti percaya pada bomoh dan dukun untuk memenuhi sesuatu hajat termasuk pangkat,kedudukan dan pengaruh.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang menemui tukang tilik atau ahli sihir atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya akan apa yang dikatakan oleh mereka itu,sesungguhnya dia telah menggerunkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W."
Amalan khurafat lain pula termasuk memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal,pelaris perniagaan,penolak bahaya,penyembuh penyakit,penggerun,penunduk musuh dan sebagainya.
Rasulullah S.A.W melarang keras amalan memakai tangkal azimat dan di dalam sebuah hadis,baginda menyebut:
"Sesungguhnya jampi mentera,tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah syirik".
Selain itu,ada segelintir umat Islam yang percaya pada hari tertentu seperti Rabu yang boleh menandatangkan keburukkan kepada sesuatu pekarjaan seperti majlis kahwin,perasmian sesuatu program dan sebagainya.
Disebabkan yakin kepada kesialan hari tertentu,ada yang terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekarjaan sedangkan sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa jua pekerjaan.
Mutakhir ini kita dapati segelintir umat Islam mula mempercayai bintang dan angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan.
Justeru,ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli nombor tertentu seperti nombor pendaftaran kenderaan yang diyakini boleh membawa tuah.
Demikian juga kepercayaan kepada bintang yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran seseorang sehingga dijadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup.
Firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau(wahai Muhammad)menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.Oleh itu,sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)".
(Surah Yunus:Ayat 106)
Semoga kita tidak mengikuti golongan ini,Na'uzubillahiminzalik.Mintak jauh ya Allah!!!...Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"
0 ulasan

Peringatan Kepada Semua

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sifat Pemarah,Dekati Perempuan Tanpa Muhrim Iblis Suka.....

Assalamu'alaikum....Alhamdulillahirabbil'alamin..Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana memberi akal fikiran yang sihat,yang sentiasa dapat menyimpan ilmu-ilmu yang bermanafaat,dan dapat memberitahu kepada semua apa yang telah dipelajari.
Seperti yang kita tahu bahawa iblis adalah musuh ketat bagi umat Islam.Iblis sentiasa menghasut cucu-cicit Nabi Adam a.s supaya membuat kemungkaran.Kita tengok apa yang berlaku apabila iblis bertemu dengan Nabi Musa a.s.
Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata:"Engkaulah yang dipilih Allah untuk risalah dan langsung berkata-kata kepadamu,sedan aku seorang makhluk biasa,yang ingin juga bertaubat kepada Tuhan,maka tolonglah aku semoga dapat diterima taubatku."
Nabi Musa a.s gembira lalu Baginda mengambil wuduk,lantas bersolat dan berdoa:"Ya Tuhan,iblis seorang mkhlukMu,ia akan bertaubat,maka terimalah taubatnya".Maka diturunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s:"Ya Musa!,dia tidak akan bertaubat".Jawab Nabi Musa:"Ya Tuhan!,dia minta taubat".
Maka turun wahyu kepada Nabi Musa:"Aku terima permintaanmu Musa,maka suruhlah ia(iblis)sujud kepada kubur Adam,maka Aku akan menerima taubatnya."
Nabi Musa sangat gembira,dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis,tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata:"Aku tidak akan sujud kepadanya(Adam)pada masa hidupnya,bagaimana akan sujud sesudah matinya?Lalu iblis barkata:"Hai Musa,kerana engkau menolong aku kepada Tuhan,maka kini engkau berhak mendapat hadiah dariku:"Aku berpesan kepadamu tiga perkara:
  • Ingatlah kepadaku(iblis)ketika marah,sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
  • Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh perang sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri dan anak-anaknya serta hartanya,sehingga ia lari kebelakang(meninggalkan perjuangan).
  • Awaslah,jangan duduk sendirian dengan wanita bukan muhrim,sebab aku sebagai utusannya(perantaraan) kepadamu dan urusannya kepada kamu.
Kejadian diatas adalah pedoman kepada manusia supaya tidak mengikut arahan iblis yang sentiasa mahu merosakkan keturunan Adam a.s.
Peristiwa ini juga mengingtkan supaya lelaki dan wanita mengetahui batasan pergaulan,karana yang ketiga di antara mereka adalah iblis la'natullah.Sentiasalah menjaga diri masing-masing supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat.Jika ada perasaan marah kerana sesuatu,segeralah mengambil wudhu dan berselawat keatas nabi.Selalulah berdoa kepada Allah S.W.T supaya kita semua tergolong di dalam golongan yang benar dan akan ditempatkan di dalam syurga kelak.
Sentiasalah kita mengingati rakan-rakan,kaum keluarga dan lain-lain lagi yang lupa ataupun tidak tahu(jahil) supaya kita semua sentisa berada di jalan yang benar.Semoga amal kebajikan kita dapat menolong kita di akhirat nanti.Wallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!
0 ulasan

Siapa Sebenarnya Wahhabiy

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Istilah Wahhabiy begitu sinonim dengan sejarah peradaban Islam. Ia merujuk kepada aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1115H di Wadi Hanifah, daerah Uyainah dalam negeri Najd (kini Riyadh). Ayahnya Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf seorang qadhi dalam mazhab hambali. Sayangnya, MAW tidak menelusuri disiplin ilmu sebagaimana lazimnya.

Buktinya, Imam Ibn Humayd al-Hanbali(mantan Mufti Mazhab Hambali di Makkah) menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) tidak menguasai disiplin ilmu sebagaimana yang menjadi tradisi alim ulamak dan keluarganya pada waktu itu. Sebaliknya, MAW begitu fanatik dengan fahaman dua ulamak kontroversi dalam mazhab Hanbali iaitu: Syeikh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Ditambah dengan beberapa pandangan keras Mazhab Hambali dan ijtihadnya sendiri, maka lihirlah fahaman Wahhabiy. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu murka kepada beliau. (Imam Muhammad bin Abdillah bin Ibn Humayd al-Hambali, wafat 1295), t.thn, Maktabah Imam Ahmad, hlm 275)

Perlu diketahui bahawa Muhammad Abdul Wahhab pada mulanya tidak menzahirkan secara terbuka fahamannya itu semasa ayahnya masih hidup kerana dikhuatiri menimbulkan amarah ayahnya. Akan tetapi, setelah kewafatan ayahnya, beliau mula giat menyebarkan fahamannya. Hal ini menyebabkan beberapa tokoh ulamak di zamannya bangkit bersuara dan berfirasat supaya masyarakat berhati-hati dengan dakyah Muhammad Abdul Wahhab. (Ibn Humayd, hlm 275). Walaupun firasat bukan hujjah qat'iyyah. Namun ia cukup dijadikan sandaran dgn Sabda Nabi SAW : "Takutlah kamu firasat dari orang-orang yang beriman (alim-ulamak) kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah SWT."- riwayat Tirmidzi. Tambahan pula, kisah ini diriwayatkan oleh para alim ulamak muktabar. Dan ia boleh dikategorikan sebagai perawi yang tsiqah.

Malah, setelah kewafatan ayahnya,berlaku penyebaran fahaman Wahhabi yang mendatangkan fitnah kepada masyarakat, abangnya sendiri iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab telah mengarang dua buah kitab bagi menjelaskan kepincangan fahaman adiknya itu. Iaitu Kitab Fashlu al-Khitab Fi Raddi ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab dan Sawa’iq al Ilahiyyah Fi Raddi ala Al-Wahhabiyyah. Dalam penolakan hujjah ilmiyyah ini, abangnya sendiri menjenamakan fahaman pelik adiknya itu dengan fahaman Wahhabiy.

Bagi saya, keterangan kitab ini cukup membuktikan bahawa Syeikh Sulaiman lah antara orang yang TERAWAL menjenamakan fahaman pelik adiknya dengan gelaran "Wahhabiy". Lafaz ini kemudian dipergunakan secara meluas oleh para alim ulamak, sejarahwan (timur & barat) dan awam masyarakat samada secara pro atau kontra. Seterusnya penjenamaan Wahhabiy ini terus digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, istilah Wahhabiy sebenarnya telah didefinisikan ulamak dan sejarahwan. Dan ia bukan lagi misteri!. Keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa pandangan yang mengatakan ulamak tidak memberi definisi yang jelas terhadap wahhabiy adalah jauh tersasar dari fakta ilmiyyah.

Memandangkan kemunculan fahaman Wahhabiy disanggah para alim ulamak dan rekod hitam yang dimiliki gerakan ini, penjenamaan baru dirasakan perlu bagi menerapkan metodologi Wahhabiy. Jika anda mengkaji sejarah, gerakan ini terlibat dengan rentetan peperangan yang panjang hampir 200 tahun lamanya dengan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum mereka menguasai Jazirah Arab. Setelah Makkah dan Madinah dikuasai mereka hasil konspirasi politik dan campurtangan british, mereka mula memperkenalkan diri mereka dengan pelbagai jenama. Antaranya : Salafiy, Salafiyyah, Ikhwan al-Najd dan lain-lain. Fahaman ini kemudiannya dieksport ke serata dunia. Di Malaysia, pada zaman sebelum dan sesudah merdeka, mereka menggelarkan diri mereka dengan fahaman Pan Islamisme, Kaum Muda, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah dan lain-lain.

Dan kini, mereka mendakwa mereka adalah golongan Tajdid, al-Sunnah, Protaz, Muslim progresif dan pelbagai istilah yang sedap didengar. Hakikatnya, mereka memperjuangkan metodologi yang sama seperti perjuangan MAW dahulu.Iaitu mengeksploitasi nusus mutsyabihaat, membid'ah dan menyesatkan umat Islam dengan isu furuk, mencetuskan ketegangan masyarakat dan bersifat radikal dalam memahami agama.

Awas! mereka ini akan menggunakan pelbagai sumber dan kekuatan untuk menerapkan fahaman mereka. Malah ramai dari kalangan cerdik pandai tidak memahami status fahaman ini. Sesetengah alim ulamak kita masih diulit mimpi lena tentang isu ini. Sesetengah kita pula hanya tahu mengucapkan perkataan : "..alah, ni soal khilafiyyah." Isu Wahhabiy ni kecil je...Majlis Fatwa memutuskan : Wahhabiy bukan ajaran sesat..tingkap disangka pintu..dan macam-macam lagi kenyataan. Soalnya, kenapa golongan ini suka menyesatkan umat Islam dengan perkara khilaf. Insya Allah, saya akan buktikan pada anda semua bahawa isu Wahhabiy bukan sekadar khilafiyyah furu'iyyah. Sebaliknya isu yang berkait rapat dgn soal akidah, syariah, fakta sejarah, akhlak, perpaduan ummah dan keselamatan negara.

Pembaca budiman, anda perlu sedar bahawa terdapat beratus-ratus kitab menjelaskan kekeliruan Wahhabiy. Diantara ulamak terkemuka yang menulis dan menjelaskan tentang Wahhabiy ialah : Imam Ibn ‘Abidin, Imam Ibn Humayd al-Hambali (mantan Mufti Hambali di Makkah), Syeikh Sayyed Ahmad Zaini Dahlan (Mantan Mufti Syafi’iyyah di Makkah), Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab (abang pengasas Wahhabiy), Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad, Syeikh Muhammad hayat al-Sindi, Syeikh Abd Rahman al-Kuzbari, al-Musnid Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari, Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari , Syeikh al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.

Antara ulamak besar kontemporari yang menempelak sikap pelampau Wahhabiy ialah : Syeikh Umar Hasyim (mantan Rektor al-Azhar), Syeikh Ali Jumaah (Mufti Mesir- Mufti ini sendiri pernah ditumbuk pelampau Wahhabiy dalam satu masjid selepas beliau mengatakan harus menyambut maulid Nabi SAW) sebahagian besar ulamak al-Azhar al-Syarif, Dr Yusof al-Qardawi (Qatar) Syeikh Yusuf Hasyim al-Rifaie (Kuwait),Syeikh Jamil Halim al-Husaini, Syeikh Ahmad 'Ajour (Lubnan) Syeikh Ahmad Khalili (Mufti Oman), Syeikh Nuh al-Qudah (Mufti Jordan), Syeikh Hassan al-Saqqaf (Jordan) Syeikh Nuh Keller (US) Syeikh Salim Ulwan al-Hasani (AUS), Syeikh Wahbah Mustafa al-Zuhaili, Syeikh Usamah Sayyid (Mesir), Syeikh Mutwalli Sya’rawi (Mesir), Syeikh Mahmud Said Mamduh (UAE),Syeikh Gibril Fuad al-Haddad, Syeikh Ibrahim al-Kattani, Habib Umar al-Hafiz, Habib Anis al-Musawa (Yaman) dan ramai lagi.Di nusantara pula sebahagian besar ulamak yang beraliran tradisi-talaqqi menolak fahaman Wahhabiy.
Antara ulamak nusantara yang mengkritik keras fahaman Wahhabiy ialah :1) Syeikh PaK Da Eil al-Fathani dan sebahagian besar ulamak Fathoni2) Syeikh Abdullah Fahim3) Syeikh Hj Yahya Kupang4) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fathoni5) Tok Kenali, Syeikh Abdullah Tahir Bunut Payung,Tok Selehong, Tok Pulau Pisang, Tok Ku Paloh6) Syeikh Abdullah Fahim, Habib Ali al-Jufri, Habib Anis Solo (Indon)7) Syeikh Pak Chu Him Gajah Mati, Tn Guru Hj Lah Lubok Tapah, Tn Guru Hj Hasyim, Pasir Tumboh8) Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh Habib Noh9) Syeikh Alwi binTohir al-Hadd, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, Syeikh Mustafa Suhaimi DLL10) Para Mufti dari Brunei, Singapore, Kemboja, MUI, Mufti Malaysia (kecuali Perlis) semuanya menolak Wahhabiy.

Hakikat ini diketahui semua termasuklah bagi mereka yang bertindak sebagai pendakwah Wahhabiy. Namun, terpulang bagi mereka samada mendustakan hakikat atau terus ingin menggunakan metodologi wahhabiy bagi menyanggah fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana : akidah (Asyairah/maturidiyyah), feqah (mazhab jumhur ulamak) atau tasawwuf (Sufi yang Haq). Atau mereka juga tetap ingin bersikap keras kepala dengan para alim ulamak Sunni di atas.

Semua keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa tiada yang misteri dalam fahaman Wahhabiy. Istilah "Misteri" sepatutnya dilabelkan kpd sesiapa yang bersungguh2 memperjuangkan Wahhabiy. Ia merentasi sempadan kaum, masa, tempat dan keadaan. Soalannya, Jika intisari fahaman ini benar, kenapa ada pertentangan dengan mazhab. Jika fahaman ini tidak bermasalah, kenapa para ulamak muktabar mengkritik fahaman ini dengan kritikan yang keras. Kita hairan..dalam negara umat Islam, kenapa golongan ini sanggup menghabiskan duit yang banyak, menggunakan saluran kedutaan dan bermati-matian menyebarkan Wahhabiy di negara ini.

Lebih parah lagi, apabila sebahagian dari mereka yang berfahaman Wahhabiy mempengaruhi orang politik dan kenamaan. Sebahagian pula mengambil tempat strategik dalam jawatan awam. Dalam sesetengah keadaan..mereka bertaqiyyah (menyembunyikan fahaman). Tetapi bila mereka memiliki kekuatan..mereka mula cuba mempengaruhi kita dengan dakyah dan pengaruh politik mereka. Ini satu misteri yang perlu dibongkar. Semoga kita semua sedar akan bahaya fahaman ini. Dan selamatkanlah umat ini dari huru-hara agama.

rujukan.:http://al-ghari.blogspot.com/
kt:
0 ulasan

Habb-Mahabbah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Cinta..

ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali
utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..

Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...

Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah

Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...

Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...

Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)

SAYANG...

jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...

jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..

> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....

Wal iyazubillah....

Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"

Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?

Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...

Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....

Marilah sama2 kite menjaga hati kite...

Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...

Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....

kt:ain_tulipss.blogspot.com

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;