Khamis, 3 Disember 2009 0 ulasan

Ijtihar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sumber keempat dari sumber-sumber perundangan Islam ialah Ijtihad,ada ulama’ hukum yang mengistilahkan sumber keempat ini sebagai al-Rakyu.Ada pula yang mengistilahkannya sebagai al-Qias.Walau apapun yang diistilahkan namun semuanya mempersetujui bahawa ada sumber keempat dari sumber-sumber perundangan Islam namanya al-Ijtihad atau al-Rakyu atau al-Qias.
Ijtihad bererti berusaha sepenuh tenaga untuk mengeluarkan hukum-hukum syara’ dengan jalan menyedutnya berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah.
Bukan semua orang boleh mengeluarkan hukum syara’ secara berijtihad,seperti yang dimaksudkan dalam bahagian ini.Yang boleh hanya orang yang mempunyai syarat-syarat tertentu dan diakui oleh orang yang pakar dalam bidang ini.
Di antara syarat-syarat penting untuk menjadi seorang mujtahid atau seorang yang boleh mengeliarkan hukum tersebut,ialah orang yang benar-benar menguasai bahasa Arab dalam ertikata yang sebenarnya,memahami al-Quran dalam ertikata mengetahui ayat-ayatnya yang nasikh dan mansukh,mutlah dan muqayyad mubaiyin dan mubayyan.Am dank has dan sebagainya.Memahami hadis dengan betul dan boleh menelitinya dengan baik.Mengetahui kaedah-kaedah mengambil hukum,mengetahui masalah-masalah yang telah diijmakkan dan berbagai-bagai lagi.
Di zaman akhir-akhir ini ada orang-orang Islam yang secara spontan mengakui dirinya sebagai mujtahid.Sebenarnya untuk menjadi mujtahid tidaklah semudah yang didakwakan.Seluruh dunia Islam hari ini belum lahir seorang yang boleh dinamakan mujtahid yang sebenar.Mujtahid yang sebenar,sesungguhnya sudah lama tidak pernah timbul walaubagaimanapun mujtahid,mujtahid Islam yang terdahulu seperti Imam Hanafi,Maliki,Shafie,Hambali,al-Auzahi,At-Tabari at-Thauri dan lain-lain lagi,telah meninggalkan kepada kita perbendaharaan hukum atau pembendaharaan undang-undang yang amat banyak.Semua pembendaharaan itu boleh menampung keperluan hukum yang dihajati oleh masyarakat Islam hari ini amnya.Demikianlah serba ringkas sumber-sumber perundangan Islam yang dapat dibentangkan secara umum.
Sekilas Pandangan
Jika dipandang semula kepada sumber-sumber perundangan Islam keseluruhannya dapatlah dilihat secara sekilas pandangan,bahawa didalam Islam telah lengkap sempurna segala bidang hukum yang diperlukan oleh manusia.Sumber-sumber perundangan Islam adalah mencukupi bagi setiap zaman dan tempat jika ada meletakkan dihadapan kita;Al-Quran al-Karim dengan kitab-kitab tafsirnya,kitab-kitab hadis dengan segala syarah-syarahannya.Persoalan-persoalan feqah yang telah diijmakkan oleh ulama’-ulama’nya dari berbagai-begai cabang dan mazhabnya,dan segala kitab-kitab fiqh yang ada maka sudah tentu kita akan yakin bahawa segala-galanya telah lengkap sempurna.Perbendaharaan hukum-hukum Islam tidak akan lenyap dan luput selama-lamanya.Segala-galanya telah siap sedia untuk dilaksanakan.
Umat Islam seharusnya berbangga dengan reality hukum-hukum yang terdapat didalam Islam hasil kegigihan mereka dalam memelihara dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.Kita bukanlah hendak berbangga dengan sejarah silam secara melulu,tetapi sebenarnya untuk menyatakan bahawa setiap sesuatu yang berhubung dengan perundangan Islam telah disiapkan segala-galanya,umat Islam tidak kekurangan apa-apa dari segi bahan perundangan.Yang kurang hanya keazaman dan ketulusan tekad untuk melaksanakan sebagai suatu way of life,bagi direalisasikan di dalam masyarakat.
Kesempurnaan undang-undang Islam itu telah dinyatakan oleh Allah di dalam ayatnya:
“Di hari ini Aku sempurnakan bagi mu Agama mu dan Aku lengkapkan ke atasmu nikmatKu dan Aku redha Islam itu menjadi cara hidup mu.”
(Surah Al-Maidah:Ayat 3)
Waallahu’alam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
0 ulasan

Al-Ijma’

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sumber yang ketiga dari sumber-sumber perundangan Islam ialah al-Ijma’.Yang dimaksudkan dengan al-Ijma’ ialah persetujuan di antara ulama’-ulama’ Islam dari golongan umat Nabi Muhammad S.A.W mengenai suatu hukum syara’ di suatu masa yang tertentu.
Apabila Ijma’ telah diterima sebagai salah satu sumber perundangan Islam,maka sumber itu dapat dipergunakan terus oleh umat Islam,khususnya pemerintah dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di dalam masyarakat.Dalam konteks hukum-hukum agama,ulama’-ulama’ Islam boleh dikumpulkan dalam suatu siding atau seminar dan sebagainya bagi membincangkan persoalan-persoalan tertentu bagi menghasilkan satu persetujuan,jika mungkin untuk menyelesaikan perkara tersebut.Walaupun persetujuan mutlak biasanya sukar dicapai tetapi perjumpaan-perjumpaan seperti ini akan membuka jalan ke arah mengatasi tiap persoalan yang timbul.
Sekiranya berlaku suatu persetujuan yang bulat antara ‘alim ulama’ dalam sesuatu persoalan yang dibangkitkan dari masa ke semasa maka Ijma’ tersebut menjadi kata pemutus untuk diikuti oleh semua umat Islam.Inilah salah satu cara yang terbuka terus menerus untuk umat Islam mempergunakannya bagi menyelesaikan masalah-masalah mereka berdasarkan petunjuk al-Quran.
Al-Ijma’ sebagai salah satu sumber perundangan Islam,telah diterima oleh Jamhur ulama’(sebahagian besar ulama’)mereka berpegang dengan firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang menentang (ajaran)Rasul Allah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk(yang dibawanya),dan ia (pula)mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,Kami akan memberikannya kuasa(untuk)melakukan (kesesatan)yang dipilihkan dan(pada hari akhirat kelak)Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan (neraka jahanam) itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah An-Nisa:Ayat 115)
Ayat ini menunjukkan bahawa jalan orang-orang mukmin adalah jalan yang mereka ramai-ramai mengikuti dan menyetujuinya.Ini bererti bahawa apabila ulama’-ulama’Islam telah mempersetujui sesuatu perkara di dalam sesuatu masalah agama,maka persetujuan –persetujuan berikut adalah Ijma’ yang wajib diikuti oleh semua orang-orang Islam.Jalan ini adalah jalan sesat yang akan membinasakan orang tersebut.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
0 ulasan

Nusyuz(Derhaka)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sesuatu tindakan isteri yang dapat diertikan menentang kehendak suami dengan tidak ada alas an syara’ yang dapat diterima menurut hokum syara’,maka tindakan itu dikira derhaka.Diantaranya adalh seperti berikut:
1.Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami,tetapi isteri tidak mahu pindah kerumah itu,atau isteri meninggalkan rumahtangga dengan tiada mendapat kebenaran daripada pihak suami.
2.Isteri yang menengking dan melanggar terhadap kehendak suami di dalam urusan rumahtangga yang halal.Sebab urusan pentadbiran rumahtangga adalah terpulang kepada suami yang mempunyai hak yang tertinggi sekali di dalam hal ini.
3.Isteri yang tidak menyerahkan tubuhnya kepada suami.
Untuk mengatasi persoalan tersebut maka al-Quran al-Karim telah menentukan dua cara yang baik lagi berkesan untuk memperbetulkan kehidupan mereka,agar dengan ini dapatlah mengembalikan mereka kepada jalan yang betul.Cara yang pertama ialah tindakan dari dalam yang boleh menjayakan kepada tujuan tanpa diketahui oleh orang lain
Allah Ta’ala memberikan kuasa kepada suami sebagai sifatnya ketua di dalam keluarga,firmanNya yang bermaksud:
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang derhaka(Nusyuz)hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil)tinggalkanlah (pulaukanlah)mereka ditempat tidur,dan (kalau juga mereka masih degil)pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarkannya).Kemudian jika mereka taat kepada kamu,maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.”
(Surah An-Nisa’:Ayat 34)
Nasihat yang baik,maksudnya suami member nasihat dan pengajaran kepada ereka supaya bergaul dengan baik.Kata-kata nasihat yang jujur itu biasanya akan membukakan semangat saling mengerti dan boleh mengatasi banyak masalah-masalah psikologi mengenai perempuan.Pendeknya suami yang bijak dan berdisplomasi itu selalu berjaya untuk mengatasi segala kesulitan-kesulitan yang timbul dari sikap isteri-isteri yang berdegil atau tidak bertanggungjawab.Jika tidak berjaya bolehlah mengambil tindakan yang kedua.
2.Memulaukan tempat tidur,ini satu daripada kuasa takdib yang diberikan oleh syara’ kepada suami dan tindakan ini mungkin berkesan terhadap isteri yang masih kasihkan suaminya.Biasanya kebanyakan perempuan merasa tekanan jiwa jika suaminya tidak sudi tidur bersamanya.
Maka Allah membuka jalan untuk memperbaiki keadaan itu dengan cara meninggalkan tempat tidur buat sementara waktu,agar dengan tindakan tersebut dapat memperbetulkan sikap isteri yang derhaka itu.Jika tidak berjaya juga barulah diambil tindakan yang ketiga iaitu pukul.
3.Pukul ialah tindakan akhir bagi suami,dan disyaratkan pukulan itu tidak melibatkan bahaya dan tidak menyakitkan.Pukulan itu cara yang akhir di dalam memperbaiki sikap isteri yang derhaka,tindakan ini hanya dibenarkan dalam masa darurat sahaja,kerana setengah perempuan tidak berkesan dengan kata-kata nasihat yang lembut,dan tidak pula berkesan dengan meninggalkan tempat tidur,maka perempuan degilseperti itu tidakada jalan yang lebih berkesan melainkan dengan pukul sahaja.Tindakan ini bukanlah bermakna kejam atau melampaui batasan bahkan suatu cara yang baik untuk mendatangkan hasil dalam usaha memperbaiki sikap isteri yang derhaka(Nusyuz).Biasanya pihak Barat menuduh Agama Islam ini kejam kerana memukul isteri.Sebenarnya mereka tidak faham dengan konsep pukul yang diajarkan didalam al-Quran.Malahan bermacam-macam fitnah yang mengatakan bahawasanya Islam ini adalah agama yang ganas.Sebenarnya Islam tidak mengajarkan apabila si isteri itu derhaka,maka si suami haruslah terus pukul isterinya,ini adalah ajaran yang sesat jika ada orang Islam sendiri yang mengatakan demikian.Bukan Islam yang sesat tetapi orang yang menyatakan bahawasanya apabila isterinya derhaka(Nusyuz)maka harus pukul inilah yang sesat.Malah,Islam memberikan langkah-langkah(step by step) yang patut diambil oleh suami apabila isterinya derhaka(Nusyuz).Moleknya Islam ini daripada agama-agama lain.Contohnya,ada seorang pemimpin Negara Jepun yang baru sahaja menyelesaikan perkahwinan anaknya,dengan perasaan bangga dan tiada belas kasihan ataupun kelembutan dia menyatakan kepada menantunya bahawa,jika anaknya derhaka,maka teruslah menampar sahaja.Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.Malah ada kebanyakan orang Melayu kita yang meniru budaya yang karut ataupun budaya yang bercanggahan dengan tntutan agama,dan ia telahpun menjadi buah mulut bagi kaum-kaum kafir(non muslim)yang menyatakan bahawasanya Islam ini ganas.Penyebabnya adalah kita(orang-orang Islam)sendiri.Ini adalah kerana ‘Buta agama’.Tidak mahu menuntut ilmu,kononnya berlagak pandai ataupun sudah tahu ataupun tidak ‘cakno’ dalam bab agama.Sesungguhnya menuntut ilmu itu sangat dituntut sehingga ke liang lahat.Sebab itulah sekarang ini banyak ajaran-ajaran sesat yang sedang berleluasa di luar sana.Semoga Allah Ta’ala melindungi kita semua daripada terlibat dengan masalah-masalah di atas.Waallahu’alam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
0 ulasan

Poligami Di Dalam Islam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Bukan Islam sahaja yang memperundangkan poligami bahkan menjadi suatu tradisi yang diamalkan oleh manusia semenjak berzaman lagi,amalan ini berkekalan hingga kemasa sekarang.
Dizaman tamadun Fir’aun dahulu kita dapati mereka menjalankan amalan ini dengan luas,setengah daripada raja-raja mereka berkahwin dengan sewenang-wenangnya tanpa batasan dan agama mereka tidak melarangnya.
Demikian juga orang-orang Yahudi berkahwin tanpa batasan,dan ini dianggap amalan yang harus di kalangan bani-bani mereka itu iaitu puak bani Israel dan juga raja-raja mereka berkahwin lebih daipada seorang.Tetapi telah menjadi tradisi bagi puak Nasrani sejak dari mula lagi mereka memandang jijik kepada berkahwin dan kepada orang-orang yang berkahwin.Mereka lebih mengutamakan hidup “Kependitaan”(al-Rabbaniah).
Timbulnya trdisi ini barangkali meniru Nabi Isa a.s yang tidak sempat berkahwin atau disebabkan oleh faktor-faktor yang lain seperti berkecimpung penuh didalam ibadat,hingga sekarang ini paderi-paderi besar Katolik masih mengamalkan hidup rahbaniah seterusnya mereka memandang jijik kepada orang-orang berkahwin lantaran keinginannya kepada nafsu kejantinaan.
Dalam zaman jahiliah dahulu memang poligami menjadi tradisi hidup,mereka mengamalkan perkara itu dengan sewenang-wenangnya baik dalam kalangan masyarakat yang bertamadun ataupun tidak.Islam menyedari hakikat ini dan kedatangan Islam ialah untuk memperbuat perubahan dan perbaikan didalam urusan hidup manusia iaitu memperbaiki keadaan yang tidak sihat supaya dapat menjaminkan kebahagiaan kepada manusia dan sebaliknya untuk menghindarkan daripada keburukkan.Maka Islam tidak mengharamkan langsung dan sebaliknya tidak membiarkan menular dengan luas tanpa syarat seperti yang pernah berlaku di zaman dahulu.Jadi Islam memperbaiki amalan itu supaya ia dapat menyempurnakan muslihat umum di samping dapat menghindarkan kesusahan daripada masyarakat manusia,maka tindakan yang diambil oleh Islam ialah seperti berikut:
1.Membataskan bilangan isteri-isteri iaitu tidak harus berkahwin lebih daripada empat orang.
2.Syarat bagi poligami ialah sanggup menjalankan keadilan diantara isteri-isteri.
3.Jika seorang lelaki merasa khuatir yakni tidak sanggup menjalankan keadilan hendaklah ia berkahwin dengan seorang perempuan sahaja.Hukum ini diambil daripada firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil(diantara isteri-isteri kamu)maka(berkahwinlah dengan)seorang sahaja,atau (pakailah)hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.”
(Surah An-Nisa:Ayat 3)
Ini bukanlah bermakna membolehkan seseorang itu berkahwin ramai dahulu kemudian baru diuji,adakah ia sanggup melakukan keadilan ataupun tidak?Jika ia sanggup teruslah ia menjalankan poligami dan jika sebaliknya ia menceraikan mereka dengan mengekalkan seorang isteri sahaja,tetapi maksud yang sebenarnya ialah menyuruh orang-orang yang ingin melakukan keharaman yang dilarang oleh Allah Ta’ala.
Allah menyebut Khauf(takut)dua kali didalam ayat ini seolah-olah Allah mengarahkan bimbingan kepada orang yang mempunyai perasaan tanggunjawab supaya sentiasa berhati-hati terhadap undang-undang Allah.Apabila larangan itu diserahkan kepada hati nurani manusia maka kebenaran poligami itu adalah terikat dengan syarat-syarat atau keadaan-keadaan yang tertentu.Tetapi malangnya kebanyakkan orang-orang yang mengamalkan perkara ini melihat kepada satu segi sahaja iaitu segi firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan berkahwinlah kamu menurut apa yang sesuai bagi kamu terhadap perempuan-perempuan,samaada dua,tiga dan empat.”
(Surah An-Nisa:Ayat 3)
Ia tidak meneliti perkataan sebelum dan selepasnya terhadap syarat-syarat dan keadaan-keadaan yang dikenakan oleh syara’.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan jika kamu takut tidak menjalankan keadilan(berbilang isteri)hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.”
(Surah An-Nisa:Ayat 3)
Ini bererti bahawa beristeri lebih seorang di dalam keadaan melakukan kezaliman adalah haram.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.”
(Surah Ar-Rum:Ayat 21)
Maka dengan perkahwinan itu dapatlah dicantumkan yang jauh menjadi dekat dan seterusnya untuk menjalinkan perasaan kasih sayang diantara satu sama lain.Itulah rahsia perkahwinan yang tulen yang membuahkan kesan-kesan yang baik didalam masyarakat.
Diantara keadaan yang munasabah yang membolehkan lelaki berpoligami misalnya seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang perempuan,isteri itu mandul tidak melahirkan anak.Maka keadaan seperti ini adalah wajar berkahwin seorang lagi untuk mencari keturunan.Jika tidak dibenarkan berkahwin dalam keadaan seperti ini tentulah ia tidak dapat melihat keturunan buat selama-lamanya,maka syari’at Islam yang luas itu tidak membenarkan kearah keadaan sempit ini berlaku.
Di antara keadaan yang darurat ialah seorang yang berkahwin,tiba-tiba di dalam perkongsian hidup itu isterinya sakit yang lama atau tidak dapat memenuhkan kehendak tabi’I manusia.Apakah tindakan yang hendak dilakukan untuk mengatasi kesulutan ini,jika tidak di benarkan berkahwin lebih daripada seorang?
Agama Islam yang suci mahu membentuk masyarakat yang bersih,sebaliknya tidak ingin samasekali melihat moral lelaki dan perempuan dikotori.Maka Islam membenarkan kepada suami yang telah mempunyai isteri berkahwin dengan perempuan lain lagi jika ada sebab-sebab yang munasabah.
Diantara keadaan Agama Islamyang membenarkan poligami sebagai jalan penyelesaian yang praktik ialah kekurangan nisbah pemuda daripada pemudi selepas berlaku peperangan,kerana pemuda ramai terkorban hingga bilangan pemudinya melebihi berganda daripada pemuda.Atau perempuan-perempuan yang lebih ramai itu,dan siapakah yang akan menanggung belanja hidup mereka?
Mungkin sebahagian perempuan dizaman ini boleh bekerja sendiri mencari nafkah hidup,tetapi masalahnya bukanlah setakat makan dan minum sahaja,akan tetapi masalah perlindungan bagi kaum perempuan yang mana memerlukan suami yang melindungi keselamatannya.Waallahu’alam.



“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
Selasa, 24 November 2009 1 ulasan

Jawatan Pemimpin Bukan Rebutan

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum....Alhamdulillahirabbil'alamin..Bersyukur kehadrat Ilahi kerana selalu memberikan kesempatan kepada saya untuk menulis post-post terbaru.
Sebagaimana kita telah tahu,bahawasanya pemerintahan ini telah dilakukan sejak dahulu lagi.Yang mana masa itu kitapun masih tidak ada di atas muka bumi ini.Kita tengok sekarang ini banyak berlakunya kes-kes yang melibatkan pemimpin.Kita teruskan dengan tajuk kita.
Jika pemimpin berpecah dan terbabit pula dengan amalan buruk maka bagaimana mereka mahu menggesa rakyat bersatu serta berakhlaq mulia?
Timbangannya kerajaan Umaiyah,Abbasiah dan Uthmaniah disebabkan segelintir pemimpinnya terbabit dengan politik wang,tamakkan kuasa dan mengutamakan puak selain wanita.
Rasulullah S.A.W menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika,Abdul Rahman bin Samurah,ditegur oleh Rasulullah S.A.W:"Wahai Abdul Rahman bin Samurah,janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan,nescaya engkau dibiarkan,tidak diberi pertolongan.Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya,nescaya engkau diberi pertolongan".
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam Islam,jawatan pemimpin satu tanggungjawab berat.Ia bukan satu status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan tertentu.
Oleh sebab itu,Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata.
Bahkan,dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakkan,karisma dan ciri kepimpinan seperti takwa,berakhlaq tinggi,bertanggungjawab,sabar,boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas.
Allah S.W.T mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melalui teladan sebagaimana dilakukan Rasulullah S.A.W,melalui hukumnya,cara mentadbir.Ianya tak lapuk dek zaman,kerana ianya berasaskan al-Quran.Kenapa kita tidak perlu mengikuti cara yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W,cara yang ada dalam al-Quran???Adakah kerana kita rasa yang cara ini tidak sesuai dengan zaman kita sekarang yang serba serbi moden??Tetapi maksiat berleluasa.Jika ada orang yang cakap macam itu,memang sah ianya bodoh!!!Contohnya hukum hudud,adakah kita tidak ingat firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Sesiapa yang tidak laksanakan hukum hudud Allah maka ia orang fasiq"."Sesiapa yang tidak laksanakan hukum hudud Allah maka ia orang zalim"."Sesiapa yang tidak laksanakan hukum hudud Allah maka ia orang kafir".Maka renung-renungkanlah wahai saudara-saudara pembaca sekalian.Adakah kita mahu tergolong dalam golongan tersebut??Fikir-fikirkanlah ia.
FirmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri,yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu,yang sangat inginkan kebaikan bagimu,(dan)amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman".
(Surah At-Tubah:Ayat 128)
Ayat itu mengajar kita bahawa pemimpin yang bersikap belas kasihan,penyayang,perihatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka.Tetapi tidak cukup dengan ini sahaja,sebab iman seseorang tidak boleh dilihat melalui secara zahir.Hanya Allah sahaja yang tahu.
Pemimpin diberi kepercayaan supaya memikul amanah dan tanggungjawab dengan meletakkan hala tuju negara selari dengan al-Quran dan sunnah serta memastikan rakyat hidup bersatu padu.
Waspadalah dengan penyokong yang cuba merosakkan kita kerana pemimpin yang berwibawa tidak mudah terpengaruh dengan tekanan penyokong yang rosak.
Kita perlu ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan keatas umat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun:"Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin)kaumku,dan perbaikilah,dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakkan".
(Surah Al-'Araf:Ayat 142)
Ingatlah wahai pemimpin Islam,sesungguhnya kamu diuji diatas muka bumi ini dengan macam-macam ujian demi kepimpinan Islammu.Kuatkanlah semangat,walaupun ianya amat sukar untukmu menempuhinya.InsyaAllah kamu akan mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T.Semoga segala tomahan yang ditujukan kepadamu dan ahli keluargamu sekarang ini akan hilang.InsyaAllah,Allah S.W.T akan menolongmu dan membuktikan yang bahawasanya kamu adalah benar.Teruskanlah perjuanganmu demi agama Islam yang kita cintai ini.Waallahu'alam.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"
"KEKALKAN KEPIMPINAN ISLAM"

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;