Jumaat, 29 Oktober 2010 0 ulasan

Kesan Sekularisme Kepada Masyarakat Islam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> 1.Kuasa politik semakin tidak demokratik
Kekuasaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik,hidup memerah dan membolot kekayaan untuk kroni mereka,menggenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah,enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah Negara kucar-kacir.
Institusi Negara,daripada kehakiman,kepolisian,penerangan,perbendaharaan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti.Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan materialis.
Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya social yang menyimpang jauh daripada keluhuran,ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi.Persempadan baru dan akta pilihan raya lebih bertujuan untuk menghimpitt rakyat dan parti lawan.

2.Akta undang-undang drakonian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang perihatin.Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir daripada Tuhan yang Maha Adil.Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat.
Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman,penipuan,fitnah,lucah dan amalan politik mafia.Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah lemah dan diktator.
Selagi amalan-amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilebelkan sebagai negara Islam.Pada masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan pelaksanaannya semakin berleluasa.

3.Kepimpinan dan pemimpin yang lemah
Kepimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa,berbuat apa sahaja menurut kehendak hati.Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana.Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga masalah agama,negara dan rakyat.
Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman,berilmu,bertakwa,mempunyai integriti,mampu berjihad dan layak.Kepimpinan yang lemah dan melanggar etika dalam kepimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dengan yang buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah.

4.Pendidikan sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin di perkasa.Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula.Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan di anggap sebagai pemecet kemajuan,penghalang pembangunan.
Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains.Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail,zikir,solat hajat,solat tahajjud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu.Ibu bapa yang perihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja dianggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains.

5.Budaya Barat yang menjadi-jadi
Akibat daripada berleluasanya perkembangan alat komunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat.Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat di hati ummat Islam.
Sebab itu juga gejala black metal menulari golongan remaja.Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan.

6.Globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor samaada politik,ekonomi,sosial,budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu.Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam.
Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan "pertembungan tamadun" yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat.Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata.
Rabu, 13 Oktober 2010 0 ulasan

Kisah Heraculius dengan tenteranya

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa Arab,sebelum memeluk agama Islam (seperti dinyatakan oleh Professor Ahmad Shalabi dalam kitabnya yang bermaksud sejarah Islam dan tamadunnya adalah bangsa yang berpecah belah,bermusuh-musuhan sesama sendiri.)
Kerajaan Rom dan Farsi yang terkenal dengan kegagahannya ketika itu tidak begitu berminat untuk menjadikan tanah Arab seluruhnya di bawah jajahan mereka,kerana seolah-olahnya tidak ada apa yang dapat diharapkan dari bangsa tersebut,tidak kekayaan dan tidak pula tenaga manusia.Ini adalah untuk membayangkan betapa mundurnya bangsa Arab itu pada pandangan kerajaan Rom khasnya terhadap mereka.
Apabila Muhammad s.a.w. diutuskan kepada mereka,maka dalam jangka masa yang singkat sahaja bangsa Arab tadi telah bersatu dan mendapat kekuatan yang tidak pernah diduga oleh bangsa-bangsa yang gagah di zaman itu.
Islam berkembang dengan pesatnya.Umat Arab telah menerima nafas baru yang segar untuk membina hidup yang sebenarnya,iaitu hidup yang bererti di dunia dan di akhirat.
Islam terus berkembang keseluruh tanah Arab dan mula menggugat kerajaan Rom dan Farsi.Beberapa peperangan berlaku di antara tentera Islam dengan tentera-tentera Rom,khasnya peperangan di Yarmuk di zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab.
Peperangan di Yarmuk berlaku di antara tentera-tentera Rom yang seramai dua ratus ribu orang (200000) dengan tentera-tentera Islam yang seramai dua puluh empat ribu orang (24000),yang berakhir dengan kemenangan cemerlang bagi tentera-tentera Islam.
Tentera-tentera Rom yang sempat melarikan diri dari medan peperangan,telah kembali ke Rom untuk membuat laporan kepada Maharaja Heraculius.Di sinilah berlakunya kisah yang merupakan dialog di antara Herculius dengan tentera-tenteranya yang lari dari medan pertempuran tersebut.
Heraculius amat murka kepada tenteranya,beliau menyumpah seranah mereka dengan kata-kata liar.

Heraculius :Celakalah kamu! beritahu aku apakah jenis tentera yang kamu hadapi di dalam peperangan itu.Manusiakah mereka ataupun bukan?
Tentera :Tentera-tentera Islam adalah manusia jua tuanku.
Heraculius :Siapakah yang lebih ramai bilangannya di dalam peperangan itu?Kamu atau mereka?
Tentera :Tentera tuanku berkali-kali ganda lebih ramai dari tentera-tentera Islam itu.(Seperti yang dinyatakan tadi bahawa jumlah tentera Islam hanya 24000 dan tentera Rom 200000).
Heraculius :Apakah jenis senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam?Adakah mutu senjata-senjata itu lebih baik dari mutu senjata yang kamu gunakan?
Tentera :Senjata tentera-tentera Islam lebuh rendah mutunya dari senjata-senjata kita dan mereka hanya menggunakan satu senjata sahaja kebanyakkannya iaitu pedang,sedangkan tentera-tentera kita lebih dari itu.

Heraculius semakin berang dan bertanya lagi :
Kalau demikian keadaannya,maka mengapa kamu semua telah dikalahkan oleh tentera-tentera itu?Mengapa kamu kalah di dalam peperangan yang semestinya kamu boleh menang,mengapa?
Semua berdiam diri dan tidak ada jawapan yang dapat disampaikan kepada Heraculius.Tiba-tiba salah seorang dari tentera itu yang agak berumur,jika dibandingkan dengan yang ada,tampil memberi alasannya,katanya:
Tuanku!,sebab sebenarnya kita kalah,kerana tentera-tentera yang kita hanya hadapi itu ialah tentera-tentera yang tidak takut kepada sesiapa selain dari Tuhan mereka.Mereka amat patuh kepada ajaran agama mereka hingga di dalam peperanganpun mereka bersembahyang beramai-ramai,dan tidak pernah meninggalkannya.Mereka berkasih-sayang sesama mereka,tolong-menolong dan amat patuh kepada ketua mereka dan ajaran-ajaran agama mereka.Sedangkan tentera kita,tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan.Dengki mendengki sesama sendiri.Hasut menghasut tidak berhenti.Yang kuat menindas yang lemah.Arak,judi dan sebagainya terus diamalkan…sebab itulah tentera kita menerima kekalahan.
Mendengar kata-kata tersebut Heraculius dengan tiba-tiba berdiam diri dan berkata :”Kamu telah membenarkan apa yang aku sangka”.
Perlu dijelaskan bahawa Heraculius juga menyertai peperangan tersebut.Ketika berlaku peperangan di Yarmuk itu Heraculius berada di Antioche;iaitu sebuah Bandar yang terkenal di Turki ketika itu.Beliau pernah berhadapan dengan tentera-tentera Islam dan telah banyak mengetahui selok-belok tentera itu.Sebab itu ia membenarkan dengan mudah kata-kata tenteranya tadi yang memberikan sebab-sebab mengapa tentera-tentera Islam boleh memenangi peperangan itu.
Heraculius juga telah bertanya kepada salah seorang tenteranya yang pernah ditawan oleh tentera-tentera Islam,tetapi dibebaskan.Kata Heraculius kepada tentera tentera tersebut:”Beritahu aku akan keadaan tentera Islam yang telah kamu saksikan semasa didalam tawanan dahulu”.Tentera itu menjawab: “Tuanku,hamba akan memberitahu tuanku tentang tentera-tentera itu seolah-olah tuanku sedag melihat mereka.Mereka adalah pahlawan-pahlawan perkasa di siang hari dan penyembah-penyembah Tuhan yang taat di malamnya.Mereka tidak memakan yang dilarang.Setiap mereka bertemu,mereka memberi salam.Kejahatan dihapuskan.Kebaikan ditegakkan”.
Kata Heraculius: “Jika semuanya itu benar,maka mereka akan berjaya menguasai tempat aku berpijak sekarang ini”.
Apa yang telah dibimbangkan dan dijangkakan oleh Heraculius,bahawa Muhammad dan pengikut-pengikutnya boleh menguasai Negara Rom,telah terbukti benar.Rom dengan serba kegagahannya telah dikalahkan oleh umat Islam.
Rahsia kekuatan umat Islam amatlah jelas,iaitu tersembunyi di sebalik kekuatan pegangan mereka kepada ajaran-ajaran Islam.Selagi ajaran-ajaran Islam dihormati dan dipatuhi semuanya,maka selama itu umat Islam akan tetap utuh dan teguh.
Isnin, 11 Oktober 2010 0 ulasan

FIKIR-FIKIRKANLAH

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Alhamdulillahirabbilalamin,wassolatuwassalamuala asyrafil anbia iwal mursalin waala alihi wasohbihi ajmain.Subhanakala ilmalana illa man allamtana innakaantal alimul hakim.Wala haulawala quwwata illa billah hil aliyil azhim.Amma Ba’ad.Pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memberi kesihatan tubuh badan yang sangat baik walaupun mengalami batuk dan selsema sedikit,tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk ana menulis artikel terkini.Ia bukan untuk tatapan sahaja,tetapi ianya untuk semua pembaca membaca,berfikir,menilai dan membuat keputusan sendiri.Kerana manusia berbeza pendapatnya masing-masing sebagai contohnya dalam bab bersentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan sesiapa yang yang sah nikahnya dengan kita.Jika mazhab imam Syafi’e menyatakannya adalah haram walaupun tanpa nafsu syahwat,tetapi pada mazhab Maliki ianya tidak haram jika tidak besertakan nafsu syahwat.
Pembaca sekalian,

Pada zaman sekarang isu politik sangat sukar untuk kita bahaskan kerana jika kita tersalah sedikit kita berkemungkinan akan menerima hukuman.Tetapi sebenarnya di dalam Islam mengajarkan ummatnya supaya pandai berpolitik,sebab itu politik di buat di atas masjid.Nabi menyusun panglima-panglima perang,pentadbir-pentadbir dan lain-lain lagi di atas masjid.Tetapi ada juga sesetengah pihak yang menyatakannya kerana tiada tempat yang khusus.Tetapi bagi ana ianya tempat strategik kerana ianya adalah tatapan umum dan menunjukkan bahawasanya orang Islam cukup kuat untuk berperang dengan orang kafir.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

Cuba kita berfikir sejenak,mahukah kita menurut seseorang yang akan mengheret kita secara langsung kedalam neraka?Ana pasti para pembaca semua tidak mahu,hatta juka pekara ini ditanya kepada orang kafirpun sudah tentu mereka akan menjawab tidak mahu ke neraka tetapi mahu ke syurga.Walaupun agama yang berbeza tetapi itulah hakikatnya,semua manusia mahukan sesuatu yang baik.Sebagai contoh,cuba para pembaca tanya kepada sesiapa sahaja yang berniaga adakah dia mahu untung ataupun mahu rugi?Sudah semestinya dia akan menjaab mahu rugi,malah kita pula akan di kata bodoh kerana bertanya soalan yang sebegitu.Jadi adakah para pembaca mahukan bahagia di dunia sahaja tetapi azab diakhirat?Fikir-fikirkanlah.Sebenarnya pemilihan pemimpin adalah sangat penting kerana ianya akan di tanya di hari kita bangkit kelak.Jika kita memilih pemimpin yang bertaqwa,yang mengikut kehendak Islam iaitu berpandukan al-Quran dan al-Hadis sudah pastinya kita tidak akan menyesal di hari kelak.Alhamdulillah,ana bersyukur ramai pemimpin Islam terutamanya dari kalangan PAS menziarahi dan mengimami jenazah di tempat ataupun kawasan di tempat yang dipegangnya.Ana sendiri pernah pergi solat jenazah ketika belajar di tahfiz dahulu.Sampai sahaja di rumah si mati,maka wajah ana cukup kagum,kerana pemimpin tersebut sudah ada di rumah si mati di Meranti.Setelah ramai jemaah yang datang,maka pemimpin tersebut bangun dan mengimami solat tersebut.Alhamdulillah.Itulah yang kita mahu di saat kematian,tiada benda yang lebih beharga daripadanya.Orang yang mendoakan kita,solatkan kita dan lain-lain lagi.Adakah kita fikir semua ini sebelum ini?Jika belum,ana harap para pembaca fikir-fikirkanlah.Tidak rugi.

Para pembaca yang di hormati sekalian,

Ana bukannya memaksa ataupun apa-yang antum dan antunna semua fikirkan.Ana hanya memberi peringatan,sambil ianya menjadi peringatan pada diri ana juga.Manusia tidak lari daripada salah dan silap.Ana berani memuji pemimpin PAS yang berjaya menerapkan ISLAM di tempat yang di pegangnya.Ana tidak perlu lihat jauh,di negeri serambi ini menjadi contoh.Sungguh uniknya Islam di sini.Susah hendak cari kuliah agama oleh MB sendiri di bandar Kota Bharu.Seorang yang sederhana.Cukup kuat dalam agama.Disini kita boleh lihat yang pemimpin Islam mampu untuk memerintah dunia,seperti yang kita telah memerintah sebelum ini.Kita mampu memegang 2/3 dunia.Kenapakah kita tidak boleh bangkit kembali?.Kemanakah hilangnya semangat,kehebatan,ukhuah islamiah yang di terapkan kepada orang-orang Islam?Adakah hilang seperti debu-debu halus?Adakah kerana zaman ini zaman moden,jadi kita tidak perlu semua itu?Jika jawapan pembaca sekalian ”ya”.Ana berdoa supaya Allah s.w.t. memberi hidayah kepada antum dan antunna semua supaya kembali kejalan kebenaran.”Ihdinassiro tol mustaqim.”Allahummahdina siro tol mustaqim ya Allah..”

Pembaca sekalian.

Akhirnya.Janganlah kita mudah ditipu oleh arus dunia yang boleh membawa penyesalan di hari kelak.Fikirlah apa yang di ajukan,semoga Allah memberikan hidayah,memberkati dan merahmati kamu semua.Wallahualam.Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

TAKHBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!

“IBADAH DIDAHULUKAN,
SOLAT DIUTAMAKAN ”

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
ALLAHUAKHBAR
0 ulasan

PIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Pemimpin di dalam Islam bukanlah suatu keistimewaan,tetapi ia adalah tanggungjawab.Dengan menjadi pemimpin makak akan bertambahlah tanggungjawabnya.Lebih tinggi bidang kepimpinannya lebih besar pula tanggungjawabnya.Pada mulanya seorang menjadi pemimpin kepada dirinya.Apabila ia membentuk keluarga dan menjadi pemimpin keluarga,tanggungjawab keluarga dan dirinya akan ditambah dan ditanya mengenai dirinya dan keluarganya .Jika ia menjadi ketua bagi sebuah kampung,ia akan ditanya mengenai dirinya,keluarganya dan kampungnya.Demikianlah makin luas bidang kepimpinannya,maka besarlah tanggungjawabnya.Seorang ketua Negara,bukan sahaja akan ditanya mengenai dirinya dan keluarganya sahaja tetapi akan ditanya pula mengenai rakyatnya.Apabila tanggungjawab bertambah luas,kewajipannya juga bertambah.Soalan – soalan di hadapan Allah s.w.t. juga bertambah banyak.Jadi kita sebagai pemilih pemimpin demi masa depan Negara kita haruslah melihat dari pelbagai aspek bukan hanya melihat kepada kebendaan semata-mata.Antara aspek-aspek yang perlu kita lihat ialah:

1.Islam(Seorang yang beragama Islam dan berpegang pada ajaran Islam mengikut syarak)
2.Seorang yang bertaqwa(Takut akan Allah.Setiap perkara yang di buat adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.)
3.Pemerintahan mengikut kehendak Islam yang sebenar-benarnya.(Mengikut tatacara yang telah digariskan di dalam al-Quran dan yang telah di buat oleh nabi)
4.Jujur.
5.Amanah

Itulah antara aspek yang kita perlu lihat,tetapi masih banyak lagi yang ana tidak tulis.Jadi sebagai rakyat kita perlu melihat kehadapan,bagaimanakah kita apabila di bangkitkan nanti,janganlah kita melihat di dunia yang fana ini sahaja,tetapi berpandang lah seperti seorang yang waras,seorang yang matang,seorang yang bertaqwa,seorang hamba Allah,seorang ahlul fikr kerana semua itu tidak akan memberi penyesalan kepada kita dihari kelak.Jangan biarkan nasi yang kita telah masak dengan tertibnya menjadi bubur.Fikir-fikirkanlah wahai sang pembaca,wahai sahabat-sahabatku,saudara-saudaraku,hamba Allah sekalian.

Dunia ini hanya sementara yang diberi pinjam kepada kita untuk bercucuk tanam demi memboleh kan hasil dihari kelak iaitu hari qiamat.Mahu atau tidak memang itulah yang dijanjikan,manusia yang mengerjakan amal soleh,bertaqwa,beriman,islam adalah penghuni syurga sepertimana yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada hambanya.

Jadi khulasahnya,fakir dan carilah pemimpin yang mengikut syariat Islam.Wallahu’alam.Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Takhbir!!!Allahuakhbar!!!

“IBADAH DIDAHULUKAN,
SOLAT DIUTAMAKAN ”

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
ALLAHUAKHBAR
Sabtu, 24 Julai 2010 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Wanita di dalam Islam
Dari gambaran sekilas pandang,seperti yang digambarkan di atas,ternyata betapa rendahnya kedudukan wanita dalam berbagai-bagai masyarakat manusia di dunia.Oleh kerana keadaan itu sengaja dibuat-buat oleh manusia dan merupakan penginayaan manusia terhadap manusia Cuma berlainan jenis,maka Allah s.w.t. telah mengutus RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ketaraf yang wajar.Muhammad s.a.w. dating dengan ajaran yang benar dari Allah s.w.t. memperbetulkan yang salah dan mengangkatkan apa yang sepatutnya diangkat,meletakkan wanita dalam perundangan Islam kena pada tempat dan keadaannya.
Al-Quran dan hadis telah menentukan kedudukan yang wajar bagi wanita dan menjamin hak-haknya supaya tidak disalahertikan oleh kaum lain.

1. Persamaan Taraf.
Kaum wanita pada umumnya adalah sama tarafnya dengan kaum lelaki,masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.Tidak dibenarkan cemuh-mencemuh antara satu sama lain,seperti yang berlaku dalam perundangan yang sebelumnya,seperti yang dibentangkan sebelum ini.Malah ada ketikanya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita,khususnya ibu-ibu,lebih mulia dari kaum lelaki,jika bertakwa lebih.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.”(Surah Al-Hujurat:Ayat 13)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang bberamal di antara kamu,baik laki-laki atau perempuan,(kerana) sebahagian kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.’’(Surah Ali-Imran:Ayat 195)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kamu semua berasal dari Adam.Adam dari tanah.Tidak ada kelebihan bagi seorang Arab dengan bukan Arab,bagi seorang yang berkulit putih dengan yang berkulit hitam melainkan ketakwaan kepada Allah sahaja yang berbeza.’’

Sabda Rasulullah lagi seperti yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tarmidzi dan lain-lain yang bermaksud:

“Wanita-wanita itu adalah sebahagian daripada lelaki’’

2. Kelebihan-kelebihan Khusus.
Dalam beberapa hal,Islam meletakkan kaum wanita,khususnya ibu-ibu,ke suatu tempat yang lebih mulia dari kaum bbapa.Di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa’e dan Muslim yang bermaksud lebih kurang: ”Seorang lelaki telah mengadap Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: ”Siapakah ya Rasulullah yang paling berhak untuk saya dampingi?.” Jawab Rasulullah: ”Ibumu”.Lelaki itu bertanya lagi: ”Kemudian siapa lagi?” Jawabnya: ”Ibumu”.Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?”. Jawab Rasulullah: ”Ibumu”.Kemudian ”Siapa lagi?”.Baru diberi jawapan oleh Rasulullah s.a.w. ”Bapamu”.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud; ”Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.”Tetapi sayangnya hadis ini dingkari oleh puak ”WAHABI” yang menyatakan bahawasanya hadis ini lemah dan hadis yang dibawa oleh Ibn Abbas adalah mungkar.

3. Tanggungjawab Bersama
Islam telah memperbetulkan anggapan salah setengah manusia yang terdapat di dalam agama yang terdahulu,yang masih dipegang hingga ke hari ini mengatakan:kerana kesalahan dan dosa perempuanlah(Hawa) maka semua kaum lelaki terpaksa menanggung dosa.Malah ada anggapan yang mengatakan perempuan itu adalah makhluk yang suka membuang angkara sehingga lelaki terpaksa menanggung beban,pada hal yang sebenarnya tidak begitu:

Firman Allah yang bermaksud: ”Syaitan telah menggoda kedua-duanya (Adam dan Hawa) sehingga mereka berdua diusir dari syurga.” (Surah Al-Baqarah:Ayat 36)

Di sini jelas bahawa kesalahan pertama yang dilakukan oleh manusia adalah kesalahan antara lelaki dan perempuan yang tidak boleh dipersalahkan satu pihak sahaja.Semuanya adalah tanggungjawab bersama.

4. Konsep Ganjaran Berdasarkan Amalan
Wanita di dalam Islam sebenarnya berdiri di atas kakinya sendiri,yang akan dierhitungkan amal baktinya mengikut tenaga usahanya.Mereka berhak apa yang lelaki berhak,tanpa dibeza-bezakan,sesuai dengan keadaan fizikalnya.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: ”Siapa yang berbuat baik sama ada lelaki ataupun perempuan dengan syarat mereka beriman,maka sesungguhnya akan di berikan kepadanya kehidupan yang bahagia dan sesungguhnya Kami beri balasan pahala kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.“(Surah An-Nahl:Ayat 97).
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim,lelaki dan wanita yang mukmin,lelaki dan wanita yang tetap di dalam ketaatannya,lelaki dan wanita yang benar,lelaki dan wanita yang sabar,lelaki dan wanita yang khusyuk,lelaki dan wanita yang bersedekah,lelaki dan wanita yang berpuasa,lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya,lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah; Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.’’(Surah Al-Ahzab:Ayat 35)

5. Hak-hak Sivil.
Islam telah memberikan hak sivil keada kaum wanita sesuai dengan tabiat semulajadinya sebagai wanita dan telah meletakkan hak-hak itu di tempatnya yang betul.Kaum wanita diberi kedudukan tersendiri di dalam menentukan nasibnya.Tidak boleh dihina diperlakukan seperti barang jualan.Mereka berhak di atas diri mereka.

Perempuan yang telah sampai umur ’baligh’berhak di atas dirinya di dalm segala hak sivil pada umumnya.Perkahwinan adalah menurut kemahuannya.Di dalam mazhab Hanafi,wanita yang baligh samada masih perawan atau telah janda tiada boleh dikahwinkan melainka dengan kemahuannya.Malah ia sendiri boleh mengahwinkan dirinya dengan siapa sahaja yang dia sukai.
Dalam mazhab Shafi’e,perempuan yang cukup umur jika dikahwinkan oleh walinya (bapa atau datuknya atau sebagainya) dengan seorang yang tidak setara dengannya,maka perempuan itu berhak membubarkan perkahwinan itu melalui kadi.Adapun seseorang perempuan yang telah janda samaada kecil atau besar ia berhak di atas dirinya sendiri,dan tidak ada siapa yang boleh memaksanya berkahwin.
Perlu juga disebut bahawa wanita-wanita dalam perundangan Islam apabila dikahwinkan,tidak sekali-kali akan bertukar coraknya,khususnya namanya,seperti yang bberlaku didalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs.......Wanita-wanita Islam tetap dengan nama asalnya,tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang hanya mendatang di dalam hidupnya.Tidaklah jelas bagi wanita Islam kini contohnya yang telah ditunjukkan oleh wanita yang terdahulu,khususnya isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri,seperti Khadijah,Aisyah,Hafsah dan sebagainya telah berkahwin dengan seorang yang paling mulia,paling tinggi darjat takwanya.Paling dihormati,iaitu Muhammad s.a.w. tetapi tidak merubah namanya.Dalam sejarah tetap terkenal dengan Khadijah binti Khuwailid,Aisyah binti Abu Bakar,Hafsah binti Umar dan sebagainya.Dan itulah realiti taraf wanita di dalam Islam bergantung kepada keperibadiannya.Tidaklah kepada keperibadian suaminya seperti yang terdapat sekarang.
Tindakan setengah-setengah pejuang “woman’s lib“ di barat dan lain-lainnya masih menjadi tanda tanya bila mereka dengan rela menghilangkan nama sendiri yang ditukar kepada nama suami dengan menambahkan Mrs. di hujungnya sedangkan mereka tidak mahu dianggap rendah dan diperbeza-bezakan di dalam hidupnya.Tidakkah dengan hilangnya nama dan nama keturunan,sebenarnya telah merendahkan sendiri darjat yang seharusnya dipelihara?Dan apabila bertukar suami bertukarlah pula nama.Seolah-olah diri wanita itu hanya wujud dan teguh bila tiada bersuami.Apabila telah bersuami telah larutlah nama dan hilanglah ketturunannya.Di dalam Islam seseorang itu hendaklah dipanggil mengikut bapanya.
Selain dari soal perkahwinan dan taraf hidup wanita dalam perkahwinan tersebut,Islamtelah memberikan hak-hak sivil kepada perempuan sesuai dengan sifat semulajadinya.Wanita yang telah genap umur yang diistilahkan dengan “Baligh’’ boleh bertindak sendiri dalam urusan berjual beli.Mengadakan sebarang kontrek,memiliki harta dan membelanjakannya,bertukar milik dan sebagainya,berkongsi dalam urusan-urusan hidup,memberi,menghadiah,atau mendermakan hartanya menurut sesuka hatinya tanpa boleh diganggu gugat oleh keluarganya,walaupun bertaraf wali,asalkan tindakannya itu tidak berlawanan dengan hukum-hukum syarak.
Dengan fakta-fakta yang ringkas di atas dapatlah disimpulkan bahawa wanita dalam perundangan Islam mendapat hak dalam berbagai bidang antaranya:
1. Di bidang nilai kemanusiaan,Islam tidak membedakan antara lelaki dan wanita.Kedua-duanya adalah sama nilainya di hadapan Allah dan pada pandangan manusia umumnya.
2. Di bidang sosial wanita adalah dianggap oleh Islam sebagai anggota masyarakat yang sama-sama berhak dan sama-sama di dalam undang-undang.Baik diberi ganjaran yang baik dan jahat mendapat balasan yang setimpal.
Adapun perkara-perkara yang terdapat perbezaan sedikit sebanyak di dalam hak-hak tertentu sememangnya sesuai dengan sifat semulajadi berdasarkan,apabila hak didapati,maka ada pula kewajipan terhadap yang diberikan.
3. Di bidang hak milik maka wanita boleh bertindak bebas dalam memiliki hartanya,membelikan hartanya dan sebagainya.Berhak menentukan nasibnya dalam beberapa perkara seperti yang telah diterangkan.Wallahu’alam(Bersambung minggu hadapan).

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;