Isnin, 18 Februari 2013 0 ulasan

Kenangan: Pertandingan Berkhutbah Peringkat Daerah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Bismillah...Dikala malam yang dingin,diikuti suluhan lampu bulan umpama neon di jalan,kerlipan si kecil yang jauh di atas sana umpama batu permata.
Dikala malam aku terkenang,
Dikala malam aku terfikir,
akan setiap kenangan zaman menengah dahulu,banyak pengalaman yang aku perolehi melaluinya.
Disini aku coretkan kenanganku semasa menyandang gelaran Johan dalam pertandingan Berkhutbah peringkat Daerah.
Ia bukanlah perkongsian gambar tetapi perkongsian teks khutbah...Semoga semua dapat ambk iktibar daripada teks tersebut.Ia hasil nukilan seorang guru yang banyak mengajarku Ust Habidin bin Hanipa (Ijazah Sarjana Muda University Mu'utah,Jordan).



Bersedia Menghadapi Kematian


                         * (MUQADDIMAH KHUTBAH)


Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
  Dikesempatan berada pada hari jumaat dan diatas masjid yang mulia ini,saya berpesan kepada diri saya dan kepada siding Jemaah sekalian,marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangannnya.Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah S.W.T. didunia dan di akhirat.

Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis,kita mempercayai bahawa kehidupan,kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia.Dalam peringkat kehidupan kita didunia,jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun.Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati.
   Bagaimana sihat seseorang,bagaimana megah kuasa dan kayanya,namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini.Malah para Nabi,Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan,bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah S.W.T. pun tidak dapat lari dari kematian,menghadapi alam berzakh dan hari penghakiman di padang mahsyar.Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa’ ayat 78:





Maksudnya:”Dimana sahaja kamu berada,pasti mati mendatangi kamu,sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
   Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya.Ia berasal dari tanah,maka pastinya ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia.Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat,suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.Bila seorang manusia itu mati,ia dikatakan qiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk,dimakan cacing,tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia.Rohlah yang menyebabkan kita hidup,boleh mendengar,melihat,berakal,merasai dan berfikir.

Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Kubur atau alam berzakh adalah sebagai tempat permulaan alam akhirat.Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan sangat “نزع سكرة الموت  ",maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh.Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan dalam perjalanan pulang kerumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketaqwaan yang unggul,maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai.Tetapi jenazah yang ingkar,sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah S.W.T.,maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari qiamat.Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
   Khutbah ingin mengingatkan Jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini,semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian,alam barzakh dan mahsyar,kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya dan kelazatan kehidupan didunia.Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.Saidina Ali r.a pernah berkata,”Bahawa manusia tidur lena,apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya.Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
   Kesibukan menjadi keseronokkan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala social seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokkan.Perbuatan ini seolah-olah menggali lubang kubur sendiri.Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.




Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Persoalan tentang perkara ghaib misalnya mengenai kematian,alam barzakh,hari qiamat,syurga,neraka dan sebagainya adalah hak Allah S.W.T. yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat.Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis- hadis sohih.Dasar akidah yang bersumba qias,ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak ajaran sesat adalah ditolak.Para nabi dan malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah S.W.T. sahaja.Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Jin ayat 26-27:





Maksudnya:”Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib,maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuinya itu kepada sesiapapun.Melainkan kepada sesiapa yang diredhainya dari rasulnya maka ia mengadakan dihadapan dan dibelakang mereka malaikat yang menjaganya.”

Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Mengakhiri khutbah pada minggu ini,saya menyeru,insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi kedunia yang fana ini.Kita sering bercakap tenteng kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan ilahi.Bagaimanapun saying sekali,apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu.Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita.Tidak kira dimana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita,Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.
   Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah S.W.T. dalam surah Ali Imran ayat 144:





Ertinya:”Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun di dahului oleh beberapa orang rasul.Apakah kalau ia pula mati atau terbunuh,kamu berbalik ke belakang(murtad)?Dan siapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya)Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur(akan nikmat islam yang tidak ada bandingannya itu)”.


                      *(PENUTUP KHUTBAH)

Semoga banyak manfaat daripada perkongsian ini...
Assalamualaikum...

(~qalam_qalbu@qalam_sanubari~)


Khamis, 17 Januari 2013 0 ulasan

Pengalaman Pertama

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Bismillahirrahmanirrahim....
Dalam keadaan terketar-ketar akibat kesejukan,
Dalam keadaan bila diri memerlukan kepanasan,
Dalam keadaan diri berasa sungguh ta'ajub dengan kuasa Yang Maha Esa,
Dalam keadaan diri yang mencari ketenangan

Ingin menconteng berbagai kisah hidup,
Suka dan luka yang di lalui,
Manis dan pahit yang di rasai,
Berhari-hari di sini,
Jauh dari pandangan kedua orang tua di halaman tercinta.

Walaupun  coretan yang tidak seberapa,
Tetapi,
Perkongsian amat diperlukan buat semua insan yang bergelar manusia.

Sedar ataupun tidak,
Usiaku menjelang 20tahun.

Sedar ataupun tidak,
Sudah 1 fasal/sem aku disini

Sedar ataupun tidak,
Udara yang bertiup,
Hari-hari yang lepas,
Sudah bertukar hawanya.

Bermula dengan panas,
Diikuti dengan sejuk,
dan
Sekarang dilawati dengan salji yang keputihan.














Coretan ini bukan mengulas,menerang,mengajar atau sebagainya.

Tetapi hanya mahu berkongsi pengalaman bermain salji...

Seperti yang kita ketahui,di Malaysia













Tidak terdapat salji...

Sewaktu kecil,melihat cerita karton atau movie

Selalu saja untuk merasai bersentuhan dengan salji...
Walaupun kita semua tahu ianya sejuk,tetapi ia tidak menghalang rasa untuk bermain dengannya...

Kini ku berada jauh nun di sana dari kedua orang tuaku,
yang mana telah diketahui umum,
Bahawa,
Jordan salah sebuah negara yang mempunyai salji dikala musim dingin.


Beginilah suasana salji yang turun di Ajlon,
Salah sebuah tempat tidak seberapa jauh dari universityku

Perjalanan lebih kurang setengah jam atau kurang.


Terlampau ingin menyentuh salji...maka beginilah jadinya...

Jika mahu di muat naikkan gambar,
Terlampau banyak...
Hanya sekadar yang termampu sahaja di kongsikan...

Yang lain,
Di simpan untuk tayangan peribadi...

Akhir kalam,
Dimana sahaja kamu berada,
Cuba renungkan kekuasaan Allah ta'ala yang berada di tempat tersebut,
In sya Allah,
Kamu akan temui 1 keajaiban yang belum pernah kamu merasai akannya sebelum ini
dan,
Kamu akan berasa rendah diri kepada Allah s.w.t.
In sya Allah...
Assalamualaikum...


(qalam_qalbu)
Sabtu, 24 November 2012 0 ulasan

Dikir ohh dikir..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Hahaha...ramai kawan2 dari sekolah yang terkejut,kerana dulu aku bersama dengan kumpulan nasyid sekolah dan kumpulan nasyid bagi daerah kami.

Tapi bile da msuk u nie,lain plak...sambil bernasyid...sambil jugak untuk ak berdikir...

Alhamdulillah...da banyak kali kami buat prsmbhan...

Pertama kali semasa yb fattah hadir di university kami

Kali kedua semasa Lancer,iaitu program peguam muda

Dan yang terbaru bagi Markaz Lughah,yang mana pihak university yang anjurkan.

Alhamdulillah,persembahan kami semakin meningkat,dan in  sya Allah akan menjadi lebih baik untuk sekali lagi memegang takhta sebagai pemenang dikir barat bagi KARISMA nnt..

Inilah kumpulan kami...Seri Sohro' yang dulu dikenali sebagai Seri Kijang



0 ulasan

Prisma Super League (PSL)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Prisma Super League (PSL) yang di buat baru2 ini telah mendapat sambutan yang baik oleh semua warga PRISMA(Persatuan Mahasiswa Malaysia Al al-Bayt),walaupun dalam keadaan suhu 6-12c..

Ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah antara semua warga PRISMA FC(PRISMA Family Community) dan untuk pemilihan skuad PRISMA untuk pertandingan KARISMA nanti.

Ia berlangsung di sarhan,mafraq,jordan,sekitar 10 minit dari sakan jamiah dan bandar mafraq.

Antara gambar yang sempat di ambil ialah...


*Perlawanan antara kumpulan..ak bersama dengan kumpulan C




*Rehat sebentar...

Luthfi...hehe...

my team...smbil mlhat aksi pasukan lain...

aiwah...sempat bergambar dgn febrigas..haha...Usamah..

Time trima hadiah...hee.. :)
Sabtu, 3 November 2012 1 ulasan

Idil Adha di Bumi Syam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Sedar tidak sedar,sudah lame yea aku berada di bumi Syam ini.Bumi yang sebelum nie aku tidak pernah terfikir untuk menjijakkan kakiku kesini untuk mencari ilmu.Tapi,semua itu telah di tentukan oleh Allah s.w.t.

Hari ini aku nak menceritakan kisah hari raya qurban di mantiqah Mafraq.Alhamdulillah,cukup meriah kerana kami mengorbankan 50ekor kambing dan 4 ekor lembu.Banyakkan.

Sebenarnya,jika para pembaca mahu mengetahui,Kelab Putra 1 Malaysia telah bersatu dengan Persatuan Universiti kami iaitu PRISMA untuk menjayakan KFC (Korban Family Community) dengan hasrat untuk membantu pelarian Syiria yang berada berhampiran dengan kawasan kami.

Jika para pembaca mahu mengetahui,sebenarnya kedudukan mantiqah Mafraq nie adalah berhampiran dengan Syiria.Oleh sebab itulah ramai daripada penduduk Syiria yang datang untuk tinggal di mantiqah ini.

Disebabkan ramai pelarian Syiria yang masuk ke sini,ia telah mengakibatkan banyak rumah-rumah untuk di sewa telah berkurangan sekaligus para pelajar disini susah untuk memiliki rumah sewa.

Ramai yang mengambil langkah untuk tinggal di sakan jamiah(hostel),tetapi semua telah mengetahui,urusan dengan orang arab cukup membuat seseorang itu menjadi seorang penyabar yang berjaya.Nak tahu kenapa? datang sendiri n berurusan sendiri.

Oklah,pendekkan cerita.Disini ak ingin berkongsi beberapa keping gambar.














                                                                       



*time nak p sahah tok tnggu coaster.          

                                        *Kawan2..Sejok mcm da turun salji..(15c)





 *Time lpas solat idil adha di masjid di bandar Mafraq.(Makan swiss roll dluuu..)











*Bermaaf-maafan sebelum makan swiss roll n berkorban.








                                                  *Antara sebahagian orang arab yang hadir



*Bersama rakan.Sempat bergambar dengan caloh PhD AL al-Bayt University(yg pkai jubah koko tuu)













*Hari kedua.Santap di tingkat atas Bayt PRISMA













*Setelah selesai membuat persembahan nasyid dan qasidah.











*Open house rumah sahabat..(Mohd Faqih)












*Laksa penang,nasi impit dan kueh mueh.
(untong laaa orang ad kakak dkt cnie...)












*Yg tengah tuu laa tuan empunya rumah (Mohd Faqih)








                                                    *Sebelum wat persembahan nasyid

                                          *Time makan2 kat Bayt PRISMA

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;