Isnin, 30 September 2013 0 ulasan

BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).
Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.
Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat.
Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.
Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”
Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.
Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.
Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

kt:islamituindah
Ahad, 31 Mac 2013 0 ulasan

Salahkah berzikir dengan pelbagai cara?

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bismillahirrahmanirrahim….Alhamdulillahirabbila’lamin…Segala puji bagi Allah,dengan izin dan limpah kurniaannya,diberikan juga kesempatan,kekuatan,ketenangan untuk menulis artikel terbaru ini.Alhamdulillah,syukur sekali lagi kepada Allah,pencipta alam ini.Sesungguhnya segala kekuatan yang diberikan,adalah pinjaman olehNya.TanpaNya,siapalah kita.Artikel hari ini merujuk kepada jawapan mengenai ‘Bolehkah berzikir,berselawat dengan menari atau pelbagai gaya?’Sepertimana yang telah kita ketahui,ramai dikalangan kita sedang enak membahaskan tentang isu ini,ada yang memberi pandangan boleh,ada yang mengatakan tidak boleh.Hampir kesemua mereka yang mahu mempelajari agama seolah-olah takut dengan agamawan zaman sekarang.Kerana masing-masing mempunyai pegangan masing-masing.Jawapan kepada persoalan di atas ialah boleh.Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.
Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.
Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.
Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.
Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).
Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.
Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlahDan ada juga setengah daripada mereka mengkritik mengenai qasidah serta menterjemah setiap bait-bait yang dilafazkan dengan salah.Disini saya datangkan bait-bait qasidah tersebut dengan terjemahannya. 

يَا هَنَانَا

Betapa Beruntungnya Kami


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

{dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad}Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

{ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah}Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا

{ya hana na}Betapa Beruntungnya Kami


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

{khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani}Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

{ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah}Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)


يَا هَنَانَا

{ya hana na}Betapa Beruntungnya Kami


مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

{min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar}Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anamlalu kabilah Mudhar{(kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia}


يَاهَانَانَأ

{ya hana na}Betapa beruntungnya kami


اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

{athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon}Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya


ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

{dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah}Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT


يَاهَنَانَا

{ya hana na}Betapa beruntungnya kami


صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

{shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami}Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama


صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

{shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami}Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan


يَا هَنَانَا

{ya hana na}Betapa beruntungnya kami
       
Isnin, 18 Februari 2013 0 ulasan

Kenangan: Pertandingan Berkhutbah Peringkat Daerah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Bismillah...Dikala malam yang dingin,diikuti suluhan lampu bulan umpama neon di jalan,kerlipan si kecil yang jauh di atas sana umpama batu permata.
Dikala malam aku terkenang,
Dikala malam aku terfikir,
akan setiap kenangan zaman menengah dahulu,banyak pengalaman yang aku perolehi melaluinya.
Disini aku coretkan kenanganku semasa menyandang gelaran Johan dalam pertandingan Berkhutbah peringkat Daerah.
Ia bukanlah perkongsian gambar tetapi perkongsian teks khutbah...Semoga semua dapat ambk iktibar daripada teks tersebut.Ia hasil nukilan seorang guru yang banyak mengajarku Ust Habidin bin Hanipa (Ijazah Sarjana Muda University Mu'utah,Jordan).



Bersedia Menghadapi Kematian


                         * (MUQADDIMAH KHUTBAH)


Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
  Dikesempatan berada pada hari jumaat dan diatas masjid yang mulia ini,saya berpesan kepada diri saya dan kepada siding Jemaah sekalian,marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangannnya.Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah S.W.T. didunia dan di akhirat.

Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis,kita mempercayai bahawa kehidupan,kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia.Dalam peringkat kehidupan kita didunia,jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun.Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati.
   Bagaimana sihat seseorang,bagaimana megah kuasa dan kayanya,namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini.Malah para Nabi,Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan,bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah S.W.T. pun tidak dapat lari dari kematian,menghadapi alam berzakh dan hari penghakiman di padang mahsyar.Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa’ ayat 78:





Maksudnya:”Dimana sahaja kamu berada,pasti mati mendatangi kamu,sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
   Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya.Ia berasal dari tanah,maka pastinya ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia.Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat,suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.Bila seorang manusia itu mati,ia dikatakan qiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk,dimakan cacing,tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia.Rohlah yang menyebabkan kita hidup,boleh mendengar,melihat,berakal,merasai dan berfikir.

Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Kubur atau alam berzakh adalah sebagai tempat permulaan alam akhirat.Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan sangat “نزع سكرة الموت  ",maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh.Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan dalam perjalanan pulang kerumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketaqwaan yang unggul,maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai.Tetapi jenazah yang ingkar,sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah S.W.T.,maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari qiamat.Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
   Khutbah ingin mengingatkan Jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini,semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian,alam barzakh dan mahsyar,kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya dan kelazatan kehidupan didunia.Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.Saidina Ali r.a pernah berkata,”Bahawa manusia tidur lena,apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya.Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
   Kesibukan menjadi keseronokkan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala social seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokkan.Perbuatan ini seolah-olah menggali lubang kubur sendiri.Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.




Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Persoalan tentang perkara ghaib misalnya mengenai kematian,alam barzakh,hari qiamat,syurga,neraka dan sebagainya adalah hak Allah S.W.T. yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat.Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis- hadis sohih.Dasar akidah yang bersumba qias,ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak ajaran sesat adalah ditolak.Para nabi dan malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah S.W.T. sahaja.Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Jin ayat 26-27:





Maksudnya:”Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib,maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuinya itu kepada sesiapapun.Melainkan kepada sesiapa yang diredhainya dari rasulnya maka ia mengadakan dihadapan dan dibelakang mereka malaikat yang menjaganya.”

Ikhwanil Muslimin Rahimakumullah,
   Mengakhiri khutbah pada minggu ini,saya menyeru,insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi kedunia yang fana ini.Kita sering bercakap tenteng kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan ilahi.Bagaimanapun saying sekali,apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu.Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita.Tidak kira dimana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita,Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.
   Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah S.W.T. dalam surah Ali Imran ayat 144:





Ertinya:”Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun di dahului oleh beberapa orang rasul.Apakah kalau ia pula mati atau terbunuh,kamu berbalik ke belakang(murtad)?Dan siapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya)Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur(akan nikmat islam yang tidak ada bandingannya itu)”.


                      *(PENUTUP KHUTBAH)

Semoga banyak manfaat daripada perkongsian ini...
Assalamualaikum...

(~qalam_qalbu@qalam_sanubari~)


Khamis, 17 Januari 2013 0 ulasan

Pengalaman Pertama

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Bismillahirrahmanirrahim....
Dalam keadaan terketar-ketar akibat kesejukan,
Dalam keadaan bila diri memerlukan kepanasan,
Dalam keadaan diri berasa sungguh ta'ajub dengan kuasa Yang Maha Esa,
Dalam keadaan diri yang mencari ketenangan

Ingin menconteng berbagai kisah hidup,
Suka dan luka yang di lalui,
Manis dan pahit yang di rasai,
Berhari-hari di sini,
Jauh dari pandangan kedua orang tua di halaman tercinta.

Walaupun  coretan yang tidak seberapa,
Tetapi,
Perkongsian amat diperlukan buat semua insan yang bergelar manusia.

Sedar ataupun tidak,
Usiaku menjelang 20tahun.

Sedar ataupun tidak,
Sudah 1 fasal/sem aku disini

Sedar ataupun tidak,
Udara yang bertiup,
Hari-hari yang lepas,
Sudah bertukar hawanya.

Bermula dengan panas,
Diikuti dengan sejuk,
dan
Sekarang dilawati dengan salji yang keputihan.














Coretan ini bukan mengulas,menerang,mengajar atau sebagainya.

Tetapi hanya mahu berkongsi pengalaman bermain salji...

Seperti yang kita ketahui,di Malaysia













Tidak terdapat salji...

Sewaktu kecil,melihat cerita karton atau movie

Selalu saja untuk merasai bersentuhan dengan salji...
Walaupun kita semua tahu ianya sejuk,tetapi ia tidak menghalang rasa untuk bermain dengannya...

Kini ku berada jauh nun di sana dari kedua orang tuaku,
yang mana telah diketahui umum,
Bahawa,
Jordan salah sebuah negara yang mempunyai salji dikala musim dingin.


Beginilah suasana salji yang turun di Ajlon,
Salah sebuah tempat tidak seberapa jauh dari universityku

Perjalanan lebih kurang setengah jam atau kurang.


Terlampau ingin menyentuh salji...maka beginilah jadinya...

Jika mahu di muat naikkan gambar,
Terlampau banyak...
Hanya sekadar yang termampu sahaja di kongsikan...

Yang lain,
Di simpan untuk tayangan peribadi...

Akhir kalam,
Dimana sahaja kamu berada,
Cuba renungkan kekuasaan Allah ta'ala yang berada di tempat tersebut,
In sya Allah,
Kamu akan temui 1 keajaiban yang belum pernah kamu merasai akannya sebelum ini
dan,
Kamu akan berasa rendah diri kepada Allah s.w.t.
In sya Allah...
Assalamualaikum...


(qalam_qalbu)
Sabtu, 24 November 2012 0 ulasan

Dikir ohh dikir..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Hahaha...ramai kawan2 dari sekolah yang terkejut,kerana dulu aku bersama dengan kumpulan nasyid sekolah dan kumpulan nasyid bagi daerah kami.

Tapi bile da msuk u nie,lain plak...sambil bernasyid...sambil jugak untuk ak berdikir...

Alhamdulillah...da banyak kali kami buat prsmbhan...

Pertama kali semasa yb fattah hadir di university kami

Kali kedua semasa Lancer,iaitu program peguam muda

Dan yang terbaru bagi Markaz Lughah,yang mana pihak university yang anjurkan.

Alhamdulillah,persembahan kami semakin meningkat,dan in  sya Allah akan menjadi lebih baik untuk sekali lagi memegang takhta sebagai pemenang dikir barat bagi KARISMA nnt..

Inilah kumpulan kami...Seri Sohro' yang dulu dikenali sebagai Seri Kijang



Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;