Jumaat, 29 Mei 2009 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
10 wasiat(ringkasan) Hassan AL-Banna

1. Bangunlah segera untuk melakukan shalat apabila mendengar
Adzan walau bagaimana pun keadaannya.

2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur'an atau dzikirlah kepada Allah
dan jangan engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam
masalah yang tidak ada manfaatnya.

3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab
dengan fasih.

4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang
pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan
kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan
Allah (dzikir) adalah tenang dan tentram.

6. Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali
dengan bersungguh-sungguh terus menerus.

7. Jangan mengeraskan suara diatas suara yang diperlukan pendengar,
karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya
dalam bentuk apapun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak
meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerjasama)

10. Pekerjaan Rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu
yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya
dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka
sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.


( Copy:Kitakinidanselamanya)
0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Surah Al Mulk

Surah ini diturunkan di Mekah
.Pokok perbincangan surah ini ialah memperkatakan kerajaan Allah yang tersusun rapi dan bukti-bukti kekuasaanNya yang tidak terhingga dan memperkatakan kesiksaan orang-orang kafir di dalam neraka.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

FADHILAT SURAH AL-MULK

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda. "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati memberi syafa'at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Al Mulk."

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu
surah Al Mulk dan surah As Sajadah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan As Sajadah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke-9 didalam kiraan Islam ). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam 'Lailat-ul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tarmidzi meriwayatkan daripada Ibn Abbas : " Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Al Mulk. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."

Jabir meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah surah As Sajadah dan Surah Al Mulk

Amalkanlah

Bacalah surah Al Mulk ini setiap malam atau setiap hari....Tak rugi, malah untung....Inilah amalan yg mudah utk lepas dari seksa kubur...Amalan yang melepaskan diri dari seksa umur ialah


1.Mati malam jumaat atau hari jumaat

susah nak dapat mati pada hari tersebut....jarang dapat

2. Mati sakit perut

tidak dapat seksa kubur yng beriman mati sakit perut kerana lapar ...... sesungguhnya mati sakit perut cukup seksa skali.....orng yg mati sakit perut tak dapat seksa kubur....tapi janganlah tak makan kerana ingin mati sakit perut....boleh jatuh hukum bunuh diri.

3.Membaca ayat Quran kepada orang yang sakit nak mati

jarang bersekempatan....

4.Membaca surah Al Mulk pada setiap malam atau hari

Amalkan dengan membaca surah ini,sebaik-baiknya hafalah ia...Hanya 30 ayat sahaja...Lebih baik daripada kita membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah.....
Jumaat, 15 Mei 2009 0 ulasan

Tafakkur Kepada Allah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Tafakkur Kepada Allah Segala kejadian yang diciptakan Allah dan peristiwa yang berlaku menggambarkan kebesaran sifat-sifat Allah S.W.T.Maka untuk menimbulkan kesedaran terhadap diri manusia tentang kedudukan hubunganya dengan Allah perlulah dia bertafakkur sejenak pada masa-masa tertentu untuk melihat kebesaran Allah pada kejadian dirinya,nikmat Allah kepadanya,alam kubur,dan alam Mahsyar. Tafakkur Terhadap Kejadian Diri Kejadian manusia penuh dengan keunikkan dilihat pada susunan anggota dalaman dan luarannya,fungsi segala anggotanya adalah menggambarkan di dalamnya sifat ilmu Allah,iradah Allah,qudrat Allah dan hikmah Allah S.W.T yang menimbulkan kesempurnaan dan keindahan kejadian manusia.Demikian juga perhatian manusia terhadap kejadian-kejadian yang lain.
Sabtu, 2 Mei 2009 0 ulasan

Da'wah Islamiah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..Alhamdulillah..Syukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat juga saya pergi ke cybercafe bagi menyiapkan web ini untuk membuat web rujukan tentang Islam kepada seluruh umat Islam di dalam negara Malaysia ataupun seluruh dunia yang membuka web ini.Sebagai seorang pelajar Beragama Islam,wajib kepada saya untuk mengajar setakat yang saya pelajari dari ustaz-ustaz,ustazah-ustazah yang telah banyak mengajar saya di sekolah dan sebagainya.Insyaallah akan saya muatkan web ini dengan ajaran-ajaran Islam yang telah saya pelajarinya.Akhirnya saya ucapkan "Jazakumullahukhairankasiran"kepada saudara-saudara Islam yang membuka web ini.

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;