Sabtu, 14 Mei 2011 0 ulasan

Kehidupan Berorganisasi

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melalui kehidupan berkomuniti ini lahirnya bentuk penyatuan komuniti seperti adanya keluarga, kabilah, puak, perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Dari sekecil komuniti seperti keluarga hinggalah kepada pembentukan empayar, ia harus mempunyai ketua – yakni seorang pemimpin yang akan membentuk budaya, aspek pemikiran, penyatu kepada pelbagai bangsa dan ideologi, menegak dan melaksana undang-undang, ketua tentera dan pelbagai peranan lagi.

Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada ia berbentuk formal atau bukan formal atau yang berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO), badan kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain.

Kepelbagaian organisasi dan pemimpin ini telah mendorong banyak para pengkaji sains sosial dan ahli akademik untuk membuat kajian bagi melihat dinamika sesebuah organisasi dan gaya pemimpin atau adakalanya ditakrifkan sebagai kepimpinan dan bagaimana kedua aspek ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.

Difinisi Kepimpinan

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.

Fungsi Umum Kepimpinan

Memahami fungsi kepimpinan didalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia melibatkan skop keterlibatan peranan pimpinan secara menyeluruh.Secara umum fungsi kepimpinan dapat diringkaskan seperti berikut:

1.Membentuk dan membimbing anggota kearahkejayaan dunia dan akhirat.
2.Menyatupadukan anggota bertindak sebagai orang tengah,pakar rujuk,penasihat,kawan yang simpati dan pendengar yang sabar.
3.Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolah manfaat secemerlang mungkin (memasyarakatkan anggota).
4.Merancang,menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi.
5.Memudahkan perhubungan antara anggota organisasi tanpa ada sebarang penghalang.

Organisasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi – ‘organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih.’ James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

Definisi Tarbiah

Tarbiah merupakan suatu uslub yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia,dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah).Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.Secara umumnya tarbiah adalah udaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah s.w.t. secara sempurna.Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

Definisi Harakah Islamiyah

Harakah Islamiyah merupakan satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.Secara umumnya,harakah adalah jemaah yang teratur dan mempunyai matlamat serta manhaj yang tertentu.
Tarbiah harakiah mempunyai matlamat asas yang tersendiri iaitu:

1)Matlamat Khusus:
#Melahirkan individu muslim
#Membina keluarga Islam
#Membentuk masyarakat Islam
#Menegakkan negara Islam
#Menyatukan semula ummah Islamiyah

2)Matlamat Umum,antaranya ialah:
#Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa (Surah adz-zuriyat)
#Mempelapori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar (Surah ali-Imran :11)
#Menyampaikan ridalah Islam kepada alam seluruhnya (Surah al-baqarah :142)
#Menghapuskan kuasa kuffar di atas muka bumi ini (Surah al-Anfal:39)

Inilah matlamat asas kepada tarbiah harakiyah.Terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

Ciri-ciri

1)Ciri-ciri khusus tarbiah islamiyah:
#Ketuhanan
#Sempurna dan lengkap
#Positif dan membangun
#Kesederhanaan dan keseimbangan
#Persaudaraan dan jemaah

2)Ciri-ciri harakah islamiyah terbahagi kepada:
1)Ciri-ciri prinsip:
#Gerakan rabbani
#Gerakan yang tersendiri
#Gerakan pembawa kemajuan
#Gerakan yang syumul
#Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

2)Ciri-ciri haraki,antaranya:
#Beransur-ansur dlam semua peringkat gerakan
#Peringkat dakwah:
-Ta'arif
-Takwim
-Tanfiz
#Mengutamakan kerja dari propaganda
#Nafas yang panjang
#Uzlah nafsiah bukan jasadiah
#Matlamat tidak menghalalkan cara

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental,spiritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat.
Dengan terlaksananya amaliah tarbiah harakiyah ini,maka tercetuslah madrasah dai-e rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali ummah di atas muka bumi ini.
Akhirnya,jadilah kamu pemimpin yang adil dan takut akan ALLAH S.W.T.Wakafkan diri kamu kepadaNya,insyaAllah perjuangan kamu tidak akan sia-sia.
Sebelum ana menghabiskan coretan ana,sukacita ana hendak kemukakan 20 soalan kepada manusia yang bergelar pemimpin.Soalannya ialah:

1)Siapakah anda?
2)Berdasarkan soalan di atas,berikan sebab bagi jawapan anda di atas.
3)Apakah maksud Islam?
4)Apakah maksud Iman?
5)Apakah maksud dakwah?
6)Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin?
7)Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan?
8)Apakah tugas dan matlamat pemimpin dalam menggerakkan umat Islam?
9)Bagaimanakah keperibadian seorang pemimpin?
10)Apakah sifat utama seorang pemimpin?
11)Apakah yang di maksudkan dengan tarbiah?
12)Apakah yang dimaksudkan dengan perkadiran?
13)Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?
14)Amal Islami terbahagi kepada 3,nyatakan bersama maksud.
15)Apakah yang di maksudkan dengan jemaah?
16)Adakah anda sentiasa bersama jemaah organisasi anda?
17)Bagaimanakah hubungan anda dengan ahli kepimpinan yang lain?
18)Adakah anda berasa letih dengan kehidupan berorganisasi?
19)Adakah anda telah melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin dengan sempurna?
20)Adakah anda pentingkan diri sendiri?Nyatakan sebab beserta bukti.

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;