Ahad, 8 Januari 2012 0 ulasan

STAM ketika menunggu SPM....sEkOlAh KeMbAlI.....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bismillah.....Alhamdulillah...Bersyukur kehadrat ilahi,dengan izinnya dipetang ini,dapat juga saya menulis untuk catatan yang terbaru bagi blog ini.
Hari ini hanya mahu berkongsi cerita sahaja.Tetapi dengan cerita ini insyaAllah akan ada manfaatnya pada semua.
Hari ini macam kebiasaannya,ahlil bait(rakan-rakan serumah @ home mates ) berjalan pergi ke sekolah seperti kebiasaannya.Tapi,yang rasa janggalnya adalah saya,ini kerana,pada tahun lepas,pembahagian buku teks adalah awal,dan sesi P&P ialah pada hari pertama persekolahan.
Tapi tahun ini adalah berbeza,ia kerana sekarang saya akan menuntut sebagai seorang pelajar yang menunggu SPM dan dalam kemaskini menuju peperiksaan STAM(SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA) yang mana sijil ini hanya ada pada sekolah-sekolah agama sahaja.
Jadi,macam-macam larr subjek baru yang bakal saya jumpai.
Berjalan dan terus berjalan menuju ke sekolah,hari ini adalah hari Ahad,seperti kebiasaannya hari ini adalah hari perhimpunan ataupun tobur.



Semuanya telah d atur dengan lengkap oleh Lajnah Perhimpunan oleh akh Abdullah Mat Siri,pelajar tingkatan 5 kelas akaun.
Pemilihan di buat berdasarkan banyak aspek yang tertentu,seperti tempat tinggal,yang mana dia tinggal di asrama,jadi mudah untuk berinteraksi dengan guru untuk mendapatkan PA Systm dengan lebih cepat.
 *bukan gambar sekolah saya..
Jadi sekalong tahniah kepada akh Abdullah kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.
Bukan apa,bila kita sudah menjadi pimpinan,maka mudah untuk orang lain memberi komen kepada ahli pimpinan kita dan badan kita.Jadi sebab itulah bila menjadi seorang pemimpin,semua perkara kita perlu jaga.Ini kerana seorang pemimpin adalah penentu masa depan orang lain,badan,parti politik,organisasi dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Nabi telah bersabda yang bermaksud:"Semua dikalangan kamu adalah pemimpin,dan setiap pemimpin wajib menjaga orang yang di pimpin....."
Jadi,jadilah seorang pemimpin yang beramanah.
Okey,sambung cerita tadi,perhimpunan di mulai dengan bacaan al-quran,yang mana setiap hari,setiap pagi tepat jam 7.30 pagi akan baca al-quran.1 helai sehari.Ia adalah berpadanan dengan suruhan nabi Muhammad S.A.W. yang mana pernah bersabda:"Hiasilah pagimu dengan bacaan al-quran".Jelas disini pihak sekolah mengambil berat akan aspek rohani,tapi jangan salah anggap,aspek jasmani juga sekolah mengambil berat,buktinya banyak pertandingan sekolah kami ke peringkat akhir ataupun negeri.Ini membuktikan pelajar di sekolah agama juga mampu menjadi yang terbaik daripada yang baik.Jadi suka saya menyatakan disini bahawa sekolah agama juga berpotensi malah lebih baik daripada sekolah biasa,ini kerana banyak kelebihan yang ada di sekolah di sini.Walaupun dulu pernah menjadi isu yang mana mahu tutup semua sekolah agama yang ada di Kelantan.Tapi,agama Allah tetap akan ada penyelamat.Walaupun masa itu,kami di Kelantan di hantam dengan sekeras-kerasnya dari mereka-mereka yang boleh dikatakan musuh Allah tetapi rahmat Allah datang dengan membawa pergi 5 buah negeri.Setiap penentang agama Allah,pasti akan ada balasannya.Kamu bukan seorang yang berilmu@Ulama sekiranya agama tidak sebati dengan diri kamu.Maksud di sini,Sekiranya berlaku kemungkaran,yakni pelbagai bentuk kemungkaran tetapi kita tidak berasa apa-apa,maka perkuatkanlah iman ataupun tunggu bala Allah menimpa ke atas diri kamu WALIAZUBILLAH!!!.


Wahai pembaca yang budiman,bukan saya mahu berpolitik,bukan saya mahu mengata,tetapi hakikatnya itulah senario yang berlaku pada hari ini.Jika ini berterusan,maka kekuatan ummat Islam yang sebelum ini di geruni oleh semua pihak musuh akan hancur berkecai.
Kita pernah merampas dua pertiga dunia,jadi jika kita bergabung kembali,tak hairan jika kita boleh menang.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku sekalian,hidup di dunia ini sementara,hakikatnya,akhirat adalah segalanya."Addunia Mazraa'tul Akhirah" maksudnya:"Dunia,adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat".
Lihatlah wahai pembaca yang budiman,besarnya kepentingan hidup selepas mati.Sekiranya tiada amalan yang di buat semasa hidup di atas dunia ini,maka kosonglah akaun bekalannya di sana nanti.Di ibaratkan seperti seorang yang tidak menabung.Ingat,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna.Nasi sudah menjadi bubur.Tidak enak jika dimakan jika lauknya tidak sesuai dengannya.Fikir-fikirkanlah.



Selepas itu,perhimpunan bermula dengan bacaan al-quran,kemudian taklimat daripada unit Ko-Kurikulum yang di sampaikan oleh Cikgu Zuhaimi bin Zakaria,seterusnya dituruti dengan taklimat disiplin oleh Ust Mohd Tarmizi Abd Rahman,dan yang terakhir sekali,ucapan daripada ybrs mudir ust.Pahruddin Karimi b. Che Mohammad...

Selesai semua ucapan tersebut,maka berakhirlah perhimpunan kami.Bersurai.

Terus mencari  dan mencari,haaa!!
Apa tu??
Apa lagi kerusi dan meja lah...
Berkeliaran ckit pagi nieh....cari jap...
Then mudir sendiri yang buat pengunguman.."Perhatian kepada semua pelajar STAM sila ke blik gerakan sekarang juga."
Apa yang tunggu,sebelum budak perempuan masuk,baik laaa masuk dulu..

Setelah selesai,maka banyak laaa berfikir,mudir cakap pendaftaran STAM sampai hari khamis ni jer kat sekolah law lepas kene pergi pejabat Yayasan Islam Kelantan sendiri.Waduhh!!!NilamPuri Kota Bharu,jauhhhh tuuu!!!
Then tadi mudir sebut budak tingkatan enam ada persatuan sendiri,bina ajk sndiri then wat Kertas Kerja 1 tahun.Ini untuk perayaan besar sahaja.
Adoi,law nak wat kertas kerja,kene laa susun ajk dulu,then skne msyrt dulu baw blh buat.Susah laaa ckit law x der guru pembimbing..Cz pemlihan bukan seperti kebiasaannya.Ramai yang nak menjadi pengerusi n jwtan lain-lain lagi kat AMT.
Apa-apapown mabruk laaa.Saya kemungkinan x nak dah pegang jawatan banyak-banyak,nanti pening di buatnya,sekarang jadi AMT 2 badan induk sekolah pown sudah pening sedikit.Banyak kerja.Apapown kuatkan semangat untuk menempuhi semuanya,kerana semua ini adalah ujian Allah.Jika bukan kita siapa lagi yang akan mengikuti jejak langkah para anbia',ulama'.Tak sanggup lihat dunia ini di pelopori oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab,sebab,jika amanah di berikan kepada mereka yang tidak beramanah,maka tunggulah bala daripada Allah datang menimpa semua.

Akhir kalam,besok baru dapat kerusi dan meja baru sebab semuanya disimpan di asrama.Okey laa...ini dulu celoteh n nasihat saya.Moga bermanfaat.
Assalamualaikum...


Ahad, 1 Januari 2012 0 ulasan

Header

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Nak ubah lah header nie....







Cuba kawan-kawab bagi cadangan....
0 ulasan

Azam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bismillahirahmanirrahim.............Alhamdulillah...Setahun telah berlalu,sekarang sudahpun masuk ke tahun yang baru...2012...
Para pembaca yang budiman,
Semalam,saya ada terima banyak sms daripada rakan-rakan,banyak yang mengucapkan selamat tahun baru,semoga amalan bertambah di tahun baru,semo0ga bersemangat lagi dalam perjuangan dan sebagainya.


Tapi.....


Dalam banyak-banyak sms tu,ada satu yang menarik perhatian saya,die ucap selamat tahun baru,dan menyuruh saya buat azam baru bagi tahun yang baru...


Siap bagi cadangan lagi taw.....


cadangan die,jangan lagi makoh ore...hahaha....membuatkan saya tersenyum hingga ke pagi..




Hey,bukan gila laa!!!!huhuhuhu!!!
Mudah jer die eerp pikir kite nie gila...
adoiii...


Tapi,


Cadangan die tu,yang membuatkan saya tersenyum.


Memang betul apa yang diberitahunya...Saya selalu la bergurau dengan die dan rakan-rakan lain.


Biase ler,just untuk bertegur dan mesra dengan rakan-rakan sekelas.


Tapi bagus la apa yang die cakap.


Kita perlu ada azam yang  baru sempena tahun baru..


Ek eleh!


Cakap pasal azam baru konon yang lame ape kez???!!
Da teertimbus lumpur akibat banjir kerr???!!!


Ramai yang akan cakap macam nie..


Sebenarnya,x kisah la,yang ppenting kita buat juga azam kita sempena tahun baru,samada tahun baru hijrah ataupun tahun baru mashi.


Buat,dan cuba samakan setiap gerak langkah kita sepanjang tahun tersebut adalah sama dengan azam kita..




Berani menncuba,jangan hiraukan pandangan negative orang,pekara yang baik jangan di halang..
Kalau pekara yang buruk wajib di halang...


Jadi,sempena tahun baru ini,sama-sama kita beraazam untuk diri masing-masing...


Ala,x payah bagitahu orang,just diri kita jer yang tahu....




Apa-apa pon terima kasih banyak-banyak kat semua pembaca,followers dan lain2 lagi,teruskan mengikuti blog ini lagi,InsyaAllah,tahun ini saya akan mencuba memperbaiki lagi post-post yang akan di keluarkan dan di kongsi dengan para pembaca yang budiman...


Sekian....





*terimalah pic pertunjukan bunga api....moga terhibur....











            




















                      
























               



















                     

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;