Khamis, 27 September 2012 0 ulasan

Keberangkatanku ke Jordan

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Segala syukur ku ucapkan kehadrat Ilahi yang memberikan,melimpahkan,merahmatkan dan sebagainya akan segala nikmat-nikmat yang diberi olehNya selama ini.Alhamdulillah..
Alhamdulillah…setelah sekian lama menyepi,kini saya muncul kembali dengan catatan yang terbaru.Mungkin ianya hanya sekadar perkongsian bagi mereka yang membaca catatan ini.Tetapi ketahuilah,ianya cukup bermakna bagi diri saya.
Alhamdulillah,syukur kepada Yang Maha Agung,tidak lain dan tidak bukan lagi iaitu Allah S.W.T. tuhan kita,tuhan yang wajib disembah dan tiada tuhan selainnya.Kita mengaku semasa kita mengucapkan kalimah syahada dalam kehidupan seharian kita samada dalam solat ataupun di luar kerana,dengan izin dan limpah kurniaNya,saya selamat sampai ke bumi Syam ini,iaitu Jordan atau lebih dikenali dikalangan mereka ialah Urdun.
Alhamdulillah,besyukur kepadaNya,kerana setelah lama membuat urusan demi urusan,bayaran demi bayaran,program demi program akhirnya dapat juga saya sampai ke sini dengan selamat dan sihat wal afiat.
Alhamdulillah,kami berlepas dari KLIA pada jam 10.20 malam dengan menaiki kapal terbang Royal Jordanian.Walaupun ianya merupakan pengalaman pertama naik kapal terbang,tetapi tiada sebarang masalah.




Kami transit di Bangkok selama 1 jam,sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.Ia mengambil 8 jam untuk sampai ke Qween Alia International Air Port,Amman,Jordan.Selepas itu,kami meneruskan perjalanan tersebut.Alhamdulillah kami disajikan dengan 2 kali makan dan sekali roti.Semuanya enak-enak.Kecuali,dapat melihat dengan jelas permintaan tiga orang warga India.Mereka beberapa kali memesan bir.Tetapi hanya di berikan sekali sahaja.Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana mereka tidak duduk bersama dengan aku.
Alhamdulillah,kami selamat tiba di Amman pada jam 5 pagi waktu Jordan,pukul 10 pagi waktu Malaysia.Setelah selesai semua urusan dengan emigresen,kami di sambut oleh warga Universty kami iaitu AL al-Bayt Universty,Mafraq,Jordan.



Selesai semuanya,kami berangkat ke destinasi kami,iaitu university kami.Sepanjang perjalanan kami tidak kesepian,kerana semuanya gembira dengan suasana disini,walaupun sedikit kesedihan dan kerinduan di lubuk hati kepada orang-orang di Malaysia.Tetapi demi ilmu,kami tinggalkan semua itu sementara demi ilmu dan cita-cita.
Dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi,dugaan Allah datang dengan menjatuhkan kedua-dua bagasiku di tepi jalan.Mujurlah ada yang ternampak,jika tidak semua barang-barangku tidak akan dijumpai lagi.Dugaan Allah di hari yang pertama.Allah menduga hamba-hambaNya yang ingin mencari,mencedok,menimba ilmuNya yang tidak pernah kurang ataupun sedikit.Ia sentiasa banyak dan perlu kepada usaha untuk memilikinya.



Setibanya aku di Jamiah AL al-Bayt,kami semua dalam keadaan kepenatan,dan di arahkan untuk mengangkat bagasi masing-masing untuk di masukkan ke bilik yang dicari,serta dikemaskan.Setiap bilik hanya dibenarkan didiami oleh 3 penghuni sahaja,beserta beberapa syarat lain.
Alhamdulillah.Selesai semuanya kami di bawa ke Balad(Bandar)Mafraq,untuk membeli perkakasan yang di perlukan seperti periuk,pemanas air(heater),pinggan,gelas,mangkuk,dan lain-lain lagi.

















Selesai semuanya kami dibawa bersantap di sebuah kedai dengan hidangan Syawarma.Pertama kali aku mencubanya,dan terus jatuh cinta dengan makanan ni.Mungkin kerana rasanya yang enak dan dapat mengenyangkan perut aku.



Alhamdulillah setelah semuanya selesai,kami pulang ke sakan jamiah(hostel) untuk berehat,solat dan bermain futsal.



Itu sahajalah yang dapat di kongsi setakat ini.InsyaAllah jika ada kenagan-kenangan lain,akan di kongsi juga untuk tatapan semua insyaAllah wa biiznillah.
Maassalamah wa ilal liqa’….
Assalamualaikum…



*Pelajar Malaysia Batch 2012 AL al-Bayt Universty,Mafraq,Jordan.

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;