Ahad, 27 Mei 2012 1 ulasan

Hukum memakai perfume beralkohol

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Soalan:

Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat?


Jawapan:

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (‘rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90)

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

“Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?” Nabi membalas : “Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya “

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut “Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis”

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan”
Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN ‘LARD’ ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. Jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.



Sumber: http://www.zaharuddin.net/

0 ulasan

Hebatnya Agenda Yahudi

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, tiap-tiap hari mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita, soya juga ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..



Wallahualam..
0 ulasan

Zionis mahu bina kubur palsu di sekitar Masjid Al-Aqsa

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

BAITULMAQDIS: Rejim Zionis merancang membina beribu-ribu kubur palsu Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama Baitulmaqdis untuk menghasilkan kesan Kota Yahudi di kawasan itu.
Satu laporan yang dipetik oleh Yayasan Wakaf Dan Warisan Al-Aqsa menyatakan, kubur itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 1,000 meter persegi dari timur Gunung Sinai Masjid Al-Aqsa, melalui Lembah Silwan di selatan dan menghala ke Lembah Rababa di bahagian barat daya masjid ketiga paling suci umat Islam itu.


Menurut laporan, rejim Zionis berhasrat menyebarkan ajaran Yahudi di semua kawasan sekeliling Al-Aqsa dan Kota Tua Baitulmaqdis selain berusaha menguasai secara berperingkat hartanah milik rakyat Palestin untuk mengubahnya menjadi kawasan perkuburan, penempatan serta pelbagai institusi Yahudi.
“Rejim Zionis memalsukan geografi dan sejarah untuk menghalalkan pembangunan tanah kubur palsu dan kawasan suci palsu,” menurut laporan itu.
Sehubungan itu, rejim berkenaan melarang kerja memulihkan tanah perkuburan Islam di Baitulmaqdis, malah menghancurkan ratusan kubur berkenaan. – Republika

G K G!!!


Sabtu, 26 Mei 2012 0 ulasan

Bercuti ketika orang lain sibokk masuk uUu... :(

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikum............alhamdulillah...lame dah rasenye sy x kuarkan post terbaru untuk blog ini.Mohon maaf sangat2 kerana saya sekarang ni kurang idea dan ketiadaan tajuk yg best2 yg dapat dikongsi bersama dengan sahabat2 blogger semua.
Tapi apa pown di kesempatan ini,pada malam ini,saya akan wat post terbaru....
Ermmm...Pasty ramai rakan2 yg lepasan spm 2011 sekarang nie tgh redy nk sign inn uUniversity kan.Alhamdulillah...Syukurlah buat para sahabat yg berjaya.Teruslah belajar sehingga keliang lahad.Sesunngguhnya ia dituntut.
Tapi lain plak kisah saya,insyaAllah sy akan ke Langkawi besok bersama rakan2 dan guru2 untk pergi berciti di sana.
Pelikkk!!!kan????!!!
Hakikatnya x ada apa yg nak dipelikkan....
Saja sy mahu buat kenangan bersama2 rakan2 dan guru2 tersayang sebelum fly...

Dengar2 ramai orang cakap langkawi nie best,betol ker????

Xtaw ler,sy pown blm pnh pergi laggi ketika umur sekarang nie..
Yg sy ingat sy da pnh pegi sane time kecik2  dulu jer.
2pown kez p umah kaum kerabat kat sana.






Ada juga yg bgtaw kat sane memg bnyk tempat yg menarik.So,memg p nnt nie bejalan sakan ler sy...heheh


Ad juga yg bgtaw kat sane mcm tmpat cokelat terbesar...Wow!!!
cokelat nie mmg best,abg sy da kirim 3 plastik 2 suh sy beli...hehe...pnggemar cokelat laaa katekan.

tp hakikatnya,sy pergi kesana tok mencari ketenangan,tok lihat keindahan alam dan kehebatan ciptaan ilahi.
Inilah yg sebenarnya,kerana kita dituntut untuk berjalan,bermusafir untuk melihat keindahan ilahi.
so,sy asenye stakat ini dulu untuk post yg terbaru.mhon undur diri dahulu...Assalamualaikum..

G K G!!!
<
Selasa, 15 Mei 2012 0 ulasan

Youmun Nakbah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>




Hari Nakbah bermaksud "Hari Kecelakaan".Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
Salam memperingati Hari Nakbah Palestin 64 tahun.Semoga Allah memelihara rakyat Palestin dan memberi kekuatan kpd mrk utk mengharungi dawai besi yg kian merintangi hidup mereka
Tanggal 15 Mei 1948, merupakan tarikh yang harus dipatri ke setiap jiwa-jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya.Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmi yang didokongi sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik (Etnic Cleaning) iaitu tige perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya. Ayoh...pakat tukar profile pic blako.....
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim).


uplod,make profile pic then crop,...










G K G !!!


Assalamualaikum.....

Isnin, 14 Mei 2012 0 ulasan

Penantian Sudah Selesai....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Alhamdulillah....Hasrat sy dan rakan2 sepasukan iaitu pasukan nasyid In-Soff untuk ke final akhirnya berjaya apabila kami menang semasa pertandingan ZON 7 di skolah kami.
*Gambar sebelum pertandingan bermula dalam Bilik Wawasan

Kami mendapat johan dan telah mendapat pesembahan terbaik pada Final Cabaran Nasyid MASSAK 2011 yg berlangsung di perkarangan Stadium Muhammad ke-4 Kota Bharu Kelantan pada 6/6/2012

Ini adalah anugerah yg julungkalinya kami dapat setelah 3 tahun menanti untuk membuat persembahan di pentas final.

Ia akhirnye menjadi kenyataan apabila kami berjaya ke final dan mendapat Persembahan Terbaik di pentas final baru-baru ini.

Walaupun kami hanya mendapat tempat ke-4,tetapi ianya adalah 1 pngalaman buat kami,dan mngkin thun depan kami mmpu mngubahnye...


*Time tiba giliran kami mempamirkan keghebatan kami semasa di peringkat ZON....



*time pnyampaian hadiah dan medal oleh Ust Pahruddin Karimi bin Che Mohammad

















*Gambar time final x smpat nak ambik....busy n gmentar....




0 ulasan

BerCinta......

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikum....Kepada pembaca n followers blog nie,terima kasih kerana terus bersama dgn blog nie...Semoga anda dirahmati Allah...
Pembaca sekalian....Sebut kepada tajuk di atas,saya rasa saya tidak perlu untuk mmbrikan ap itu cinta,kerana ramai yg telah mengetahui akannya.
Bercinta....Benda ini tiba-tiba terkeluar dari benak fikiran sy apabila keluar dari bilik setelah mnyelesaikan solat asar sebentar td.
KENAPA???
KERANA....
ramai rakan2 FB yang telah membuat statusnya berhubung soal ini
Ada yg tiap2 hari memuji pasangannye...
Ada yg tiap2 hari mnutuk pasangannye...

Macam2 adaaaaa!!!

:)

Hakikatnya,bercinta memng boleh mmbuatkan seseorang 2 mngalami pelbagai rasa.Perasaan jadi x menentu.Kadang2 moody,kadang2 happy senyum melebar aje...sampai kadang2 nampak cam orang pelik aje...

Itulah harian orang yg bercinta.

Tapi ketahuilah,setelah anda berpisah dengan kekasih anda,jika anda seorang lelaki,anda akan dapati,si dia yg dulu anda cintai sepenuh hati,yg anda snggup lakukan ap sahaja,adalah pembakar hati anda...

KENAPA???

Kerana,ketahuilah wahai lelaki,zaman sekarang ini,mmg ramai perempuan di bumi ini,tetapi hanya sedikit yg pandai menjaga maruahnye,yg pndai menjaga mulutnye dan sbgainye...

Ada yg akan menyebarkan fitnah tentang diri anda samada di FB,BLOG,TWEET,or semase dieorang sembang time kat skola,tempat keje,talifon or mane2 shj...

FIKIRKAN WAHAI LELAKI...!!!

Jika anda bercinta,cintailah si dia dgn sebenarnya dan tekadkan dalam hati untuk menjadikannye sbgai isteri.
Jangan kerana rupa-parasnye cantik itu menjadi pilihan anda,tetapi pilih la yg beragama,insyaAllah anda akan bahagia di dunia dan akhirat.

Ini hanya peringatan untuk kaum lelaki sahaja,kerana,wlaupun ramai yg melabel orang lelaki adalah buaya,tetapi bukalah minda anda,yg bukan semua lelaki adalah BUAYA...

FIKIR-FIKIRKAN semua....

Assalamualaikum...... :)



Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;