Sabtu, 27 Ogos 2011 0 ulasan

Khutbah Idil Fitri bagi tahun 2011

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> KHUTBAH PERTAMA


اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ (
3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ
بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ
الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ
الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ
…. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman
Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi :

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Maksudnya
: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan
yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat).



Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah,


Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan
yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara
ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati
Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya.
Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping
menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa
juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai
hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja
kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi
hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang
bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri
nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat
sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis
jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh
imam Bukhari dan Muslim :

قال
الرسول e: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ
وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya
: Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka
hendaklah dia menghubungkan silaturrahim
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji
Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam
hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya
itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita
termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini
mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim
sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan
system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan
sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian
yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami
atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup
mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih
daripada pasangan disamping campur
tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan
faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap
anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang
semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan
kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan
silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah
sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang
sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun
tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan
anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya
lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam
meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada
keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya
ibubapa kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan
mereka ketika berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan
hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong
doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat
24 surah al-Isra’ :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ
مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil.”



Muslimindan muslimat yang dihormati sekalian,


Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut
daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh
pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati
daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati
betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang
sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang
tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir
pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya
rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan
sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Semakin
ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan
sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam
kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka
rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda
qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana
amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :

فَإِذَا
ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ
الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan
terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah
berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah
kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ
الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ
سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Maksudnya:
Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang
kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang
menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba
berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat
besar
Berlalunya Ramadhan bukan bererti
berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut
pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam
setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya. Ayat 32 surah
Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian
terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu
golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya,
mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan perintah
Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka mudah terikut
dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki berpakaian dan
bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan berpakaian dan
berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin bertambah.
Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan dalam
menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan penyakit ini
semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran jantina melalui
pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan mahkamah untuk
mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah amaran
nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada
Ibnu Abbas katanya

لَعَنَ
النَّبِيُّ eالْمُخَنَّثِينَ
مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ
Maksudnya:
Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan
para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata
[2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka
sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi
belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam
Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud :
Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran
tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam
hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat
banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan
yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah
golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat



Muslimin
dan muslimat yang diberkati Allah,



Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا
إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ
وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن
دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Maksudnya
: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu
Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun;
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk
dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka
katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami
adalah orang-orang Islam”
Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan
kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan
terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik
demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh
Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar,
internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus
mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun
ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah
menerima 863 kes
permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di
mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang
diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan
alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis
beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan
Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas
alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi
dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada guru tuisyen mengajar muridnya beragama Islam
menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Sebuah pusat tuisyen dan
sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara
yang membabitkan agama Kristian. Dilaporkan juga, murid yang belajar
secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di
kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu memuji Nabi Isa sambil menunjukkan
isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu
bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran
Kristian secara halus ketika belajar. Berita-berita ini semua wajib diberi
perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1] undang-undang murtad wajib digubal segera dan
penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan
umat Islam [2] apa yang lebih penting ialah ilmu agar umat Islam bukan
sahaja tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap
bukan Islam [3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh
semua pihak terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan
Islam [4] Pemerkasaan dakwah Islam kerana kita sepatutnya berasa malu
dengan keadaan perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam
setiap 4 warga barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan
Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan
kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang
bertukar menjadi masjid. [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara
ulama’ Islam dengan orang bukan Islam agar api perbalahan antara agama dapat
diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu
kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu dan dakwah
mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan
terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa
yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita
berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam
itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi
Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3
كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ
كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ
وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ
أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا
بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا
أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du :

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً
وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
Maksudnya : Dan orang-orang
yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan
mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;



Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,


Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan
dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama
lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping
tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan
mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di
Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak
ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan
perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat
Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan
pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan
besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin diktator
satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia diikuti
Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan yang mampu
kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga pertukaran
pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya meneruskan lagi
kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara kita sewajarnya
belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk untuk mempertahan
kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi apatah lagi Islam.
Ketika mahu
meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong
usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula
penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar
pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama
memiliki dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas
yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang
hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari
nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan istilah
infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya harga
barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum. Sama-sama
kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang
memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem
yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui
penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita
yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus
berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada
di bawah


اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ
أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri
diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar
mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara
pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah
peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan
Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ
صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan
kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah
pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ
قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا
مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا
المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ
وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى
تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ
انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ
زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ
الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً
مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ
مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ
الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ
المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ،
وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا
بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ
وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ
اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ
الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ
وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ
إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا
وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً
لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ
وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khamis, 25 Ogos 2011 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Assalamualaikum...kepada para pembaca yang budiman,ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri san maaf zahir dan batin.Bersempena dengan hari yang mulia ini janganlah kita terlampau terpesona dengan hari-hari yang akan berlangsung kerana masih jauh perjalanan kita.Dan kepada anak-anak muda yang berada diperantauan,jangan bersedih kerana tidak dapat beraya dengan sanak saudara di kampung kerana beradanya kamu di bumi anbia dan sebagainya adalah kerana ingin menuntut ilmu,oleh itu,ikhlaskan niatmu,semoga segalanya di permudahkan dan diredhai oleh Allah s.w.t. SALAM I'DIL FITRI,IKLAS DARIPADA TIMB.PENG.BADAN DAKWAH & LATIHAN KEPIMPINAN ISLAM MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG (BALKIS MMGM).



Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;