Rabu, 18 Julai 2012 0 ulasan

Persembahan at Kelantan Trade Centre

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Alhamdulillah pada 14/7/2012,kumpulan In-Soff mendapat jemputan untuk membuat persembahan nasyid di Dewan Utama KTC(Kelantan Trade Centre) anjuran DCL.
Kami di panggil untuk membuat persembahan bersempena karnival DCL Asia yang mana banyak perwakilan-perwakilan dari negeri dan negara yang datang ke karnival tersebut.
Kami dijemput untuk membuat persembahan dikarnival ini kerana Pengasas DCL Dato' Stapa mahu kami membuat persembahan di karnival tersebut setelah melihat persembahan kami di karnival DCL peringkat daerah Gua Musang pada sebelum ini.

Alhamdulillah,kami membawakan 7 buah lagu yang terdiri daripada lagu Khalidubil Quran,Syahadah,Pejuang Agama,Doa Khatam Al-Quran,Lau Kunna,Putera Puteri Yayasan Islam Kelantan,Intro dan Outro..

Masa yang di ambil untuk membawakan kesemua lagu tersebut lebih kurang 1jam...Alhamdulillah kami memberi tarikan kepada penonton yang berada di dewan tersebut...

*Gambar kami di tempat penginapan

*Gambar semasa persembahan....
Isnin, 16 Julai 2012 0 ulasan

Ahlan Ya Ramadhan...

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>








Bismillahirrahmanirrahim.......

Ku buka kalam ini dengan lafaz yang mulia,
sempena beberapa hari yang mendatang,
Yang penuh mulia,
Tiada bulan selain bulan ini,
Ramadhan,
Sekali lagi ia bakal menjelma,
Sedar atau tidak.

Alhamdulillah...Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sya'ban melabuhkan tirai,dan Ramadhan pula menjelma..

Sememangnya Ramadhan yang ditunggu2 oleh orang2 yang beriman untuk membanyakkan pahala di bulan yang penuh barakah ini.

Bulan yang penuh rahmat
ini.
Sedia ataupun tidak,ia pasti menjelma..

Cuma,kita perlu berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memanjangkan usia kita supaya dapat bertemu dgn bulan yang penuh barakah ini,bulan yang mulia ini.

Di samping itu,berdoalah kepada Yang Maha Esa,agar di berikan istiqamah kepada kita untuk terus beristiqamah melakukan amalan2 yang bermanfaat selepas pemergian bulan penuh barakah ini.

Sebaik2 mereka yang beramal adalah mereka yang beristiqamah melakukan amalannya walaupun amalannya sedikit.

Golongan inilah yang disukai oleh nabi.

Di samping itu juga,jadikan medan Ramadhan ini sebagai medan t
arbiah yang terbaik untuk kita berubah.


"Maka celakalah bg mereka yang selepas bulan ramadhan perangainya kembali seperti asal"



Perbanyakkan amalan2 sunat ketika di bulan ini.

Semoga kita semu
a tergolong di kalangan mereka2 yang soleh dan solehah.

InsyaAllah...Amin40x.....




Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;