Sabtu, 31 Disember 2011 0 ulasan

The Face Blog...Join Now..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
0 ulasan

Huh??!!!Peenting!!!

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>








MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM



http://www.facebook.com/pages/Berilmuberamalberiman-blogger-fanspage/148005901976193?notif_t=page_new_likes
Isnin, 26 Disember 2011 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'> بسم الله الرحمن الرحيم.....الحمدلله رب العالمين... Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izin,dapat juga say a mnulis post terbaru..Apa2 pown,harap semua pembaca sentiasa di rahmati Allah... Para pembaca sekalian,sbnrnya,sy ingn kongsi 1 bend a kepada semua,ini berkaitan dgn masalah umat Islam saman kini.. Ia berkaitan dengan smbutan tabun baru yang selalu diamalkan oleh semua masyarakat human Islam tetapi telah ditiru oleh umat Islam zaman kini.... Ingin say a bertanya kepada semua,adakah kamu semua tahu apa hukum menyambut tahun baru?hukumnya adalah haram jika kit a menyambutnya seperti orang bukan Islam menyambutnya. Tetapi,masyarakat Islam hari ini seperti tdk mngendahkannya lagi.Mengenepikan hukum Allah,hukum yang tiada tandingannya dengan hukum yang ada di atas muka bumi ini. Adakah mereka tidak takut akan dosa??? Adalah mereka tdk tkut dgn kepanasan api neraka??? Ketahuilah semua,bahawa,api yang ada dibumi ini hnyalah cebisan kecil daripada api neraka.Jika degan api ini kita dapati manusia boleh terbakar,maka degan api neraka adalah lebih lagi... Oleh itu,sebab apakah mereka tidak mendengar Akan segala larangan,suruhan,dan lain2 lagi daripada Allah... Ini kerana,mereka searing alpa dengan dunia,mengejar dunia yang sementara,mengabaikan akhirat yang selamanya.. Berbalik kepada fokus utama... Jika hendak menyambutnya juga,maka lakukanlah solat sunat hajad.Mintalah kepada Allah,supaya tahun baru ini Akan memberikan segala kebaikan kepada diri kita,keluarga kita,negeri kita,negara kita,ummat Islam kita dan lain2 lagi... oleh itu,sama2 lah kita membuat amal kebajikan di tahun baru ini,tekadlah dalam hati,supaya pada tahun baru ini,kita kan melakukan amal ibadat dengan bersungguh2 lagi,dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T...InsyaAllah... يا يهالذين امن التقو الله حق تقا ته ولا تمو تن الا وانتم مسلمون مع السلامه واللقاء السلام عليكم ورحمت الله وبركته (قلم_قلبو)
Ahad, 25 Disember 2011 0 ulasan

Boleh ke tak boleh???Nape degil!!

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bismillahiirrahmanirrahim.....Hari ni nak kongsi sdkit kepada semua muslim tterutamanya di Malaysia ini.
Sblum msuk kpd kupasan yg slnjutnya,ssy ingin brtnya dahulu,adakah boleh kita sambut dan mengucapkan merry christmas kpd non-musllim?Sila simpan semua jwpn tsbt dlm fkran kamu....
Semmgnya ngra Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum,ttpi adakah d musim perayaan non-muslim kita menymbutnya seperti mereka...ini ada kupasan selanjutnya daripada Ustaz Azhar Idrus.....




Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.






Oleh itu....Pakat ambil iktibar dan pakat kngsi kat kwn2 erp....



Ahad, 4 Disember 2011 2 ulasan

Salahkah Aku Mahukan Dirimu???

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikum...hari ini aku ingin berkongsikan masalah kawan aku dgn semua org yg snggh kat sini....Kawan aku ni nme die Q............................Die ade masalah dgn sorg bdk pmpuan nie yg bnme I..........................Kwn aku nie da luahkan segalanya pada aku,sampai akupon x taw nk wat mcm ner dah.Die mmg da gilekan pompuan 2.Tapi,yg mnjadi masalah skrgnyerrr adalah si pompuan 2 x pcyekan die,aku thu kwn ak 2 rmai jgk knalan pompuan,blh di katekan mesra jgk la dgn owg laen.Sbb 2 pompuan 2 x pcyekan dia.So,kwn aku nie tgh cari jalan la mcm ner nak dptkan pompuan 2.Aku just ckp "x thu".Adooiiii pening glerr laa di buatnyeee...Biase lerr org di lamun cinta laa katekan...

yesss...itu jer lah ungkapan yg boleh aku bgtaw dkt die...teruskan mencuba...semoga berjaya..tp tok pompuan 2..Q............... mmg mncintai diri mu I.................... <3

"Love Never Fails"

Ape komen semua tentang ini??just live it...
Isnin, 28 November 2011 0 ulasan

Salam Ma'al Hijrah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikum........Salam Ma'al Hijrah kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat....Semoga tahun ini,akan menambahkan lagi segala amal ibadat kepada Allah s.w.t.Semoga kita sentiasa di redhai olehNya...Aminnnn.....









Sabtu, 24 September 2011 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Muhammad (Ahmad) bin Indera lahir pada 1920 di Kampung Tombak,Peserai,Batu Pahat,Johor dan meninggal pada 30 Januari 1953.Beliau lebih dikenali dengan panggilan Mat Indera.Beliau merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan komunis untuk memerdekakan Malaya dari jajahan British.Beliau menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak polis dalam peristiwa Bukit Kepong.Beliau merupakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela,Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937.Beliau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor,DYMM Sultan Ibrahim.Beliau kemudian penah berkhidmat sebagai salah seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat,Muar pada tahun 1937.Didalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama,Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut.Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas,beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian.sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun,Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras.Setelah British kembali,Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar,Johor.





Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunisme di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Mat Indera merupakan Ahli jawatankuasa sempadan Johor Melaka Parti Komunis Malaya pada awal 1950-an yang mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Pejuang gerila komunisme yang menentang penjajahan British.




Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong. Hal ini disahkan dalam buku "Memoir Abdullah C.D." dan buku Dialogues with Chin Peng. Ching Peng turut mengesahkan bahawa pihak komunis mengetahui kehadiran kanak-kanak dan wanita di balai tersebut.

Tragedi Bukit Kepong yang melihatkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita telah dijadikan bukti oleh pihak Inggeris sebagai menyokong dakwaan keganasan dan kekejaman. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipaksa untuk membantu bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri, maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesalahannya.

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu, Taiping.
Sabtu, 27 Ogos 2011 0 ulasan

Khutbah Idil Fitri bagi tahun 2011

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> KHUTBAH PERTAMA


اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ (
3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ
بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ
الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ
الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ
…. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman
Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi :

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Maksudnya
: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan
yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat).



Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah,


Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan
yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara
ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati
Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya.
Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping
menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa
juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai
hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja
kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi
hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang
bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri
nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat
sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis
jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh
imam Bukhari dan Muslim :

قال
الرسول e: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ
وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya
: Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka
hendaklah dia menghubungkan silaturrahim
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji
Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam
hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya
itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita
termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini
mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim
sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan
system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan
sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian
yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami
atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup
mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih
daripada pasangan disamping campur
tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan
faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap
anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang
semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan
kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan
silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah
sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang
sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun
tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan
anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya
lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam
meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada
keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya
ibubapa kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan
mereka ketika berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan
hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong
doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat
24 surah al-Isra’ :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ
مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil.”



Muslimindan muslimat yang dihormati sekalian,


Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut
daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh
pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati
daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati
betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang
sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang
tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir
pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya
rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan
sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Semakin
ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan
sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam
kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka
rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda
qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana
amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :

فَإِذَا
ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ
الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan
terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah
berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah
kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ
الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ
سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Maksudnya:
Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang
kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang
menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba
berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat
besar
Berlalunya Ramadhan bukan bererti
berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut
pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam
setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya. Ayat 32 surah
Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian
terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu
golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya,
mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan perintah
Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka mudah terikut
dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki berpakaian dan
bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan berpakaian dan
berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin bertambah.
Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan dalam
menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan penyakit ini
semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran jantina melalui
pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan mahkamah untuk
mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah amaran
nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada
Ibnu Abbas katanya

لَعَنَ
النَّبِيُّ eالْمُخَنَّثِينَ
مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ
Maksudnya:
Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan
para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata
[2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka
sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi
belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam
Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud :
Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran
tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam
hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat
banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan
yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah
golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat



Muslimin
dan muslimat yang diberkati Allah,



Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا
إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ
وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن
دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Maksudnya
: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu
Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun;
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk
dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka
katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami
adalah orang-orang Islam”
Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan
kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan
terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik
demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh
Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar,
internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus
mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun
ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah
menerima 863 kes
permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di
mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang
diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan
alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis
beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan
Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas
alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi
dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada guru tuisyen mengajar muridnya beragama Islam
menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Sebuah pusat tuisyen dan
sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara
yang membabitkan agama Kristian. Dilaporkan juga, murid yang belajar
secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di
kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu memuji Nabi Isa sambil menunjukkan
isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu
bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran
Kristian secara halus ketika belajar. Berita-berita ini semua wajib diberi
perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1] undang-undang murtad wajib digubal segera dan
penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan
umat Islam [2] apa yang lebih penting ialah ilmu agar umat Islam bukan
sahaja tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap
bukan Islam [3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh
semua pihak terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan
Islam [4] Pemerkasaan dakwah Islam kerana kita sepatutnya berasa malu
dengan keadaan perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam
setiap 4 warga barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan
Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan
kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang
bertukar menjadi masjid. [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara
ulama’ Islam dengan orang bukan Islam agar api perbalahan antara agama dapat
diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu
kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu dan dakwah
mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan
terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa
yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita
berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam
itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi
Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3
كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ
كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ
وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ
أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا
بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا
أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du :

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً
وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
Maksudnya : Dan orang-orang
yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan
mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;



Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,


Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan
dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama
lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping
tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan
mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di
Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak
ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan
perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat
Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan
pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan
besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin diktator
satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia diikuti
Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan yang mampu
kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga pertukaran
pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya meneruskan lagi
kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara kita sewajarnya
belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk untuk mempertahan
kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi apatah lagi Islam.
Ketika mahu
meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong
usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula
penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar
pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama
memiliki dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas
yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang
hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari
nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan istilah
infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya harga
barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum. Sama-sama
kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang
memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem
yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui
penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita
yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus
berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada
di bawah


اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ
أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri
diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar
mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara
pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah
peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan
Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ
صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan
kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah
pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ
قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا
مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا
المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ
وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى
تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ
انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ
زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ
الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً
مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ
مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ
الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ
المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ،
وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا
بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ
وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ
اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ
الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ
وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ
إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا
وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً
لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ
وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khamis, 25 Ogos 2011 0 ulasan
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Assalamualaikum...kepada para pembaca yang budiman,ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri san maaf zahir dan batin.Bersempena dengan hari yang mulia ini janganlah kita terlampau terpesona dengan hari-hari yang akan berlangsung kerana masih jauh perjalanan kita.Dan kepada anak-anak muda yang berada diperantauan,jangan bersedih kerana tidak dapat beraya dengan sanak saudara di kampung kerana beradanya kamu di bumi anbia dan sebagainya adalah kerana ingin menuntut ilmu,oleh itu,ikhlaskan niatmu,semoga segalanya di permudahkan dan diredhai oleh Allah s.w.t. SALAM I'DIL FITRI,IKLAS DARIPADA TIMB.PENG.BADAN DAKWAH & LATIHAN KEPIMPINAN ISLAM MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG (BALKIS MMGM).



Sabtu, 14 Mei 2011 0 ulasan

Kehidupan Berorganisasi

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melalui kehidupan berkomuniti ini lahirnya bentuk penyatuan komuniti seperti adanya keluarga, kabilah, puak, perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Dari sekecil komuniti seperti keluarga hinggalah kepada pembentukan empayar, ia harus mempunyai ketua – yakni seorang pemimpin yang akan membentuk budaya, aspek pemikiran, penyatu kepada pelbagai bangsa dan ideologi, menegak dan melaksana undang-undang, ketua tentera dan pelbagai peranan lagi.

Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada ia berbentuk formal atau bukan formal atau yang berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO), badan kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain.

Kepelbagaian organisasi dan pemimpin ini telah mendorong banyak para pengkaji sains sosial dan ahli akademik untuk membuat kajian bagi melihat dinamika sesebuah organisasi dan gaya pemimpin atau adakalanya ditakrifkan sebagai kepimpinan dan bagaimana kedua aspek ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.

Difinisi Kepimpinan

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.

Fungsi Umum Kepimpinan

Memahami fungsi kepimpinan didalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia melibatkan skop keterlibatan peranan pimpinan secara menyeluruh.Secara umum fungsi kepimpinan dapat diringkaskan seperti berikut:

1.Membentuk dan membimbing anggota kearahkejayaan dunia dan akhirat.
2.Menyatupadukan anggota bertindak sebagai orang tengah,pakar rujuk,penasihat,kawan yang simpati dan pendengar yang sabar.
3.Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolah manfaat secemerlang mungkin (memasyarakatkan anggota).
4.Merancang,menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi.
5.Memudahkan perhubungan antara anggota organisasi tanpa ada sebarang penghalang.

Organisasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi – ‘organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih.’ James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

Definisi Tarbiah

Tarbiah merupakan suatu uslub yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia,dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah).Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.Secara umumnya tarbiah adalah udaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah s.w.t. secara sempurna.Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

Definisi Harakah Islamiyah

Harakah Islamiyah merupakan satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.Secara umumnya,harakah adalah jemaah yang teratur dan mempunyai matlamat serta manhaj yang tertentu.
Tarbiah harakiah mempunyai matlamat asas yang tersendiri iaitu:

1)Matlamat Khusus:
#Melahirkan individu muslim
#Membina keluarga Islam
#Membentuk masyarakat Islam
#Menegakkan negara Islam
#Menyatukan semula ummah Islamiyah

2)Matlamat Umum,antaranya ialah:
#Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa (Surah adz-zuriyat)
#Mempelapori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar (Surah ali-Imran :11)
#Menyampaikan ridalah Islam kepada alam seluruhnya (Surah al-baqarah :142)
#Menghapuskan kuasa kuffar di atas muka bumi ini (Surah al-Anfal:39)

Inilah matlamat asas kepada tarbiah harakiyah.Terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

Ciri-ciri

1)Ciri-ciri khusus tarbiah islamiyah:
#Ketuhanan
#Sempurna dan lengkap
#Positif dan membangun
#Kesederhanaan dan keseimbangan
#Persaudaraan dan jemaah

2)Ciri-ciri harakah islamiyah terbahagi kepada:
1)Ciri-ciri prinsip:
#Gerakan rabbani
#Gerakan yang tersendiri
#Gerakan pembawa kemajuan
#Gerakan yang syumul
#Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

2)Ciri-ciri haraki,antaranya:
#Beransur-ansur dlam semua peringkat gerakan
#Peringkat dakwah:
-Ta'arif
-Takwim
-Tanfiz
#Mengutamakan kerja dari propaganda
#Nafas yang panjang
#Uzlah nafsiah bukan jasadiah
#Matlamat tidak menghalalkan cara

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental,spiritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat.
Dengan terlaksananya amaliah tarbiah harakiyah ini,maka tercetuslah madrasah dai-e rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali ummah di atas muka bumi ini.
Akhirnya,jadilah kamu pemimpin yang adil dan takut akan ALLAH S.W.T.Wakafkan diri kamu kepadaNya,insyaAllah perjuangan kamu tidak akan sia-sia.
Sebelum ana menghabiskan coretan ana,sukacita ana hendak kemukakan 20 soalan kepada manusia yang bergelar pemimpin.Soalannya ialah:

1)Siapakah anda?
2)Berdasarkan soalan di atas,berikan sebab bagi jawapan anda di atas.
3)Apakah maksud Islam?
4)Apakah maksud Iman?
5)Apakah maksud dakwah?
6)Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin?
7)Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan?
8)Apakah tugas dan matlamat pemimpin dalam menggerakkan umat Islam?
9)Bagaimanakah keperibadian seorang pemimpin?
10)Apakah sifat utama seorang pemimpin?
11)Apakah yang di maksudkan dengan tarbiah?
12)Apakah yang dimaksudkan dengan perkadiran?
13)Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?
14)Amal Islami terbahagi kepada 3,nyatakan bersama maksud.
15)Apakah yang di maksudkan dengan jemaah?
16)Adakah anda sentiasa bersama jemaah organisasi anda?
17)Bagaimanakah hubungan anda dengan ahli kepimpinan yang lain?
18)Adakah anda berasa letih dengan kehidupan berorganisasi?
19)Adakah anda telah melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin dengan sempurna?
20)Adakah anda pentingkan diri sendiri?Nyatakan sebab beserta bukti.
Rabu, 6 April 2011 0 ulasan

Ungkapan Daripada Imam Hassan Al-Banna

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikum...Alhamdulillah...bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat ana menulis post terbaru setelah sekian lama tidak menulis dan membuka blog sendiri..hehe....Alhamdulillah...Semoga post terbaru ini dapat memberikan manfaat yang kepada kita semua untuk mentazkirah diri sendiri dan juga orang lain...InsyaAllah...
Sebelum kita masuk kepada sesi perbincangan kita hari ini,suka ana menyatakan bahawasanya ana betul-betul tertarik dengan Ulama' ini..Yang mana kita telah ketahui,Imam Hassan Al-Banna ini seorang pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam di dunia ini.Ana betul-betul terjua dengan kehebatan beliau.
InsyaAllah hari ini ana akan kongsikan beberapa ungkapan Imam Hassan Al-Banna..

1.Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.
2.Kita akan memerangi manusia dengan senjata kasih-sayang.
3.Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah impian yang diimpi-impikan oleh sekalian manusia.Oleh demikian,ianya terletak pada ketulusan hati sanubari mereka sendiri,dan ianya tidak datang dari luar hati mereka sekali-kali.
4.Nafsu yang berada di dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagimu.Jika kamu berjaya menundukkannya,maka untuk yang selainnya itu adalah lebih mudah.
5.Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia.Maka mereka itu mencagarkan kepada ALLAH akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu,serta mengharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak.Dan tidaklah perasaan al-Wahn yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian.Oleh itu,hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid),serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kasyahidan itu.Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya(dialam akhirat nanti).
6.Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja.Jika kamu jadikan ia (kematian) itu di jalan Allah,maka ia ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat.Dan apa yang menempa kamu,itu semua adalah ketentuan yang telah di tentukan oleh Allah bagi kamu.
7.Ketahuilah olehmu,bahawa untuk mencapai kematian yang mulia itu,kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini.Maka ALLAH akan memberikannya (syahid) kepadamu,sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalannya.
8.Hindarilah kamu daripada sifat cepat berputus asa,kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak orang Islam.Dan hakikat kehidupan hari ini,adalah mimpi bagi yang kelmarin,dan mimpi hari ini adalah hakikat bagi hari esok,selagi mana waktu masih lagi lapang,selagi mana masih ada anasir-anasir kezaliman yang melakukan kerosakan.Ini kerana tidak selama-lamanya golongan yang lemah buat selama-lamanya dan tidak pula selama-lamanya orang yang kuat itu kuat buat selama-lamanya.
8.Kekanglah rontaan hawa nafsunya dengan pandangan akal fikiranmu,dan terangilah akal fikiranmu dengan nyalaan naluri kamu dan selongkarilah hakikat kebenaran di alam khayalan kamu yang diibaratkan seperti kilatan kilat yang menyambar (ayat al-quran:wala tamiilu kullal maila illa kal mua'llaqoh).Dan janganlah kamu melawan arus kehidupan,nescaya kamu akan tewas.Tetapi,kuasailah ia,dan ubahkan ia ke arah jalan yang betul,disamping kamu meminta pertolongan di dalam menghadapinya dengan setengah yang lain.Dan perhatikanlah akan saaat kemenangan itu kerana ia tidaklah jauh darimu.

Setakat itu sahajalah yang dapat ana kongsikan.Sebenarnya masih banyak lagi ungkapan-ungkapan beliau yang masih belum saya tulis.Jika para pembaca semua mahukan yang selebihnya,silalah rujuk buku "Memperingati Imam asy-Syahid Hassan Al-Banna".
Sekian dahulu daripada ana,semoga para pembaca dapat manfaat daripada penulisan ana yang tidak seberapa ini.Waallahua'lam.

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;