Selasa, 23 Jun 2009 0 ulasan

Golongan Minta Diturun Hidangan Dari Langit

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 112:

Seterusnya Allah S.W.T menceritakan peristiwa yang berlaku diantara 'Hawariyyun' dan Nabi Isa a.s yang menjadi ujian besar di zaman itu iaitu peristiwa Al-Maidah(Hidangan).
Peristiwa turunnya hidangan dari langit,satu persatu mukjizat yang menjadi ujian daripada Allah S.W.T.Peristiwa tersebut menjadi nama kepada surah ini.
Surah ini dinamakan surah Al-Maidah,dan peristiwa ini pula disebut pada akhir surah.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika berkata oleh 'Hawariyyun'(sahabat-sahabat Nabi Isa a.s)"Wahai Isa bin Maryam,adakah tuhanmu boleh menurunkan kepada kami hidangan dari langit?".
Setengah ulama' mengatakan 'Hawariyyun' meminta demikian kerana ada dikalangan orang lain di masa itu,orang yang ragu-ragu dan syak terhadap dakwah Nabi Isa a.s.
Tidak cukup dengan mukjizat menghidupkan orang mati,burung dari tanah liat terbang manjadi burung sebenarnya,menyembuhkan penyakit buta,mereka meminta suatu mukjizat yang lain iaitulah makanan atau hidangan yang diturunkan dari langit.
Firman Allah yang bermaksud :
"Berkata Nabi Isa,"Takutlah kamu akan Allah jika sekiranya kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Al-Maidah:M/S 126:Ayat 112:juzuk 7)
Takutlah kamu akan Allah dengan permintaan itu,sekiranya kamu orang-orang yang beriman.Jangan jadi seperti kaum Tsamud,mereka meminta kepada Nabi Solah a.s suatu mukjizat daripada Allah S.W.T.Lalu Allah mengurniakan mukjizat,keluar seekor unta dari rekahan batu,tetapi mereka menentang Nabi Solah a.s dengan menyembelih unta itu.
Serentak dengan itu,Allah menurunkan azab kepada mereka dengan satu tempikan(teriakkan@jeritan)yang kuat lalu mereka mati bergelimpangan.
Suatu azab yang sempat dihisab,suatu hukuman yang sangat menggerunkan daripada Allah S.W.T.Nabi Isa a.s menasihatkan mereka supaya takut kepada Allah S.W.T.
Yang mendesak supaya Nabi Isa a.s memanta Allah S.W.T menurunkan hidangan dari langit bukan sahabat-sahabat yang setianya kerana mereka yakin kepada Allah S.W.T walaupun tidak ada banyak mukjizat diberikan kepada nabi mereka.
Cukup dengan benarnya Nabi Isa a.s meminta hidangan tersebut ialah manusia yang ragu-ragu dan ingin mampermain-mainkan Nabi Isa a.s atau mempermain-mainkan dakwah nabi-nabi alaihimussalam.
Mereka menjadikan dakwah nabi-nabi sebagai pertunjukkan silap mata.Justeru mereka mendesak lagi kepada Nabi Isa a.s supaya baginda berdoa kepada Allah S.W.T agar menurunkan hidangan dari langit.
Bagaimanapun Nabi Isa a.s berkata "Bertaqwalah kamu kepada Allah".Firman Allah yang bermaksud:
"Mereka itu berkata,"Kami mahu makan daripadanya dan kami mahu menenangkan hati-hati kami,supaya kami tahu bahawa engkau membenari kami dan kami termasuk dikalangan orang-orang yang menyeksakan".
Berkata setengah ulama',ketika menafsirkan ayat ini,satu pendapat mengatakan mereka itu mahu makan kerana mereka dalam keadaan yang sangat berhajat(lapar).
Mereka keluar mengikut Nabi Isa a.s dengan jumlah lebih 5000 orang pada masa itu.
Sebahagian mereka adalah 'Hawariyyun' dan ada dikalangan mereka orang yang sakit,buta,tua dan orang yang suka mempersenda-sendakan Nabi Isa a.s
Lalu 'Hawariyyun' meminta supaya Nabi Isa a.s berdoa juga kepada Allah S.W.T.Seorang pemimpin 'Hawariyyun' yang bernama Syam'un menemui Nabi Isa a.s berkata,"Takutlah kamu akan Allah jika sekiranya kamu orang-orang yang beriman".
Lalu Syam'un menyampaikan kepada orang lain,apa yang dinyatakan oleh Nabi Isa a.s tersebut.Bagaimanapun mereka mendesak kepada Syam'un supaya memberitahu kepada Nabi Isa a.s bahawa mereka mahu makanan atau hidangan tersebut.
Mereka berkata,"Kami mahu menenangkan hati kami dan supaya kami yakin apa yang kamu bawa ini adalah benar".
"Engkau percaya kepada kami dan kami termasuk dikalangan orang-orang yang menyiksakan".
(Surah Al-Maidah:M/S 126:Ayat 113:Juzuk 7)

Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi rahmat kepada kita semua di dunia dan di akhirat.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR:ALLAHU AKHBAR"
Ahad, 14 Jun 2009 0 ulasan

Tahlil dan fadilatnya di sisi Allah S.W.T.

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
AMALAN tahlil dan fadilatnya menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:"Aku dan para nabi terdahulu ucapkan kalimah yang paling afdhal iaitu :"Lailahaillallah wahdahulasyarikalahu lahul Mulku walahul hamdu wahua 'ala kullisyai-an qadir"(Tiada tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan segala puji bagi-Nya,Dia-lah yang berkuasa segala sesuatu). "Sesiapa yang berzikir dengan lafaz tahlil seperti yang dinyatakan itu 100 kali pada setiap hari,ibarat dia memerdekakan 10 orang hamba."Ditulis untuknya 100 kebajikan serta dihapuskan 100 dosanya,juga menjadi tembok pelindung daripada gangguan syaitan sepanjang hari. "Tiada manusia boleh beribadat lebih baik daripada yang tersebut,kecuali dia berzikir tahlil lebih banyak daripadanya." Asas tahlil ialah "Lailaha illallah" tambahan selebihnya terdapat pelbagai lagi mengikut hadith Nabi Muhammad S.A.W.pada riwayat yang lain,kelebihan pada lafaz bererti lebih fadhilatnya. Fadhilat tahlil ini adalah termasuk sebahagian daripada pelajaran mengenai zikir dan doa.Adapun zikir seperti yang telah dijelaskan ialah ingat Allah S.W.T,samaada menyebut nama-Nya dengan lidah ataupun dengan hati,iaitu hati ingat dan mematuhi hukum hakam dan pantang larang-Nya yang dikehendaki agar dipatuhi. Solat adalah zikir,dan zikir dalam bentuk keyakinan di hati,misalnya mendapatkan sesuatu hanya yang halal,meninggalkan perkara yang haram juga bererti zikir kepada Allah S.W.T. Majlis zikir bukan sekadar meratib(berwirid) beramai-ramai,tetapi sebarang perhimpunan dengan tujuan mengingati Allah S.W.T.Seperti majlis syarahan atau kuliah agama yang mengajar manusia agar mengingati-Nya. Juga ingat akan dosa apabila berdepan dengan maksiat yang membawa kepada azab neraka,ingat balasan Syurga apabila taat kepada-Nya. Bertahlil dikira berwirid dengan menyebut "Lailaha Illallah,"tetapi zikir tidak mesti berwirid.Bertahlil sebagaimana yang Nabi Muhammad S.A.W. lakukan bahkan para nabi terdahulu juga. Selain mendapat pahala malah mendapat beberapa kelebihan berdasar hadith Nabi Muhammad S.A.W. di atas itu. Jika hendak cari yang lebih tinggi martabat dan lebih banyak pahalanya,tiada yang lebih daripada wirid "Lailaha illallahu wahdahu lasyarikalah." Dalam riwayat yang lain disebut lebih panjang lagi dengan tambahan seperti:"Lailaha allahu wahdahu lasyarika lahulmulku wahuwa 'ala kulli syai-in qadir." Ada pula yang menambah dengan:"Biyadihil khairu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun layamutu wahuwa 'ala kullu syai-in qadir."Semuanya datang daripada Rasullullah S.A.W. Sebanyak mana perkataan itu,maka sebanyak itu pula mereka mentasbihkan(menyucikan)Allah S.W.T.daripada sebarang kekurangan. Menyebut dengan lidah sambil menyatakan kepada manusia lain,bahawa Tuhan yang disembah bernama 'Allah' dan keadaan-Nya adalah Esa dan Berkuasa penuh.Tiada memerlukan bantuan pihak lain. Allah S.W.T.Yang menghidupkan dan mematikan segala makhluk,di dalam genggaman-Nya segala kebajikan dan Dia-lah berkuasa penuh di atas setiap perkara ciptaan-Nya. Manusia dalam keadaan bagaimana sekalipun,di beri sepenuh peluang untuk memuji-Nya Yang Maha Mulia dan Maha Kuasa,sama ada sedang duduk atau berdiri dan berjalan dan memandu kenderaan menuju suatu destinasi. Allah S.W.T menghendaki manusia memuji-Nya dengan cara yand menjadi hak-Nya,Dia amat murka jika manusia memuji dan mengampu sesama manusia. Ini kerana manusia yang diampu itu mendapat sesuatu daripada Allah S.W.T juga,kerana Dia-lah punca segala kebaikan(Biyadihil Khair).Oleh itu mohonlah kepadanya. Islam mengajar mengenai pelbagai fadhilat seperti fadhilat mengajar dan belajar,solat awal waktu,bersedekah,buat baik kepada ibu bapa,bercakap benar,mati syahid dan pelbagai fadhilat lagi. Allah S.W.T kurniakan kepada manusia rasa suka kepada kelebihan,sejak daripada kanak-kanak,remaja,dewasa dan semua peringkat umur. Tiada manusia yang tidak berhajat kepada yang lebih dalam semua perkara.Fadhilat dijadikan perkara utama oleh Allah S.W.T sesuai dengan sifat manusia itu. Fadhilat itu antara perkara yang tidak dapat dilihat sebagaimana pahala dan dosa,agar manusia akan timbul selera untuk melakukanya.Apabila perkara fadhilat itu sering dicerita dan disebut-sebut,apatah lagi perkara itu nyata datang daripada Nabi Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W berhubung fadhilat mengenai wuduk dengan sabdanya yang bermaksud:"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna sesudah itu berdoa dengan lafaz:"Asy-hadu an lailaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh." Jika berkata demikian akan terbuka pintu-pintu Syurga,lalu diberi peluang orang itu untuk masuk ikut pintu mana sekalipun. Allahummaj'alni manat tawwabin waj'alni min 'ibadikassolihina allazina 'alihim la khaufun 'alaihim walahum yahzanun,subhanakallahumma wabihamdika Asyhadu anlailahailla Anta astaghfiruka wa atubu ilaih".Maksudnya:"Ya Allah ya Tuhan kami,jadikan kami daripada kalangan orang yang bertaubat,dan jadikan kami daripada kalangan hamba-Mu yang solihin,yang tidak merasa takut dan dukacita,Maha Suci Engkau dan aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau,aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Nya."

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;