Isnin, 1 Februari 2010
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi

(11/5/1896 – 13/10/1989)



Syeikh Muhammad ldris Bin Abd al‑Rauf al‑Marbawi (1893‑1989), lebih tersohor sebagai tokoh persuratan Arab­Melayu di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara. Qamus al‑Marbawi yang telah dihasilkan pada tahun 1927 telah memasy­hurkan beliau sehingga ke hari ini. Biarpun usia kamus tersebut sudah hampir 80 tahun, khazanah ilmu ini terus digunakan oleh pengkaji, pelajar, dan masyarakat di Asia Tenggara.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu kira‑kira pada tahun 1913.

Sejak dari kecil lagi, al‑Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-­Quran. Sekembalinya ke tanah air beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok‑pondok yang merupakan insti­tusi pendidikan Islam yang terpenting di alarn Melayu ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al‑Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Bagaimanapun syor ayahandanya itu tidak menjadi prioriti al‑Marbawi ketika itu kerana beliau. ingin berumah tangga dan bekerja sebagai guru. Beliau meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya dan pada waktu yang sarna mematuhi kehendak bapa supaya mendalami ilmu Islam di Mesir.

Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al‑Azhar. Di sana beliau menggondol kejayaan yang membanggakan keluarganya dan masyarakat, iaitu memperoleh ijazah tertinggi dari universiti tersebut. Sebenarnya al‑Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.

Sebagai angkatan pertama, yang baru mengenal suasana di sana, al-­Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dan paling besar di kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-­Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan‑rakannya. Walaupun bersendirian, beliau nekad untuk menyudahkan kamus tersebut.

Keringat, keazaman, dan kesabaran al‑Marbawi terbalas juga apabila kamus tersebut berjaya disudahi pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak puluhan kali kerana sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pelajar Asia Tenggara. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi lang­kah pertama. kepada al‑Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam. penghasilan karya Islam yang lain.

Amat perlu dinyatakan bahawa beliau sebenarnya tidak membataskan diri dan kesarjanaannya hanya dalarn bidang bahasa semata‑mata bahkan, beliau mendalami pelbagai ilmu Islam. Beliau juga menghasilkan puluhan karya dalam bidang tersebut. Ada antara karya beliau diterbitkan dan terdapat juga yang masih dalam bentuk manuskrip. Karya‑karya beliau yang dihasilkan ‑ melebihi 20 buah karya. ‑ dalam pelbagai disiplin ilmu ini mem­buktikan ketajaman pemikiran, kedalaman ufuk ijtihad, dan kewibawaan beliau dalam pengajian ilmu‑ilmu Islam.

Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab‑Melayu berbanding kepakaran lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerahi ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Pada enam tahun berikutnya beliau dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah. Kedua‑dua anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang dituang oleh beliau dalam bidang per­suratan Arab‑Melayu dan ilmu Islam.

Selain kaum Arab-Melayu, al‑Marbawi telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang terse­but ialah Bahr al‑Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmizi. Selain itu kitab terjemahan sahih al-Bukhari, kupasan kitab Bulugh al‑Maram, dan karya berjudul Idaman Guru merupakan tulisan yang mengupas mengenai hadith‑hadith sahih al‑Bukhari dan Muslim.

Kitab Bahr al‑Madhi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pen­gajian Hadith di Malaysia. Bahr al‑Madhi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ula­san dan huraian hadith dalam bentuk Fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al‑Marbawi mengikut acuan dan warna masyarakat Malaysia. Karya ini mem­beri nafas baru kepada pernahaman hadith‑fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang perhubungan intim kedua‑dua­nya. Hadith ialah asas kepada bidang ilmu Islam yang lain.

Al‑Marbawi juga turut menterjemahkan kitab Bulugh al‑Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith ternama iaitu Ibn Hajar al‑Asqalany ke dalam bahasa Melayu. Dua karya dalarn bidang hadith berbahasa Melayu ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama' Nusantara.

Dalam bidang Tafsir al‑Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al‑Quran al-­Marbawi, Tafsir al‑Quran Nur al‑Yakin, Terjernahan Tafsir Fath al‑Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al­Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain dua bidang tersebut al‑Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam alHayah, ­Kitab Pati Hukum‑hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, Karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.

Terdapat banyak lagi tulisan beliau dalam bentuk manuskrip yang belum sampai kepada kita. Keperibadian, kewibawaan, dan kesarjanaan al‑Marbawi telah menjadikan beliau salah seorang tokoh Islam yang ulung di Rantau ini. Walaupun sebahagian besar usia dan masanya dihabiskan di luar negara tetapi jasa beliau kepada anak bangsa tidak ternilai besarnya.

Sepanjang hayatnya, al‑Marbawi membuktikan betapa perlunya seseorang anak bangsa memberikan sumbangannya kepada bangsa, agama, dan nega­ranya. Beliau telah mengabdikan dirinya sebagai seorang penulis Ilmu Islam yang tidak pernah men­genal erti kerehatan.

Pada tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah, al‑Marbawi menghem­buskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu semestinya di samping anak cucu tercinta. Jenazahnya telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, kampung keluarganya.

Semoga Allah merahmati rohnya.

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;