Sabtu, 3 Julai 2010

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM DAN SESUDAH ISLAM

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Masalah kedudukan wanita di dalam perundangan Islam adalah masalah yang kerap kali sengaja disalahertikan oleh sesetengah golongan dengan cuba menimbulkan satu dua persoalan yang agak kontroversal,lalu dikatakan Islam tidak memberi tempat yang wajar kepada wanita dalam perundangannya.Sedangkan masalah wanita dalam perundangan Islam tidaklah sekali-kali boleh dilihat dari satu sudut sahaja atau dari satu duamasalah yang ditimbulkan,malah mestilah dilihat dari segenap aspek dan liku-luku dan dinilai dari keseluruhan perundangan itu sendiri,di samping membandingkannya dengan beberapa perundangan-perundangan yang lain,barulah akan diketahui di mana letaknya taraf wanita dalam perundangan Islam sebenarnya.
Dalam meninjau dan menilai kedudukan wanita dalam perundangan Islam,kita agak sukar dapat mengukur apakah yang diberi dan dibela oleh Islam untuk kaum wanita,tanpa mengetahui dan meneliti taraf dan kedudukan wanita(pada umumnya)dalam perundangan-perundangan yang yang lain,serta dalam perundangan-perundangan yang wujud sebelum kedatangan Islam dan perundangan yang diciptakan selepas kedatangan Islam.Dengan mengetahui sepintas lalu(sekurang-kurangnya)kedudukan wanita dalam perundangan-perundangan tersebut akan jelaslah apa yang diberikan oleh Islam untuk wanita.Apakah undang-undang yang ada di dalam Islam merupakan penghinaan kepada wanita,ataupun kehormatan dan kemuliaan yang tidak ada bandingnya dalam mana-mana perundangan di dunia.

Wanita Dalam Perundangan Greek
Dalam sejarah ketamadunan manusia,tamadun Greek adalah dianggap suatu tahap tamadun yang boleh di banggakan buat masa itu.Namun begitu,wanita ketika itu menurut Prof Dr.Mustafa Assibaie dalam kitabnya:”AL-MAR’AH BAINA AL-FEQAH WAL QANUN” halaman 13,dikurungkan di dalam rumah,tidak diberi peluang langsung untuk belajar.Dia dihina dan dianggap khadam yang najis.
Wanita juga boleh dijuan beli seperti barang-barang dagangan.Tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah.Malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup selain dari makan minum,tempat tinggal dan pakaian.
Di kemuncak tamadun Greek pula wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki,model-model perempuan bogel dipopularkan dan merebaklah keruntuhan moral yang akhirnya tamadun Greek turut runtuh bersama-samanya.

Wanita Dalam Perundangan Romawi
Wanita dalam perudangan Rome adalah lebih menyedihkan.Di mana masa muda remajanya,wanita di kongkong di bawah kekuasaan penjaganya sama ada bapa atau datuknya atau sebagainya,yang diistilahkan dengan “PeterFamilies”.Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan,malah boleh menghalau wanita itu keluar rumah atau menjualnya,tanpa pembelaan undang-undang untuk mereka.Lebih dari itu,hak hidup bagi seorang wanita boleh ditentukan oleh penjaganya.Demikian menurut Professor Dr.Ali Abdul Wahid Wafi dalam kitabnya:”AL-MAR’AH FIL ISLAM”.Sesudah berkahwin wanita berubah milik dari bapanya kepada suamiya dan terputuslah hubungan dengan keluarganya yang asal.Suami pula berhak mengisikan tempat yang telah di kosongkan oleh bapanya,dalam tindak-tanduknya terhadap wanita itu.Demikian ditegaskan oleh V.Girad dalam buknya “DROIT ROMAIN”,halaman 180.
Keadaan yang menyedihkan kaum wanita ketika itu telah cuba diselamatkan di zaman Justinian(yang mati pada 565M)dengan sesuatu undang-undang yang dikenal dengan “JUSTINIAN LAW”tetapi tidakberjaya mengubahkan keadaan kecuali dalam beberapa hal sahaja.
Sebelum “JUSTINIAN LAW”itu ada suatu undang-undang yang dikenal dengan istilah Arab yang bermaksud undang-undang dua belas.Dalam undang-undang tersebut handaklah dengan tiga syarat,iaitu:
1. Cukup umur
2. Siuman akal(tidak gila)
3. Lelaki

Jelaslah di sini wanita ketika ini berada di dalam keadaan yang menyedihkan.(BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN).

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;