Sabtu, 24 Oktober 2009

Enam Pendekatan Bentuk Sahsiah Anak Soleh

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Wajah kegembiraan ibu dan ayah terpancar tatkala melihat anak bersedia membuka langkah menuju ke sekolah dengan 1001 harapan supaya mereka diberi pendidikan sempurna serta menjadi insan berguna 'sejuk mata memandang'.Itulah lakaran impian stiap ibu bapa untuk melihat zuriat mereka menjadi insan soleh yang taat pada perintah Allah,patuh kepada ibu bapa,berjaya dalam lapangan akademik(duniawi) dan sejahtera di akhirat.Terpahat dalam hati bu bapa mahu anak mendoakan mereka tatkala diri menemui Allah.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Apabila mati seorang anak Adam,maka putus amalnya,kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanafa'at dan anak soleh yang mendoakan kepadanya."(Hadis riwayat Al- Bukhari).Melahirkan insan soleh adalah tanggungjawab ibu bapa dengan menjadikan persekitaran dan budaya sihat dalam pembinaan sahsiah jati diri yang mantap.antara perkara yang boleh diberi perhatian ialah:

1)Mendisiplinkan anak melaksanakan tuntutan solat fardhu yang di wajibkan termasuk membina dan memupuk kekuatan diri anak dengan membiasakan mereka bangun pagi menunaikan solat Subuh,membaca al-quran dan mengulangkaji pelajaran.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hemdaklah engkau tekun dan bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,(bahkan)Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan(ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa".(Surah Taha:Ayat 132).

2)Membudayakan bersalaman dan mengucup tangan ibu bapa,anak mohon ampun maaf atas kesalahan dan memohon restu ibu bapa sewajarnya menjadi darah daging dalam diri sebelum mereka memulakan langkah ke sekolah.Budaya itu dianggap remeh sesetengah pihak,tetapi hakikatnya adalah perkara yang memberi impak besar terhadap jalinan kemesraan antara ibu bapa dan anak.Impak ini akan memberi makna dalam diri anak untuk patuh,ta'at serta hormat kepada ibu bapa apabila mereka dewasa serta berkeluarga.Proses pendidikan mendidik anak adab sopan dan disiplin tinggi amat dituntut.

3)Ibu bapa mengucup dahi anak-anak dan mendoakan mereka supaya berjaya sebagai insan soleh dan cemerlang duniawi serta ukhrawi.Bukannya mengeluarkan kata-kata kesat ketika marah.Mengutuk,menyumpah,mengunjing dan sebagainya lagi.INGAT!!!Kata-kata adalah doa,jadi adakah kita mahu anak kita menjadi seperti yang kita ucapkan??Jika ucapan kita itu yang baik-baik ataupun molek-molek Alhamdulillah,tetapi jika sebaliknya???Na'uzubillahiminzalik...mintak-mintak jauh....Amalan berdoa dikurniakan zuriat soleh sudah lama dipraktikkan oleh nabi dan rasul.Ini pengajaran yang amat penting bagi melahirkan generasi soleh,ta'at perintah Allah dan Rasulnya.Firman Allah yang bermaksud:"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mwndengar(menerima)doa permohonan".(Surah Ali Imran:Ayat 38).

4)Menerapkan dalam diri anak supaya tidak 'melencong' ke tempat lain dan ponteng kelas.Penerapan budaya belajar secara Istiqamah perlu diterapkan dan disebatikan dalam diri anak supaya menjadi darah daging dalam kehidupan mereka Belajar boleh diumpamakan berada di medan perang yang medan menguji sejauh mana ilmu di dada dapat dimanafa'atkan untuk menghadapi cabara.Rasulullah S.A.W memberi peringatan kepada umatnya dengan sabda yang bermaksud:"Jadikan dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama atau orang yang mencintai(tiga golongan itu);dan jangan engkau menjadi(dari) golongan yang kelima,yang dengan sebabnya engkau akan binasa.(Hadis riwayat Al-Bazzar).

5)Mendisiplinkan anak memilih kawan cerdik dan berilmu yang mampu membimbing ke arah kecemerlangan duniawi serta ukhrawi.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Sesungguhnya perumpamaan rakan yang baik seperti pembawa minyak wangian dan peniup api didapur arang,adapun rakan yang baik seperti pembawa wangian ia(membawa kesan kebaikan)iaitu samaada akan menghadiahkanmu wangian atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu akan dapat bauan wangiannya juga.Adapun rakan yang jahat seperti peniup api dapur,samaada membakar bajumu atau akan mendapati baunya(peluh) yang tidak enak".(Hadis riwayat Muslim).Setiap ibu bapa wajar memastikan pergerakkan anak dan kawan mereka.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya,oleh itu hendaklah seseorang meneliti siapa yang menjadi temannya".(Hadis riwayat Abu Daud).

6)Hormati guru dan mohon restu dihalalkan ilmu yang disampaikan.Islam mengajar kita menjadi murid yang dibanggakan guru,menjadi contoh kepada rakan serta disenangi guru.Jangan menjadi murid yang menunjuk pandai didepan guru atau mengkritik guru di belakangnya.Dengan jasa baik guru yang menyampaikan ilmu,maka lahir insan menjadi kebanggaan,soleh dimata,sejuk di hati dan sarat ilmu di dada.Sumbangan guru atau ulama' kepada kita tidak ternilai harganya.Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Daripada Ali,katanya,Rasulullah S.A.W bersabda:"Ulama' adalah ibarat lampu yang menerangi bumi dan adalah khalifah para nabi dan pewarisku dan pewaris nabi".(Hadis riwayat Ibnu Addi).


DOA KELURGA BAHAGIA:








"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
TAKBIR!!!!

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;