Isnin, 26 Oktober 2009

Wasiat Al-Qamah Kepada Anaknya Mengenai Sahabat

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Manusia yabg tidak tahu takut kepada Allah S.W.T tidak selamat daripada bahayanya,mereka akan melakukan perkara bahaya samaada dari sudut bahaya di dunia ataupun di akhirat.
Ini kerana orang yang tidak tahu takut kepada Allah S.W.T tiada suatu yang menggerunkan hatinya.Oleh yang demikian,tidak diharuskan berkawan rapat dengan orang yang jahat(fasiq).
Manusia yang tidak tahu takut kepada Tuhan akan banyak menimbulkan masalah.Orang jahat(fasiq) tidak boleh diletakkan kepercayaan untuk bersahabat.
Bahkan orang fasiq itu pendiriannya boleh berubah-ubah dengan berubahnya tujuannya,pada asalnya@mulanya bertujuan hendak berkawan cara yang lazim.
Apabila dirasanya tidak dapat mencapai hasratnya,lalu dilakukan pengkhianatan terhadap seseorang di luar dugaan.Seperti di jelas oleh firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati kami,serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas".(Surah Al-Kahfi:Ayat 28)

Dalam ayat ini Allah S.W.T melarang mengikuti orang yang hatinya lalai,maksud lalai ialah orang yang tidak melaksanakan setelah diberi tugas.
Bukannya didorong rasa malas tetapi hilang tumpuan(fokus),lantaran dikhayalkan oleh situasi persekitaran yang bukan jadi matlamatnya.
Manusia di cipta oleh Allah S.W.T didalam dunia ini mempunyai tugas tertentu iaitu dinamakan 'ubudiyyah',sebarang kerja yang dilakukan mestilah menepati dengan kehendak Allah S.W.T.
Samaada kaya atau miskin,berilmu atau jahil,raja atau rakyat,hakikatnya adalah sebagai kuli@hamba Tuhan.Sifat kuli@hamba mesti lakukan apa saja tugas yang diserah oleh majikannya.
Manusia akan bertemu dengan pelbagai anugerah Allah S.W.T,setelah menikmati kurnia Tuhan lantas melupaiNya.Mungkin disebabkan didikan keluarga tidak menjurus kearah itu.
Leka dengan pengaruh sahabat handai yang lalai,maka putus hubungan antara dirinya dengan tugas asal yang ditetapkan oleh Allah.
Tugas asal manusia ialah bagamana sewajarnya mengatur kehidupan didunia ini,firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Maka berplinglah(hai Muhammad)daripada orang yang berpaling daripada peringatan Kami,dan tidak mengingati kecuali kehidupan duniawi.(Surah An-Najm:Ayat 29 dan sebahagian ayat 30)

Timbul persoalan dimana terdapat suruhan supaya mendekati golongan tersebut untuk mendakwah dan menasihati mereka,tetapi dalam ayat diatas Allah S.W.T perintahkan RasulNya supaya berpaling daripada mereka.
Perintah Allah S.W.T dalan ayat 29 surah An-Najm itu ialah terhadap golongan fasiq yang tidak khianat dan buat gangguan kepada Islam.
Jika mereka mengganggu atau menyerang kamu,Allah S.W.T mengingatkan umat Islam tentang kaedah seimbang menghadapinya,seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Oleh itu barang siapa yang menyerang kamu,maka seranglah ia,seimbang dengan serangannya terhadapmu.Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah,bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa".(Surah Al-Baqarah:Ayat194)

Ayat diatas itu adalah dasar taqwa,maka serang balas sekadar seimbang sebagaimana serangan yang telah mereka lakukan.Tidak melebihinya.Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:

"....Dan ikutlah jalan orang yang kembali kepadaKu,kemudian hanya kepada Kulah kembalimu,maka Kuberitalah kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".(Surah Luqman:Sebahagian ayat 15)

Orang sentiasa berazam hendak kembali kepada Allah S.W.T,mesti sentiasa membuat persiapan bekalan.
Ini kerana tidak mungkin kembali ke akhirat dengan tangan kosong.Ada orang yang tidak langsung ingat yang dirinya akan kembali kepada Tuhan.
Mafhum daripada ayat-ayat di atas itu meskipun berlainan maknanya tetapi satu tujuan,iaitu untuk menakutkan kita berkawan rapat dengan orang fasiq.
Boleh bertegur sapa terhadap orang fasiq,diharuskan berhubungan disudut lain seperti muamalah berjual beli.
Berkawan rapat dengan orang fasiq sememangnya ditegah oleh Allah S.W.T,ditakuti akan dipengaruhi olehnya.Bukan sekadar memberi kesan buruk di dunia bahka di akhirat.
Seorang alim bernama Al-Qamah telah berwasiat kepada anaknya:

"Apabila tercetus di hatimu untuk berkawan dengan seseorang,pastikan jika engkau berkhidmat dengannya,dia boleh kawal dirimu.
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu,sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu.
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itupun berbuat demikian,apabila dia melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya.
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya,bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu(nasihat atau apa sahaja)lantas dia memberimu segera.
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya,dia menunjukkan rasa resah gelisah.Sekiranya bala menimpamu,dia merasa simpati dan timbang rasa.
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu,dia mengiyakan sahaja.Sebarang perkara usaha bersungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan,dia segera memberi sokongan.Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu".

Demikianlah wasiat Al-Qamah kepada anaknya yang sangat tinggi nilainya.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
TAKBIR!!!!





0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;