expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Pemimpin di dalam Islam bukanlah suatu keistimewaan,tetapi ia adalah tanggungjawab.Dengan menjadi pemimpin makak akan bertambahlah tanggungjawabnya.Lebih tinggi bidang kepimpinannya lebih besar pula tanggungjawabnya.Pada mulanya seorang menjadi pemimpin kepada dirinya.Apabila ia membentuk keluarga dan menjadi pemimpin keluarga,tanggungjawab keluarga dan dirinya akan ditambah dan ditanya mengenai dirinya dan keluarganya .Jika ia menjadi ketua bagi sebuah kampung,ia akan ditanya mengenai dirinya,keluarganya dan kampungnya.Demikianlah makin luas bidang kepimpinannya,maka besarlah tanggungjawabnya.Seorang ketua Negara,bukan sahaja akan ditanya mengenai dirinya dan keluarganya sahaja tetapi akan ditanya pula mengenai rakyatnya.Apabila tanggungjawab bertambah luas,kewajipannya juga bertambah.Soalan – soalan di hadapan Allah s.w.t. juga bertambah banyak.Jadi kita sebagai pemilih pemimpin demi masa depan Negara kita haruslah melihat dari pelbagai aspek bukan hanya melihat kepada kebendaan semata-mata.Antara aspek-aspek yang perlu kita lihat ialah:
1.Islam(Seorang yang beragama Islam dan berpegang pada ajaran Islam mengikut syarak)
2.Seorang yang bertaqwa(Takut akan Allah.Setiap perkara yang di buat adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.)
3.Pemerintahan mengikut kehendak Islam yang sebenar-benarnya.(Mengikut tatacara yang telah digariskan di dalam al-Quran dan yang telah di buat oleh nabi)
4.Jujur.
5.Amanah
Itulah antara aspek yang kita perlu lihat,tetapi masih banyak lagi yang ana tidak tulis.Jadi sebagai rakyat kita perlu melihat kehadapan,bagaimanakah kita apabila di bangkitkan nanti,janganlah kita melihat di dunia yang fana ini sahaja,tetapi berpandang lah seperti seorang yang waras,seorang yang matang,seorang yang bertaqwa,seorang hamba Allah,seorang ahlul fikr kerana semua itu tidak akan memberi penyesalan kepada kita dihari kelak.Jangan biarkan nasi yang kita telah masak dengan tertibnya menjadi bubur.Fikir-fikirkanlah wahai sang pembaca,wahai sahabat-sahabatku,saudara-saudaraku,hamba Allah sekalian.
Dunia ini hanya sementara yang diberi pinjam kepada kita untuk bercucuk tanam demi memboleh kan hasil dihari kelak iaitu hari qiamat.Mahu atau tidak memang itulah yang dijanjikan,manusia yang mengerjakan amal soleh,bertaqwa,beriman,islam adalah penghuni syurga sepertimana yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada hambanya.
Jadi khulasahnya,fakir dan carilah pemimpin yang mengikut syariat Islam.Wallahu’alam.Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Takhbir!!!Allahuakhbar!!!
“IBADAH DIDAHULUKAN,
SOLAT DIUTAMAKAN ”
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
ALLAHUAKHBAR
Ceiling Mounted Shower
-
We only provide the highest quality ceiling mounted showers from the best
brands and manufacturers around the USA. About 16 of these are Bath Shower
Fauc...
3 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan