Jumaat, 29 Oktober 2010

Kesan Sekularisme Kepada Masyarakat Islam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> 1.Kuasa politik semakin tidak demokratik
Kekuasaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik,hidup memerah dan membolot kekayaan untuk kroni mereka,menggenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah,enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah Negara kucar-kacir.
Institusi Negara,daripada kehakiman,kepolisian,penerangan,perbendaharaan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti.Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan materialis.
Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya social yang menyimpang jauh daripada keluhuran,ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi.Persempadan baru dan akta pilihan raya lebih bertujuan untuk menghimpitt rakyat dan parti lawan.

2.Akta undang-undang drakonian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang perihatin.Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir daripada Tuhan yang Maha Adil.Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat.
Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman,penipuan,fitnah,lucah dan amalan politik mafia.Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah lemah dan diktator.
Selagi amalan-amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilebelkan sebagai negara Islam.Pada masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan pelaksanaannya semakin berleluasa.

3.Kepimpinan dan pemimpin yang lemah
Kepimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa,berbuat apa sahaja menurut kehendak hati.Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana.Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga masalah agama,negara dan rakyat.
Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman,berilmu,bertakwa,mempunyai integriti,mampu berjihad dan layak.Kepimpinan yang lemah dan melanggar etika dalam kepimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dengan yang buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah.

4.Pendidikan sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin di perkasa.Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula.Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan di anggap sebagai pemecet kemajuan,penghalang pembangunan.
Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains.Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail,zikir,solat hajat,solat tahajjud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu.Ibu bapa yang perihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja dianggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains.

5.Budaya Barat yang menjadi-jadi
Akibat daripada berleluasanya perkembangan alat komunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat.Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat di hati ummat Islam.
Sebab itu juga gejala black metal menulari golongan remaja.Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan.

6.Globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor samaada politik,ekonomi,sosial,budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu.Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam.
Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan "pertembungan tamadun" yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat.Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata.

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;