Khamis, 11 November 2010

Bila Manusia Takabbur dan Sombong,Ulama'pun dihina

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..Alhamdulillahi rabbil a'lamin..wassalatuwassalamua'la ashrafil anbia iwal mursalin..wa'ala alihi wasohbihi ajmain..Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi,kerana dengan limpah kurnianya,dapat juga saya membuat artikel terbaru mengenai seorang ustaz yang terlalu angkoh dan takbur sehingga mengatakan dirinya KHASYAF.Menyentuh mengenai KHASYAF,bukan mudah untuk seseorang itu memperolehi ilmu KHASYAF,dan jika seseorang itu memperolehinyapun,dia tidak akan memberitahu kepada orang lain,kerana seorang yang KHASYAF adalah seorang yang menjaga agamanya dengan sebenar dan bersungguh-sungguh.
Didalam video yang akan saya uplodekan di bawah ini,kejadian ini berlaku di rumah HJ UMAR iaitu bekas ADUN GALAS sebelum ALMARHUM YB CHE HASYIM SULAIMAN.Masa itu,YAB DATO BENTARA SETIA TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ BIN HJ NIK MAT baru sahaja menyelesaikan perasmian PIBG di MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG.Beliau pergi melawat bekas adun itu.Kedatangan beliau di sambut baik oleh tuan rumah tetapi..seorang yang boleh dikatakan sungguh biadap terus menyerang beliau dengan tidak bersalam,menggunakan nada yang tinggi ketika bercakap,menyatakan apa yang tidak benar,kata-kata takabbur dan lain-lain lagi.
Perilaku seperti ini sungguh memalukan,tambah-tambah lagi dia seorang ustaz.Bagi saya dia tidak layak mengatakan sebegitu,kerana jika dibandingkan,TUAN GURU lebih banyak ilmu dan seorang yang berpengalaman.
Saya tontonkan video ini kepada semua supaya berfikir dengan menggunakan otak yang waras.





video kedua pula...








Selesailah kisahnya..erm...apakah komen anda semua??sila jangan segan.

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;