Khamis, 3 Disember 2009 0 ulasan

2.Usaha Ikhtiar Manusia

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Tugas Dan Tanggungjawab
Manusia adalah sebaik-sebaik makhluk Tuhan.Kepadanya dikurniakan akal fikiran,kemahuan dan kekuasaan.Dengan demikian manusia boleh bertindak dan melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan kehemdaknya dengan bebas.Oleh sebab adanya kebebasan tersebut manusia dikehendaki menyempurnakan beberapa tugas dan tanggungjawab yang tertentu yang berupa suruhan dan larangan syara’(taklif),di antaranya:
1.Ia wajib mengenal Allah dan mentauhidkanNya.
2.Wajib mempercayai Rasul-rasul,kitab-kitab Allah,malikat,hari qiamat dan lain-lainnya.
3.Wajib menjalani hokum-hukum syara’ dengan sempurnanya.
4.Wajib berkelakuan baik lahir dan batin.
5.Wajib menjauhi perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan sifat murni manusia dan lain-lain lagi.
Dengan sebab itu segala tindakan dan perbuatan manusia yang hasil dari pilihan dirinya itu akan menjadi tanggungjawabnya sendiri samaada baik atau buruk,kerana ia melakukannya dengan kehendak dan ikhtiarnya sendiri.
Sempadan Tanggungjawab Manusia
Meskipun manusia itu bertanggungjawab terhadap perbuatan-perbuatannya,tetapi tidaklah semua perbuatan itu termasuk dalam tanggungjawabnya,bahkan tanggungjawabnya adalah tertentu dengan perbuatan-perbuatan yang dilakukannya dengan pilihan dan usaha ikhtiarnya.Dengan sebab itu adalah di luar tanggungjawabnya kiranya perbuatan-perbuatan itu dilakukan secara dipaksa atau secara tidak sengaja.
Satu masalah timbul ialah,adakah manusia itu bebas melakukan sesuatu itu sekehendak hati atau pilihannya sendiri atau juga masuk campur kuasa Allah?
Dalam soal ini ahli Ilmuan Kalam (Tauhid) telah berselisih pendapat,di antaranya:
1.Puak Jabariah.Golongan ini berpendapat bahawa semua perbuatan manusia itu berlaku dengan kehendak dan kuasa Allah semata-mata.Manusia tidak mempunyai kuasa langsung dalam satu-satu perbuatan,bahkan mereka seperti kapas di udara yang boleh di tiup angin ke mana-mana sahaja.Pendapat mereka berdasarkan bahawa pengetahuan Allah itu meliputi segala sesuatu dan segala kehendaknya itu lulus belaka.
2.Puak Qadariah.Mereka berpendapat bahawa manusia berkuasa penuh dalam melakukan sesuatu perkara tanpa kaitan dengan Allah.Mereka berpendapat demikian ialah dengan alasan bahawa manusia bertanggungjawab di atas semua perbuatan-perbuatannya samaada baik atau jahat.Dengan sebab itu segala balasan dosa dan pahala adalah mengikut perbuatan dan amalan manusia itu sendiri.
3.Puak Mu’tazilah.Mereka berpendapat bahawa manusia berkuasa penuh dalam melakukan semua perbuatannya,tetapi kuasa itu diberikan oleh Allah kepadanya.Alasan mereka ialah Allah melakukan sesuatu dengan kehendakNya kemudian meletakkan kesalahan-kesalahannya kepada manusia.Dengan sebab itu mereka berpendapat bahawa Allah wajib membalas amalan seseorang itu samaada baik atau jahat supaya tidak berlaku kezaliman.
4.Puak Syiah.Golongan ini berpendapat bahawa manusia berkuasa penuh juga,tetapi hanya dalam perkara-perkara maksiat sahaja,manakala perbuatan baiklah adalah dengan kehendak Allah belaka.
5.Puak Ahlis-Sunnah wal-Jumaah;iaitu golongan terbanyak orang-orang Islam.Mereka berpendapat bahawa Allah menjadikan kuasa dan kemahuan serta perbuatan manusia,tetapi berlakunya sesuatu itu adalah menurut usaha ikhtiar manusia sendiri serta berbetulan dengan keizinan Allah kepadanya.Mereka itu berpendapat demikian ialah kerana berpegang kepada maksud firman Allah yang bermaksud:
“Kamu tidak menghendaki kiranya disertai oleh kehendak Allah.”
“Dan Allah jualah yang menjadikan kamu dan juga apa yang kamu buat.”
Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia mempunyai kehendak dan kuasa untuk memilih sesuatu perbuatan bagi dirinya,walaupun perbuatan itu dijadikan oleh Allah juga.Kuasa ikhtiar telah menjadi tabiat manusia,dengan sebab itu mereka bertanggungjawab di atas amalannya dalam sempadan kuasa yang diberikan oleh Allah.Tegasnya manusia sendirilah yang menentukan kea rah manakah yang merka kehendaki.
Walaubagaimanapun,tanggungjawab itu tidak terkeluar dari takluk undang-undang Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali itu.Waallahu’alam.(Bersambung).

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
0 ulasan

1.percaya kepada qadha dan qadar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Perselisihan ‘Itikad
Di permulaan Islam,sikap para sahabat ialah menerima sahaja segala pengajaran-pengajaran Rasul tanpa sebarang perselisihan pendapat mengenai hal-hal ugama.Jika terdapat sesuatu yang mengelirukan mereka segera mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah dan segala keterangan yang disampaikan baginda itu menjadi keputusan dan pegangan seluruh mereka.Demikianlah halnya dengan umat Islam dimasa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.Tegasnya pada masa-masa itu tidak timbul sebarang perselisihan dan berlainan pendapat di kalangan orang Islam terutama mengenai kepercayaan dan ‘itikad.
Kira-kira di akhir masa pemerintahan Sayyidina Ali,suatu perselisihan politik telah berlaku.Berikutan dengan itu lahir kumpulan-kumpulan yang digelar Syiah,Khawarij dan Ahlis-Sunnah.Perselisihan itu berlanjutan hingga membawa kepada perselisihan hokum dan pegangan ugama,teutama mengenai masalah Qadha dan Qadar.Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan yang digelarkan Qadariah,Jabariah,Mu’ktazilah,dan Ahlis-Sunnah.Hal itu berlaku di akhir kurun Hijrah yang pertama,iaitu setelah orang-orang Islam banyak bergaul dengan orang-orang yang bukan Islam dan belajar ilmu-ilmu akal dari mereka.Pada masa itu tampillah tokoh-tokoh Islam berusaha menegakkan kesucian akidah-akidah Islam dari dirosakkan oleh musuh-musuh Islam.Mereka menolak pemesongan-pemesongan itu dengan dalil-dalil Quran dan Hadis bahkan juga dengan hujjah-hujjah akal yang lojik.
Pengertian Qadha Dan Qadar
Erti Qadar ialah ketetapan Allah yang azali bagi semua makhluk dan segalahal yang berlaku padanya.
Erti Qadha pula ialah pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketetapan Allah yang azali itu.
Mempercayai Qadha dan Qadar ini adalah menjadi dasar penting dalam ugama dan salah satu daripada rukun Iman yang enam.Seseorang itu tidak dikira sempurna keimanannya jika ia tidak mempercayai Qadha dan Qadar.
Rukun Iman Yang Rumit
Masalah Qadha dan Qadar adalah sangat rumit untuk difahami,kerana ia berkait dengan urusan Allah dan mengenai untung nasib manusia sendiri.Oleh sebab itu beberapa kekeliruan yang besar telah timbul berhubung dengannya dan beberapa pegangan yang salah telah berlaku,menyebabkan timbul kejadian-kejadian yang membawa kepada kelemahan dan kemunduran dalam hidup.Malah setengah-setengah pihak yang menjadi musuh Islam telah membuat tuduhan yang mengelirukan terhadap dasar kepercayaan kepada Qadha dan Qadar ini.
Cara Mempercayainya
Adapun cara mempercayai Qadha dan Qadar ini ialah kita hendaklah percaya bahawa Allah telah menetapkan undang-undang ketentuan bagi makhluk-makhluk sebelum berlakunya lagi.Segala kejadian itu dengan segala sifat dan tabiat serta peraturan-peraturan yang ada padanya itu adalah berlaku menurut ketetapan pelan dan kelulusan Allah yang azali itu dan tidak ada suatupun yang terkeluar daripadanya.
Qadha Qadar Tidak Menghalang Daripada Berusaha
Mempercayai kepada Qadha dan Qadar bukanlah menjadi penghalang kepada seseorang itu daripada berusaha untuk mendapatkan kehendak-kehendaknya,kerana:
1.Mempercayai ketetapan azali bukanlah bererti bahawa segala sesuatu itu tidak boleh berubah sedikitpun,bahkan sebaliknya ketetapan itu memberi erti bahawa segala suatu itu tidak terkeluar daripada sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali itu.
2.Manusia diberikan satu kuasa yang disebut ‘ikhtiar’ yang mana dengan itu manusia boleh bertindak mengikut apa yang dikehendakinya.
3.Berimankan Qadha dan Qadar bukanlah bererti menyerah bulat-bulat kepada suratan takdir semata-mata,bahkan tujuan utama mempercayai Qadha dan Qadar ialah untuk mengagungkan kebesaran Allah dan betapa luas pengetahuannya terhadap mahkluk sekalian.
Tujuan Beriman Kepada Qadha Dan Qadar
Seorang yang benar-benar beriman kepada Qadha dan Qadar akan dapat menikmati beberapa faedah dan kegunaan yang besar,diantaranya:
1.Untuk mengagungkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya terhadap makhluk sekalian.
2.Dapat memelihara diri daripada berperasaan sombong dan takbur dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai.
3.Dapat memelihara diri daripada mudah putus asa jika gagal dalam satu-satu usahanya.
4.Dapat memberikan ketenangan jiwa di kala menghadapi satu-satu dugaan dan menimbulkan kerelaan hati dengan apayang berlaku.
5.Dapat melahirkan keikhlasan dan kesucian hati dalam mengerjakan kebaktian kepada Allah dan dalamurusan-urusan hidup,kerana semua perkara itu di tangan Allah belaka.Waallahu’alam.(Bersambung).


“MEMBANGUN BERRSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!”
0 ulasan

Pembicaraan Qadha Dan Qadar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Larangan Membicarakannya
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa masalah Qadha dan Qadar ini adalah sangat rumit dan boleh membawa kepada tergelincir I’tikad jika tidak diawasi benar-benar dalam membahaskannya.Rasulullah pernah melarang para sahabat daripada membicarakannya,sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Apabila dibentangkan masalah Qadar maka hendaklah kamu mendiamkan dirimu”.
Dalam pada itu di antara ulama’-ulama’ itu ada yang berpendapat bahawa maksud larangan itu ialah menegah membicarakannya dengan berlebih-lebihan,dan ada pula yang mengatakan bahawa maksud itu ialah menegah membicarakan rahsia-rahsia Qadha dan Qadar yang diluar sempadan atau batasan akal manusia.
Namun demikian bukanlah bererti kita tidak boleh membicara langsung untuk kesempurnaan iman dan keyakinan hati.Berikut ini akan dibicarakan masalah ini secara sepintas lalu sahaja.
Peraturan Sebab Akibat
Pra ulama’ dan ahli kalam(Tauhid) pada umumnya berpebdapat bahawa yang dimaksudkan dengan ketetapan Allah yang azali itu ialah segala sifat dan tabiat yang menjadi ‘SEBAB’ bagi berlakunya satu-satu perkara,yang mana dari ‘sebab-sebab’ itulah lahirnya ‘akibat’ atau kejadian benda.Adapun ‘sebab-sebab’ bagi berlakunya sesuatu itu adalah tetap dan tidak mungkin berubah pada bila-bila masapun,bahkan ia merupakan peraturan tetap bagi alam.Peraturan inilah yang dikatakan Qadar.Kemudian segala sesuatu yang berlaku sebagai hasil dari perkaitan satu sebab dengan yang lain itu dikatakan ‘Qadha’ atau pelaksanaan di atas peraturanyang telah ditetapkan itu.
Misalnya:satu biji benih yang baik,tabiatnya boleh tumbuh bila diletakkan di atas tempat yang lembab,tetapi jika diletakkan pada tempat yang kering atau diatas batu yang pejal tentu sekali ia tidak tumbuh,kerana di sana tidak ada “daya menumbuh” atau “sebab” yang menggerakkan benih itu tumbuh.Demikianlah seterusnya.
Tegasnya,beriman kepada Qadha dan Qadar ialah mempercayai bahawa Allah telah mengadakan peraturan ‘sebab’ dan ‘akibat’ (Cause and effect) bagi sesuatu benda dan segala yang berlaku itu adalah hasil dari pertemuan atau persentuhan sebab dengan sebab lain yang melahirkan Qadha Allah samaada berhasil ataupun tidak,yang mana sekaliannya itu dikatakan Qadha belaka.
Di samping itu hendaklah diyakini bahawa pengetahuan Allah itu meliputi segala sesuatu dan kekuasaanNya mengatasi sekalian makhluk dan semuanya itu tunduk kepadaNya.
Mengubah Qadar
Bolehkah diubah Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah itu?
Sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu bahawa Qadar itu ialah peraturan-peraturan yang menjadi sebab bagi berlakunya sesuatu perkara,sebagaimana dalam contoh yang lalu.Dengan demikian dapatlah difahamkan bahawa Qadar itu boleh berubah dengan satu Qadar yang lain atau berubah sebab dengan sebab juga.
Bagaimana pula halnya dengan Qadha?
Sebenarnya yang dikatakan Qadha itu ialah sesuatu yang telah sempurna dan telah terlaksana wujudnya.Ibarat sebatang anak panah yang telah dilepaskan dari busurnya,maka sudah tentu tidak akan balik semula.
Dalam pada itu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan terberubah Qadha melainkan dengan doa.Hanya doa sahajalah yang dapat mengubah Qadha itu”.
Sayyidina Umar pernah menjelaskan sikapnya dalam membezakan di antara Qadha dan Qadar,ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Abu U’baidah mengenai penyakit taun di negeri Syam.”Adakah tuan hamba hendak lari daripada Qadha Allah,wahai Sayyidina Umar?” Jawab baginda:”Saya lari daripada Qadha Allah kepada Qadarnya.”
Di sini jelasnya Sayyidina Umar telah faham bahawa lingkungan Qadar itu lebih luas daripada Qadha,sedangkan penyakit taun itu perkara yang masih belum pasti atau belum termasuk ke dalam lingkungan Qadha lagi
Ajal Dan Doa
Ajal itu ialah tempoh mati bagi sesuatu yang hidup.Ajal inipun termasuk dalam erti Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.Dengan sebab itu para ulama’ telah membahagikan ajal itu kepada dua bahagian;iaitu:
1.Ajal mubram,iaitu ajal umum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tiak boleh diubah-ubah,sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati”
(Surah Ali Imran:Ayat 185)
2.Ajal muallaq iaitu ajal tadak tetapyang bergantung kepada keadaan dan sebab bagi berlakunya.
Jelasnya ajal itu boleh berubah dengan cara persesuaian sebab dengan musabab,terutamanya dengan cara doa sebagaimana yang telah diterangkan oleh Hadis Nabi tadi.Waallahua’lam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
0 ulasan

Ilmu

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Ilmu,ertinya pengetahuan dan dengan perantaraan itu pulalah dapat di maklumi serta di ketahui segala perkara yang perlu di kaji menurut keperluan masing-masing.Misalnya seseorang yang ingin maju dagangnya,pastilah ia belajar ilmu dagang dan selok-belok perdagangan,orang yang ingin mengerti jalannya matahari,bulan,bumi,dan lain-lain sebagainya,pastilah mempelajari ilmu falak,orang yang ingin dapat mengubati orang-orang sakit,haruslah belajar ilmu kedoktoran,demikian seterusnya.Adapun orang yang ingin mengerti isi agama Islam,agar supaya dapat berma’rifat kepada Allah Ta’ala dan dapat diterima ibadatnya,maka wajiblah ia mempelajari ilmu Tauhid dan Feqah.Begitu pula orang yang berdaya upaya hendak mensucikan diri dari berbagai penyakit yang hinggap dalam hati,maka wajiblah belajar ilmu tasawuf,kemudian mengamalkannya dengan sungguh-sungguh.
Mana saja amalan yang tidak disertai dengan ilmu pengetahuan,kejadiannya pasti tidak baik.Lebih-lebih lagi amal perbuatan yang berhubungan dengan ibadat atau apa saja yang bertalian erat dengan persoalan-persoalan agama.
Ilmu Atau Agama Yang Paling Mulia:
Allah S.W.T telah berfirman didalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah yang telah menciptakan tujuh langit dan dari bumi seperti langit-langit itu (yakni tujuh pula),diantara langit dan bumi itulah turunnya perkara (keputusan hukum),supaya engkau semua mempunyai pengertian bahawasanya Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah itu meliputi segala sesuatu pula dalam hal ilmu pengetahuanNya.”
(Surah At-Thalaq:Ayat 12)
Ayat diatas menunjukkan betapa besarnya keutamaan ilmu lebih-lebih lagi ilmu tauhid.
Selanjutnya ditempat lain Allah Ta’ala juga berfirman:
“Dan Aku(Allah)tidaklah menjadikan jin dan manusia itu melainkan agar mereka menyembah kepadaKu.”
(Surah Az-Dzariat:Ayat 56)
Ayat kedua ini menunjukkan betapa besarnya keutamaan ibadat,sehingga disebutkan bahawa tiada lain maksud dan tujuan dalam penciptaan jin dan manusia oleh Allah itu,kecuali semata-mata untuk menyembah kepadaNya.Kalau demikian,maka apakah ilmu dan ibadat itu sama ketinggian darjatnya,atau apakah salah satu diantara keduanya itu ada yang lebih mulia dan lebih utama?Apabila menilik keadaan lahirnya,seolah-olah keduanya itu sama nilai darjatnya,sebab ilmu dan ibadat itu dapat diumpamakan sebagai dua buah mutiara yang tidak dapat dipisah-pisahkan antara yang satu dengan yang lain.Cubalah,apakah kemanfaatannya ilmu itu apabila tidak disertai amal dan apa gunanya amalan yang tidak dilakukan sesuai dengan ilmunya.Bukankah hanya kelelahan saja yang diperoleh?Tetapi jikalau kita suka meneliti dengan sesungguh-sungguhny,pastilah kita dapat mengetahui bahawasanya ilmu itu yang lebih utama dan mulia,bahkan yang wajib diusahakan lebih dulu,kerana andaikata kita hendak mengerjakan ibadat solat,maka bagaimana caranya bersembahyang dan siapakah yang disembah dan bagaimana pula sifat-sifatNya Zat yang disembah tersebut,jikalau tidak dipelajari sebelumnya itu akan ilmunya.Jadi jelaslah kita wajib mencari ilmunya dulu.Oleh kerana itu,Rasulullah S.A.W bersabda:
“Ilmu adalah pemuka amal,dan amal adalah pengikut ilmu tersebut.”
Juga sabdanya:
“Sesungguhnya keutamaan seseorang alim melebihi seseorang yang beribadat,adalah seperti keutamaanku melebihi orang yang terendah dari umatku.”
Ada lagi sabda beliau:
“Sekali pandang kepada orang alim itu lebih saya sukai daripada ibadat selama setahun,berpuasa(pada siang hari setahun itu)dan mendirikan(solat pada malam hari setahun tersebut).”
Ada pula sabdanya:
“Tidakkah engkau semua suka saya tunjukkan,siapakah semulia-mulia ahli syurga itu?”Mereka berkata:”Tentu saja,ya Rasulullah.Beliau bersabda:”Mereka itu ialah para alim ulama’ dari umatku.”
Sebenarnya masih banyak lagi yang lain-lain,tetapi baiklah dicukupkan sekian saja.
Fadhilat-fadhilat Serta Ayat-ayatnya Ilmu:
Fadhilat atau keutamaan ilmu itu rasanya sudah dimaklumi,sebab memang banyak sekali ayat-ayat serta hadis-hadis yang menyebutkannya,misalnya ialah firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang dapat takut(dengan sebenar-benarnya)kepada Allah dari antara hamba-hambaNya itu ialah para alim ulama’.”
(Surah Fathir:Ayat 28)
Allah Ta’ala berfirman lagi yang bermaksud:
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara engkau semua dan pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadalah:Ayat 11)
Adapun sabda-sabda Nabi S.A.W diantaranya ialah:
“Para alim ulama’ itu adalah pewaris Nabi(yakni yang meneruskan untuk hidup-hidupnya ilmun agama serta melaksanakan syariatnya).”
Juga sabdanya lagi:
“Apabila datang kepadaku suatu hari yang disitu tidak bertambah ilmuku yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah Azza wa Jalla,maka aku tidak dikurniai keberkelahan dalam terbitnya matahari pada hari itu.”
Kecuali itu,fadhilat belajar atau mencari ilmu itu juga amat besar sekali,sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Mengapa tidak berangkat sekelompok saja dari tiap-tiap golongan dari kalangan mereka (kaum Muslimin)itu,supaya mempelajari untuk dapat mengerti dalam hal-hal keagamaan.”
(Surah At-Taubah:Ayat 123)
Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu,maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhinya untuk menuju ke syurga.”
Demikian pula tentang fadhilatnya orang yang mengajar ilmu pengetahuan kepada banyak orang@orang lain,maka pahalanya pun besar juga.Perintah Allah Ta’ala dalam hal mengerjakan ilmu itu misalnya ialah firmanNya yang bermaksud:
“Dan hendaklah mereka(orang yang sudah memiliki ilmu)itu menakut-nakuti(dengan mengajarkannya)kepada kaumnya,barangkali mereka itu semua menjadi takut(kepada Allah).”
(Surah At-Taubah:Ayat 123)
Allah Ta’ala juga berfirman yang bermaksud:
“Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang mengajak kepada Allah dan ia mengerjakan kebaikan.”
Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada sahabat Mu’az ketika diutus untuk memimpin orang-orang di negeri Yaman,iaitu:
“Nescayalah jikalau Allah menunjukkan seorang lelaki dengan sebab perantara pengajaranmu,maka hal itu adalah lebih baik untukmu daripada dunia dan seisinya.”
Adapun afat atau bahaya daripada ilmu pengetahuan itu misalnya ialah:
1.Kitmanul ‘ilmi(menyimpan ilmu yakni enggan menyiar-nyiarkannya)dan yang sedemikian ini adalah amat besar dosanya,sebagaimana difirmankan oleh Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan barang siapa yang menyimpan ilmu,maka sesungguhnya ia adalah berdosa hatinya.”
Surah Al-Baqarah:Ayat 283)
Juga sabda Rasulullah S.A.W demikian yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerti sesuatu ilmu pengetahuan,lalu ia menyimpannya,maka Allah akan memberinya kendali kelak pada Hari Kiamat dengan kendali daripada api neraka.”
2.Mempunyai niat tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala,tetapi kerana hendak bertafakhur(untuk memperbanggakan),takabbur(kesombongan),mencari pengaruh atau lain-lainnya.Yang sedemikian ini juga akan membuat kecelakaan diri sendiri.Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari ilmu dengan niat untuk membangga-banggakan diri terhadap pera alim ulama’ ayau untuk buat bantah-bantahan(debat-debatan)kepada orang-orang safih(orang bodoh dan kurang akalnya),atau untuk memalingkan muka orang banyak kepadanya dengan sebab ilmunya itu(yakni agar banyak pengaruhnya dikalangan ummat),maka orang tersebut akan dimasukkan Allah ke dalam neraka.”
Na’udzu billah min dzalik(kita mohon perlindungan kepada Allah dari perbuatan-perbuatan di atas itu).
3.Lebih celaka lagi apabila orang yang belajar atau mengajarkanilmu itu dengan tujuan berpamer(riya’),maka nanti pada Hari Kiamat,apabila sudah waktunya dihisab,orang itu sudah merasa akan selamat dari siksa Tuhan dan dikiranya akan segera naik ke syurga,tiba-tiba ia dimasukkan ke dalam neraka,kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati sanubarinya.Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis yang panjang,di antara isi-isinya ialah yang bermaksud:
“Dan ada seorang lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarikannya serta pandai membaca al-Quran,ia pun lalu didatangkan dan kepadanya diperlihatkan kenikmatan-kenikmatan(yang akan diperolehnya)dan ia pun mengetahui semuanya itu.Allah lalu bertanya:”Apakah yang telah engkau amalkan,sehingga memperoleh kenikmatan-kenikmatan ini?” Ia menjawab:”Saya (sewaktu di dunia)mempelajari ilmu dan mengajarkanya serta saya membaca al-Quran untuk mencari keredhaanMu.”Allah lalu berfirman :”Engkau berdusta,tetapi sebenarnya engkau mempelajari ilmu itu supaya dikatakan engkau seorang alim dan engkau membaca al-Quran itu kerana ingin dikatakan:”Ia ahli baca.”Apa yang menjadi tujuanmu itu sudah berhasil(yakni engkau telah dikatakan sebagaimana yang engkau kehendaki).Orang itu kemudiannya diperintah mundur lagi,lalu diseret atas mukanya sehingga dimasukkanlah ia ke dalam neraka.”
Wal’iyaadzu billah(kita mohon perlindungan kepada Allah dari hal yang sedemikian itu).
Ilmu Yang Wajib Dipelajari Dan Dicari:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Mencari ilmu itu wajib atas setiap orang Islam(lelaki ataupun perempuan).”
Adapun yang wajib dicari dan dituntut lebih dahulu ialah:
1.Tauhid,untuk mengetahui Zat Allah S.W.T dan sifat-sifatNya,serta keimanan yang lain-lain.
2.Feqah,untuk mengetahui bab ibadat,juga apa-apa yang halal dan yang haram,serta bab mu’amalah(seperti jual beli dan lain-lainnya)yang boleh dilakukan dan yang tidak,dan lain-lain sebagainya yang tercantum dalam kitab-kitab feqah.
3.Tasawuf,untuk mengetahui keadaan hati,mana yang terpuji dan wajib dilaksanakan seperti;sabar,bersyukur,dermawan,bagusnya budi pekerti,baiknya bergaul,berbicara yang benar,ikhlas dan lain-lainya,serta mana yang tercela dan wajib dijauhi seperti;hiqid(mangkal dalam hati),dengki,sengaja menipu,sombong,pamer(riya’),marah-marah,niat bermusuhan,membenci,kikir dan lain-lain lagi.
Tiga jenis ilmu di atas itu adalah fardhu ‘ain hukumnya untuk dipelajari.Waallahu’alam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”
0 ulasan

Pasangan Beragama Lahir Generasi Cemerlang

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Perkahwinan satu tuntutan dalam Islam.Antara perkara penting sebelum memasuki alam perkahwinan ialah hal berkaitan pemilihan jodoh kerana daripada situ bermulanya masa depan rumah tangga yang dibina.
Jika ia dibangunkan dengan keimanan,ketaqwaan,kasih sayang dan dengan penuh amanah,ia menjadi pemangkin kepada kewujudan generasi yang baik serta cemerlang.
Islam menyediakan garis panduan lengkap untuk bakal suami dan isteri dalam memilih pasangan hidup.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“Daripada Rasulullah S.A.W baginda bersabda:”Dikahwini wanita kerana empat perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Oleh itu,utamakan wanita beragama,nescaya kamu akan beruntung”.
Berdasarkan hadis berkenaan,ciri paling baik dalam memilih jodoh ialah mereka yang berpengetahuan dan beramal dengan ajaran agama.
Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan.Islam sangat menekankan isu itu disebabkan kesannya dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian Negara adalah sangat besar.
Jika isu berkenaan sampai ketahap pergaduhan atau penceraian antara suami dan isteri,ia boleh mengakibatkan nasib anak terumbang-ambing.Jika demikian,bagaimanakah generasi masa depan yang cemerlang dapat dihasilkan?
Tanggungjawab membentuk keluarga dan melahirkan generasi cemerlang sungguh berat.Justeru,keteguhan pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan supaya kita lebih bersedia berdepan ujian dan cabaran.
Firman Allah S.W.T didalam al-Quran yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa harta benda dan anak-pinak kamu itu adalah satu ujian.Dan sesungguhnya disisi Allah S.W.T jualah pahala yang besar.”
(Surah Al-Anfal:Ayat 28)
Oleh itu,sebagai ibu bapa,tanamkanlah asas agama yang kukuh kedalam jiwa anak sejak kecil lagi.
Beri mereka bimbingan dari panduan tepat berkaitan kehidupan berkeluarga supaya tahu dan faham adab pergaulan sesame manusia,mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain serta batas yang sesuai dengan ajaran agama juga adat tempatan.
Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih.Ibu bapanya yang membuatnya menjadi Yahudi,Nasrani dan Majusi.
“Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya),adakah kamu menganggap hidung,telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”
Hadis ini menerangkan@menjelaskan kepada kita,ibu bapa yang mencorak keperibadian anak,Lihat apa kata bapa Anas bin Malik r.a ketika ditanya bagaimana beliau mendidik anaknya sehingga menjadi ulama’ besar.
Beliau menjawab:”Ia bergantung kepada cara memilih calon ibunya.”Dengan kata lain,pemilihan calon pasangan hidup yang tepat daripada perspektif Islam adalah detik permulaan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah rumah tangga dan keluarga yang hendak dibina.
Firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud:
“(Lazimnya)perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat,dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat.
Dan (sebaliknya)perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Mereka itu bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat,mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.”
(Surah An-Nur:Ayat 26)
Waallahu’alam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!!”

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;