Khamis, 3 Disember 2009

Pasangan Beragama Lahir Generasi Cemerlang

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Perkahwinan satu tuntutan dalam Islam.Antara perkara penting sebelum memasuki alam perkahwinan ialah hal berkaitan pemilihan jodoh kerana daripada situ bermulanya masa depan rumah tangga yang dibina.
Jika ia dibangunkan dengan keimanan,ketaqwaan,kasih sayang dan dengan penuh amanah,ia menjadi pemangkin kepada kewujudan generasi yang baik serta cemerlang.
Islam menyediakan garis panduan lengkap untuk bakal suami dan isteri dalam memilih pasangan hidup.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“Daripada Rasulullah S.A.W baginda bersabda:”Dikahwini wanita kerana empat perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Oleh itu,utamakan wanita beragama,nescaya kamu akan beruntung”.
Berdasarkan hadis berkenaan,ciri paling baik dalam memilih jodoh ialah mereka yang berpengetahuan dan beramal dengan ajaran agama.
Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan.Islam sangat menekankan isu itu disebabkan kesannya dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian Negara adalah sangat besar.
Jika isu berkenaan sampai ketahap pergaduhan atau penceraian antara suami dan isteri,ia boleh mengakibatkan nasib anak terumbang-ambing.Jika demikian,bagaimanakah generasi masa depan yang cemerlang dapat dihasilkan?
Tanggungjawab membentuk keluarga dan melahirkan generasi cemerlang sungguh berat.Justeru,keteguhan pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan supaya kita lebih bersedia berdepan ujian dan cabaran.
Firman Allah S.W.T didalam al-Quran yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa harta benda dan anak-pinak kamu itu adalah satu ujian.Dan sesungguhnya disisi Allah S.W.T jualah pahala yang besar.”
(Surah Al-Anfal:Ayat 28)
Oleh itu,sebagai ibu bapa,tanamkanlah asas agama yang kukuh kedalam jiwa anak sejak kecil lagi.
Beri mereka bimbingan dari panduan tepat berkaitan kehidupan berkeluarga supaya tahu dan faham adab pergaulan sesame manusia,mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain serta batas yang sesuai dengan ajaran agama juga adat tempatan.
Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih.Ibu bapanya yang membuatnya menjadi Yahudi,Nasrani dan Majusi.
“Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya),adakah kamu menganggap hidung,telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”
Hadis ini menerangkan@menjelaskan kepada kita,ibu bapa yang mencorak keperibadian anak,Lihat apa kata bapa Anas bin Malik r.a ketika ditanya bagaimana beliau mendidik anaknya sehingga menjadi ulama’ besar.
Beliau menjawab:”Ia bergantung kepada cara memilih calon ibunya.”Dengan kata lain,pemilihan calon pasangan hidup yang tepat daripada perspektif Islam adalah detik permulaan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah rumah tangga dan keluarga yang hendak dibina.
Firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud:
“(Lazimnya)perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat,dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat.
Dan (sebaliknya)perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Mereka itu bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat,mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.”
(Surah An-Nur:Ayat 26)
Waallahu’alam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;