Rabu, 16 Disember 2009

Ghadab(Marah)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum...Alhamdulillahirabbil'alamin..Bersyukur kehadrat Ilahi,kerana dapat lagi meneruskan kehidupan seperti hari-hari sebelum ini Alhamdulillah.
Ghadab(Marah),ramai yang dah tahu apa itu marah,kerana semua manusia mempunyai sifat seperti ini,samaada terlampau ataupun sederhana.Ianya bermacam-macam ragam.
Ghadab atau marah asal sesungguhnya adalah dari nyalaan api yang tercampak dalam hati.Maka dari itu,mukanya yang sedang marah itu nampak merah padam,menyala bagaikan bara.Itu adalah salah satu dari hasil godaan syaitan yang diciptakan Allah S.W.T dari api.Ini dapat disembuhkan dengan mandi,sebab mandi itu dengan menggunakan air dan sifat air itu ialah dapat memadamkan api.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api dan air itu dapat memadamkan api.Maka apabila seseorang di antara kamu marah,hendaklah mandi".

Dalam Hadis lain diterangkan,supaya berwudhu' sahaja(jadi tidak perlu mandi).
Menurut Hadis tadi,kita tahu bahawa marah itu adalah tidak elok(buruk) dan tercela,sebab asalnya dari syaitan.Maka dari itu sewaktu ada seseorang sahabat yang meminta kepada Rasulullah S.A.W supaya diberi petunjuk atau wasiat yang perlu diamalkan,dengan huraian yang ringkas dan sedikit sahaja,kemudian orang itu diwasiati sedemikian yang bermaksud:

"Janganlah engkau marah"

Ketika orang itu meminta supaya ditambah,beliau S.A.W tetap hanya bersabda:"Laa taghdab" dan tidak ditambah apa-apa.
Juga pada suatu ketika Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya,siapakah yang disebut orang yang selalu menang jikalau bergulat(bergusti@bergomol).Para sahabat menjawab,iaitu orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain.Tetapi tiba-tiba baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bukannya demikian itu,tetapi yang disebut orang yang selalu menang ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya di waktu marah".

Tingkat Para Manusia Dalam Kemarahan:

Darjat atau tingkat para manusia dalam hal kemarahan itu ada tiga,ada yang berlebih-lebihan,ada yang sedang dan ada yang lemah atau lembek sangat.
Kelemahan dalam kemarahan itu tidak baik dan amat tercela dipandang agama Islam,sehingga dapat dinamakan tidak ada nafsu kemarahan,sekalipun melihat kemungkaran atau dilawan orang kafir.Orang yang sedemikian ini suka saja diinjak-injakkan kehormatannya dan tidak ada pembelaannya,baik terhadap dirinya sendiri ataupun untuk kepentingan agama Allah S.W.T.Padahal sudah nayta sekali apa yang disebutkan dalam Al-Quran bahawasanya para sahabat Rasulullah S.A.W dan semua kaum Mukminin itu semuanya wajib memiliki sifat:

"Keras sikapnya terhadap kaum kafir"
(Surah Al-Fath:Ayat29)

Kerasnya sikap itu tiada lain kecuali kerana adanya kemarahan dan marah yang sedemikian ini adalah benar,terpuji dan diredhai oleh Allah S.W.T.Ada lagi sebuah ayat yang menyebutkan:

"Perangilah kaum kafir dan bersikap keraslah kepada mereka itu"
(Surah At=Taubah:Ayat73)

Cubalah rasakan,apakah dapat memiliki sikap yang keras itu andaikata tidak kerana timbulnya kemarahan.Tetapi kemarahan yang semacam ini adalah hak dan dibenarkan oleh Allah S.W.T.
Sebaliknya di atas itu adalah berlebih-lebihan dalam kemarahan dan yang sedemikian ini tidak diredhai oleh Allah dan asalnya daripada syaitan.Marah yang semacam ini pasti keluar dari batas akal yang sihat,keluar pula dari garis yang ditentukan oleh agama Islam yang akhirnya dapat menghilangkan pemikiran yang suci dan tidak dapat memilih mana yang baik dan seeloknya dilaksanakan.Orang yang memiliki sifat marah yang berlebih-lebihan ini pasti akan lintang pukang(sembrono),apa yang dilakukan dan tindakannya tidak akan difikirkan yang semestinya dan tidak pula direnungkan sedalam-dalamnya.Tanda dari[pada kemarahan ini ialah air muka berubah dan menjadi merah padam,badan gementar dan berdebar-debar,kelakuannya tidak teratur,jika berbicara bergetar dan nadanya cepat-cepat,sehingga seolah-olah giginya itu hendak mengoyak-ngoyak(mencarik­-carik, menyobek-nyobek)daging musuhnya,hidungnya mengembang dan rahangnya bergerak-gerak secara terus menerus,.Andaikata orang itu berdiri dimuka cermin,pasti akan malu melihat bentu tubuhnya dan wajahnya sendiri,tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya adalah lebih buruk lagi keadaanya,kerana yang tampak(tidak terlindung)itu sebenarnya hanyalah hasil atau buah dari apa-apa yang tersimpan dalam lubuk hati sanubarinya.
Kemarahan seperti itu membekas diseluruh tubuh.Bekasnya dalam lisan ialah memaki-maki,menggunakan kata-kata yang jijik dan tidak sopan,yang pasti akan malu andaikata diucapkan oelh orang yang sihat akalnya atau dirinya sendiri akan malu apabila sudah hilang kemarahannya.Kecuali itu,kalimat-kalimat dalam percakapannya dan apa yang dikeluarkan dari mulutnya itu pun seenaknya sendiri tanpa diatur dan ditertibkan yang sebaik-baiknya.
Adapun bekas dalam tubuh ialah memukul,melukai,menyerang,menghantam dan kadang-kadang suka membunuh.
Adakalanya mengoyak-koyak bajunya sendiri atau menampar pipinya sendiri atau memukul-mukulkan tangannya pada dinding atau tanah.
Selanjutnya,bekasnya didalam hati ialah mengkal(
marah dlm hati),membenci,dengki,menyimpan niat jahat terhadap orang yang dianggap musuhnya untuk dilaksanakan di kemudian hari,menyatakan kegembiraan hati jikalau musuhnya itu memperoleh bahaya dan sedih hatinya apabila musuhnya itu mendapatkan kenikmatan dan kebahagiaan.Ia akan suka membuka rahsia,melanggar kehormatan,menghinakan dan lain-lain lagi yang semuanya itu tentu berupa kejahatan.Ini semua adalah buah daripada kemarahan yang berlebih-lebihan yang tidak disalurkan sesuai dengan kehendak syari'at agama Islam.Jadi marah yang berlebih-lebihan dan lemah dalam hel kemarahan itu semuanya tidak elok dan buruk akibatnya yang ditimbulkan olehnya.Yang benar ialah yang sedang-sedang sahaja,sepatutnya,sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh agama dan akal yang sihat.Maka dari itu kemarahan yang sebaik-baiknya ialah yang dapat timbul dengan sangat apabila ada seseorang yang menghinakan Allah S.W.T atau Rasulullah S.A.W atau yang ada hubungan dengan kesucian agama Islam,tetapi dapat pula segera reda dan dapat berhenti seketika itu juga di tempat yang semestinya,harus menggunakan kesabaran dan tidak sukar memberikan maaf dan pengampunan.Inilah yang dianggap sebagai pertengahan.Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baiknya segala perkara ialah pertengahannya".

Sebab Yang Menimbulkan Kemarahan Dan Cara Mengubatinya:


Semua penyakit itu dapat diubati dengan berhasil baik,ialah apabila sudah diketahui sumber penyakitnya itu.
Adapun yang menyebabkan kemarahan itu rasa kebanggaan dan kesombongan,terhairan-hairan pada diri sendiri kerana meraasa benyak jasa dan amalannya,bergurau senda yang melebihi batas,menghabiskan waktu untuk berlengah-lengah,mencemuhkan dan mencela,suka berbantah dan bertengkar,menipu,sangat rakus(loba) untuk memperoleh harta atau pangkat dan tamak pada makanan dan lain-lainnya.Seluruhnya itu adalah budi pekerti yang rendah dan tercela menurut pandangan syari'at agama Islam.Kemarahan itu pasti akan selalu timbul sebelum sebab-sebab diatas dilenyapkan dengan mengerjakan apa-apa yang merupakan lawannya,iaitu melatih diri untuk bersifat merendah diri,meneliti diri sendiri yakini bahawa dirinya itu tidak ada kelebihan apa-apa daripada orang lain dan kalaupun ada,maka hal itu adalah semata-mata kerana kurnia Allah S.W.T belaka,senda gurau selayaknya sahaja,giat dalam pekerjaan yang sudah menjadi kegemaran dan bakatnya,menjaga diri jangan suka menghinakan,mencemuhkan,mencela,bertengkaran,jangan suka menipu serta rakus dan tamak kepada apapun
.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T daripada sifat-sifat yang tercela itu.Sekian.Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;