Khamis, 3 Disember 2009

1.percaya kepada qadha dan qadar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Perselisihan ‘Itikad
Di permulaan Islam,sikap para sahabat ialah menerima sahaja segala pengajaran-pengajaran Rasul tanpa sebarang perselisihan pendapat mengenai hal-hal ugama.Jika terdapat sesuatu yang mengelirukan mereka segera mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah dan segala keterangan yang disampaikan baginda itu menjadi keputusan dan pegangan seluruh mereka.Demikianlah halnya dengan umat Islam dimasa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.Tegasnya pada masa-masa itu tidak timbul sebarang perselisihan dan berlainan pendapat di kalangan orang Islam terutama mengenai kepercayaan dan ‘itikad.
Kira-kira di akhir masa pemerintahan Sayyidina Ali,suatu perselisihan politik telah berlaku.Berikutan dengan itu lahir kumpulan-kumpulan yang digelar Syiah,Khawarij dan Ahlis-Sunnah.Perselisihan itu berlanjutan hingga membawa kepada perselisihan hokum dan pegangan ugama,teutama mengenai masalah Qadha dan Qadar.Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan yang digelarkan Qadariah,Jabariah,Mu’ktazilah,dan Ahlis-Sunnah.Hal itu berlaku di akhir kurun Hijrah yang pertama,iaitu setelah orang-orang Islam banyak bergaul dengan orang-orang yang bukan Islam dan belajar ilmu-ilmu akal dari mereka.Pada masa itu tampillah tokoh-tokoh Islam berusaha menegakkan kesucian akidah-akidah Islam dari dirosakkan oleh musuh-musuh Islam.Mereka menolak pemesongan-pemesongan itu dengan dalil-dalil Quran dan Hadis bahkan juga dengan hujjah-hujjah akal yang lojik.
Pengertian Qadha Dan Qadar
Erti Qadar ialah ketetapan Allah yang azali bagi semua makhluk dan segalahal yang berlaku padanya.
Erti Qadha pula ialah pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketetapan Allah yang azali itu.
Mempercayai Qadha dan Qadar ini adalah menjadi dasar penting dalam ugama dan salah satu daripada rukun Iman yang enam.Seseorang itu tidak dikira sempurna keimanannya jika ia tidak mempercayai Qadha dan Qadar.
Rukun Iman Yang Rumit
Masalah Qadha dan Qadar adalah sangat rumit untuk difahami,kerana ia berkait dengan urusan Allah dan mengenai untung nasib manusia sendiri.Oleh sebab itu beberapa kekeliruan yang besar telah timbul berhubung dengannya dan beberapa pegangan yang salah telah berlaku,menyebabkan timbul kejadian-kejadian yang membawa kepada kelemahan dan kemunduran dalam hidup.Malah setengah-setengah pihak yang menjadi musuh Islam telah membuat tuduhan yang mengelirukan terhadap dasar kepercayaan kepada Qadha dan Qadar ini.
Cara Mempercayainya
Adapun cara mempercayai Qadha dan Qadar ini ialah kita hendaklah percaya bahawa Allah telah menetapkan undang-undang ketentuan bagi makhluk-makhluk sebelum berlakunya lagi.Segala kejadian itu dengan segala sifat dan tabiat serta peraturan-peraturan yang ada padanya itu adalah berlaku menurut ketetapan pelan dan kelulusan Allah yang azali itu dan tidak ada suatupun yang terkeluar daripadanya.
Qadha Qadar Tidak Menghalang Daripada Berusaha
Mempercayai kepada Qadha dan Qadar bukanlah menjadi penghalang kepada seseorang itu daripada berusaha untuk mendapatkan kehendak-kehendaknya,kerana:
1.Mempercayai ketetapan azali bukanlah bererti bahawa segala sesuatu itu tidak boleh berubah sedikitpun,bahkan sebaliknya ketetapan itu memberi erti bahawa segala suatu itu tidak terkeluar daripada sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali itu.
2.Manusia diberikan satu kuasa yang disebut ‘ikhtiar’ yang mana dengan itu manusia boleh bertindak mengikut apa yang dikehendakinya.
3.Berimankan Qadha dan Qadar bukanlah bererti menyerah bulat-bulat kepada suratan takdir semata-mata,bahkan tujuan utama mempercayai Qadha dan Qadar ialah untuk mengagungkan kebesaran Allah dan betapa luas pengetahuannya terhadap mahkluk sekalian.
Tujuan Beriman Kepada Qadha Dan Qadar
Seorang yang benar-benar beriman kepada Qadha dan Qadar akan dapat menikmati beberapa faedah dan kegunaan yang besar,diantaranya:
1.Untuk mengagungkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya terhadap makhluk sekalian.
2.Dapat memelihara diri daripada berperasaan sombong dan takbur dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai.
3.Dapat memelihara diri daripada mudah putus asa jika gagal dalam satu-satu usahanya.
4.Dapat memberikan ketenangan jiwa di kala menghadapi satu-satu dugaan dan menimbulkan kerelaan hati dengan apayang berlaku.
5.Dapat melahirkan keikhlasan dan kesucian hati dalam mengerjakan kebaktian kepada Allah dan dalamurusan-urusan hidup,kerana semua perkara itu di tangan Allah belaka.Waallahu’alam.(Bersambung).


“MEMBANGUN BERRSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;