Khamis, 3 Disember 2009

Maksiat-Maksiat Telinga

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Di antara kemaksiatan-kemaksiatan telinga ialah mendengarkan pembicaraan sesuatu golongan yang mereka itu tidak senang kalau pembicaraannya didengar oleh orang lain atau memang sengaja dirahsiakan,atau mendengarkan suara seruling dan lain-lain bunyi-bunyian yang sampai melalaikan ibadat kepada Allah S.W.T,atau suara apa saja yang diharamkan semacam suaranya orang yang sedang mengumpat(ghibah),mengadu domba dan lain-lain lagi,kecuali apabila mendengarnya itu kerana ia terpaksa atau tidak sengaja,sedang ia sendiri membenci kepada kemungkaran-kemungkaran itu.Kerana itu wajiblah ia mengingatkan(mengawasi),kemudian bertindak sebagaimana mestinya untuk melenyapkan kemungkaran-kemungkaran tersebut,jikalau yang berbuat enggan menghentikan.Ini apabila kuasa melaksanakannya(mampu) dan jikalau tidak,maka hendaklah ia tetap tidak menyetujuinya dalam hati.Harap semua umat Islam mengambil berat tentang hal ini.Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;