Khamis, 3 Disember 2009

Al-Ijma’

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sumber yang ketiga dari sumber-sumber perundangan Islam ialah al-Ijma’.Yang dimaksudkan dengan al-Ijma’ ialah persetujuan di antara ulama’-ulama’ Islam dari golongan umat Nabi Muhammad S.A.W mengenai suatu hukum syara’ di suatu masa yang tertentu.
Apabila Ijma’ telah diterima sebagai salah satu sumber perundangan Islam,maka sumber itu dapat dipergunakan terus oleh umat Islam,khususnya pemerintah dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di dalam masyarakat.Dalam konteks hukum-hukum agama,ulama’-ulama’ Islam boleh dikumpulkan dalam suatu siding atau seminar dan sebagainya bagi membincangkan persoalan-persoalan tertentu bagi menghasilkan satu persetujuan,jika mungkin untuk menyelesaikan perkara tersebut.Walaupun persetujuan mutlak biasanya sukar dicapai tetapi perjumpaan-perjumpaan seperti ini akan membuka jalan ke arah mengatasi tiap persoalan yang timbul.
Sekiranya berlaku suatu persetujuan yang bulat antara ‘alim ulama’ dalam sesuatu persoalan yang dibangkitkan dari masa ke semasa maka Ijma’ tersebut menjadi kata pemutus untuk diikuti oleh semua umat Islam.Inilah salah satu cara yang terbuka terus menerus untuk umat Islam mempergunakannya bagi menyelesaikan masalah-masalah mereka berdasarkan petunjuk al-Quran.
Al-Ijma’ sebagai salah satu sumber perundangan Islam,telah diterima oleh Jamhur ulama’(sebahagian besar ulama’)mereka berpegang dengan firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang menentang (ajaran)Rasul Allah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk(yang dibawanya),dan ia (pula)mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,Kami akan memberikannya kuasa(untuk)melakukan (kesesatan)yang dipilihkan dan(pada hari akhirat kelak)Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan (neraka jahanam) itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah An-Nisa:Ayat 115)
Ayat ini menunjukkan bahawa jalan orang-orang mukmin adalah jalan yang mereka ramai-ramai mengikuti dan menyetujuinya.Ini bererti bahawa apabila ulama’-ulama’Islam telah mempersetujui sesuatu perkara di dalam sesuatu masalah agama,maka persetujuan –persetujuan berikut adalah Ijma’ yang wajib diikuti oleh semua orang-orang Islam.Jalan ini adalah jalan sesat yang akan membinasakan orang tersebut.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;