Khamis, 3 Disember 2009

Pemerintahan Kerajaan ‘Abbasiah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Keagungannya
Kerajaan ‘Abbasiah atau yang disebut “Daulah ‘Abbasiah” ialah sebuah kerajaan yang besar dan maju serta luas empayarnya.Kekuasaannya berkekalan selama kira-kira 500 tahun,iaitu dari tahun 132-656 Hijrah (750-1258 Masihi).
Kerajaan ini tidak memilih Damsyik sebagai pusat pemerintahannya,kerana tidak ramai penyokong-penyokong kuatnya di sana.Lagipun,tempat itu amat hampir dengan sempadan kerajaan Rome yang mungkin mengancam keselamatan negaranya.Sebaliknya mereka memilih negeri Iraq sebagai pusat pemerintahannya pula.
Corak Pemerintahannya
Dalam pentadbiran dan pemerintahannya kerajaan ini berbeza dengan kerajaan Umaiyah dahulu,ia tidak mengambil orang-orang Arab untuk mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran negeri.Sebaliknya kerajaan ‘Abbasiah ini mengambil bangsa Farsi dan Turki sebagai pembantu.Dengan demikian bangsa Arab telah terasing dan tersingkir sedikit demi sedikit dari pemerintahan Negara hingga akhirnya bangsa Farsi dan Turki itu menguasai sepenuhnya pentadbiran Negara dengan luas dan bebas.
Pengaruh Farsi
Oleh kerana kerajaan ini mamilih negeri Farsi sebagai pusat pemerintahannya dan orang-orang Farsi banyak diserahkan jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan dan ketenteraan,maka bertukarlah corak pemerintahan Negara dari corak Arab kepada corak Farsi dalam kehidupan sehari-hari juga dalam pergaulan hidup dan lain-lainnya mengikut adat istiadat dan kebudayaan Farsi belaka.
Sikap Terhadap Kaum-Kaum Lain
Kaum ‘Abbasiah dan kerajaannya bersikap keras terhadap kaum-kaum lain khususnya kaum Umaiyah.Mereka dikejar dan diburu dengan hebatnya bahkan ada pula yang dibunuh.Demikian juga dengan kaum Syiah Alawiyeen yang telah bekerjasama dengan mereka merebut kuasa dari kaum Umaiyah dahulu.Setelah kuasa pemerintahan dapat ketangan mereka,maka kaum Alawiyeen itu disingkir dan ditindas sebagaimana yang dibuat oleh kaum Umaiyah juga.Sebab itu kaum Syiah Alawiyeen telah menumpukan perjuangan mereka ke tempat-tempat yang jauh dari pusat pemerintahan ‘Abbasiah terutamanya di Afrika dan kawasan-kawasan di sebelah Laut Kaspian.
Kegiatan Kerajaan ‘Abbasiah
Khalifah-khalifah ‘Abbasiah pada umumnya sangat bergiat dalam memajukan Negara terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan dan kebudayaan.Mereka telah menggalakkan usaha menterjemahkan buku-buku pengetahuan dari kebudayaan-kebudayaan asing ke dalam bahasa Arab untuk dikaji dan dipelajari oleh orang-orang Islam.Dengan demikian keadaan ilmu pengetahuan dan kebudayaan sangat maju hingga Kota Baghdad yang menjadi pusat pemerintahan itu telah menjadi pusat ilmu dan tumpuan umat manusia dari serata pelusuk dunia.
Para rakyat yang terdiri dari orang-orang Arab dan Ajam bekerjasama untuk kepantingan Negara.Tetapi pengaruh Arab telah menjadi malap sedikit demi sedikit berikutan dengan berkembangnya pengaruh Farsi.
Sejarah pemerintahan ‘Abbasiah yang agung itu terbahagi dua:
1.Peringkat kebasaran dan kecemerlangan,iaitu dari sejak mula terdirinya kerajaan itu tahun 750 Masihi hingga akhir pemerintahan Khalifah Harun al-Wasiq tahun 847 Masihi (232 H).Dalam peringkat ini Negara ‘Abbasiah menjadi besar dan terkemuka.Khalifah-khalifahnya telah Berjaya mencipta berbagai-bagai kemajuan dalam segala bidang-bidang hidup,terutaman dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan.Mereka menggalakkan rakyat supaya mempelajari segala macam ilmu pengetahuan,mendirikan sekolah-sekolah dan universiti,kutubkhanah-kutubkhanah yang besar dan sentiasa penuh sesak dengan para pelajar yang dating dari timur dan barat.
2.Peringkat kelemahan dan keruntuhan,iaitu yang bermula selepas kemangkatan Khalifah Harun al-Wasiq bin al-Muktasim.Dari semenjak itu Negara ‘Abbasiah telah berpecah kepada beberapa buah kerajaan kecil yang diantaranya ada yang bebas langsung dari kerajaan pusat di Baghdad.Manakala dalam pemerintahan Negara pula pada umumnya dikuasai oleh bangsa-bangsa yang lain dari bangsa Arab,khasnya bangsa Turki.Kekuasaan kerajaan ini akhirnya lenyap langsung berikut dengan serangan yang dilakukan oleh bangsa Moghol di bawah pimpinan Hulago ke atas ibu Negara ‘Abbasiah di Baghdad tahun 656 Hijrah (1258 Masihi). Waallahua’lam.(Bersambung).


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;