Khamis, 3 Disember 2009

2.Usaha Ikhtiar Manusia

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Tugas Dan Tanggungjawab
Manusia adalah sebaik-sebaik makhluk Tuhan.Kepadanya dikurniakan akal fikiran,kemahuan dan kekuasaan.Dengan demikian manusia boleh bertindak dan melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan kehemdaknya dengan bebas.Oleh sebab adanya kebebasan tersebut manusia dikehendaki menyempurnakan beberapa tugas dan tanggungjawab yang tertentu yang berupa suruhan dan larangan syara’(taklif),di antaranya:
1.Ia wajib mengenal Allah dan mentauhidkanNya.
2.Wajib mempercayai Rasul-rasul,kitab-kitab Allah,malikat,hari qiamat dan lain-lainnya.
3.Wajib menjalani hokum-hukum syara’ dengan sempurnanya.
4.Wajib berkelakuan baik lahir dan batin.
5.Wajib menjauhi perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan sifat murni manusia dan lain-lain lagi.
Dengan sebab itu segala tindakan dan perbuatan manusia yang hasil dari pilihan dirinya itu akan menjadi tanggungjawabnya sendiri samaada baik atau buruk,kerana ia melakukannya dengan kehendak dan ikhtiarnya sendiri.
Sempadan Tanggungjawab Manusia
Meskipun manusia itu bertanggungjawab terhadap perbuatan-perbuatannya,tetapi tidaklah semua perbuatan itu termasuk dalam tanggungjawabnya,bahkan tanggungjawabnya adalah tertentu dengan perbuatan-perbuatan yang dilakukannya dengan pilihan dan usaha ikhtiarnya.Dengan sebab itu adalah di luar tanggungjawabnya kiranya perbuatan-perbuatan itu dilakukan secara dipaksa atau secara tidak sengaja.
Satu masalah timbul ialah,adakah manusia itu bebas melakukan sesuatu itu sekehendak hati atau pilihannya sendiri atau juga masuk campur kuasa Allah?
Dalam soal ini ahli Ilmuan Kalam (Tauhid) telah berselisih pendapat,di antaranya:
1.Puak Jabariah.Golongan ini berpendapat bahawa semua perbuatan manusia itu berlaku dengan kehendak dan kuasa Allah semata-mata.Manusia tidak mempunyai kuasa langsung dalam satu-satu perbuatan,bahkan mereka seperti kapas di udara yang boleh di tiup angin ke mana-mana sahaja.Pendapat mereka berdasarkan bahawa pengetahuan Allah itu meliputi segala sesuatu dan segala kehendaknya itu lulus belaka.
2.Puak Qadariah.Mereka berpendapat bahawa manusia berkuasa penuh dalam melakukan sesuatu perkara tanpa kaitan dengan Allah.Mereka berpendapat demikian ialah dengan alasan bahawa manusia bertanggungjawab di atas semua perbuatan-perbuatannya samaada baik atau jahat.Dengan sebab itu segala balasan dosa dan pahala adalah mengikut perbuatan dan amalan manusia itu sendiri.
3.Puak Mu’tazilah.Mereka berpendapat bahawa manusia berkuasa penuh dalam melakukan semua perbuatannya,tetapi kuasa itu diberikan oleh Allah kepadanya.Alasan mereka ialah Allah melakukan sesuatu dengan kehendakNya kemudian meletakkan kesalahan-kesalahannya kepada manusia.Dengan sebab itu mereka berpendapat bahawa Allah wajib membalas amalan seseorang itu samaada baik atau jahat supaya tidak berlaku kezaliman.
4.Puak Syiah.Golongan ini berpendapat bahawa manusia berkuasa penuh juga,tetapi hanya dalam perkara-perkara maksiat sahaja,manakala perbuatan baiklah adalah dengan kehendak Allah belaka.
5.Puak Ahlis-Sunnah wal-Jumaah;iaitu golongan terbanyak orang-orang Islam.Mereka berpendapat bahawa Allah menjadikan kuasa dan kemahuan serta perbuatan manusia,tetapi berlakunya sesuatu itu adalah menurut usaha ikhtiar manusia sendiri serta berbetulan dengan keizinan Allah kepadanya.Mereka itu berpendapat demikian ialah kerana berpegang kepada maksud firman Allah yang bermaksud:
“Kamu tidak menghendaki kiranya disertai oleh kehendak Allah.”
“Dan Allah jualah yang menjadikan kamu dan juga apa yang kamu buat.”
Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia mempunyai kehendak dan kuasa untuk memilih sesuatu perbuatan bagi dirinya,walaupun perbuatan itu dijadikan oleh Allah juga.Kuasa ikhtiar telah menjadi tabiat manusia,dengan sebab itu mereka bertanggungjawab di atas amalannya dalam sempadan kuasa yang diberikan oleh Allah.Tegasnya manusia sendirilah yang menentukan kea rah manakah yang merka kehendaki.
Walaubagaimanapun,tanggungjawab itu tidak terkeluar dari takluk undang-undang Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali itu.Waallahu’alam.(Bersambung).

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;