Khamis, 3 Disember 2009

Pembicaraan Qadha Dan Qadar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Larangan Membicarakannya
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa masalah Qadha dan Qadar ini adalah sangat rumit dan boleh membawa kepada tergelincir I’tikad jika tidak diawasi benar-benar dalam membahaskannya.Rasulullah pernah melarang para sahabat daripada membicarakannya,sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Apabila dibentangkan masalah Qadar maka hendaklah kamu mendiamkan dirimu”.
Dalam pada itu di antara ulama’-ulama’ itu ada yang berpendapat bahawa maksud larangan itu ialah menegah membicarakannya dengan berlebih-lebihan,dan ada pula yang mengatakan bahawa maksud itu ialah menegah membicarakan rahsia-rahsia Qadha dan Qadar yang diluar sempadan atau batasan akal manusia.
Namun demikian bukanlah bererti kita tidak boleh membicara langsung untuk kesempurnaan iman dan keyakinan hati.Berikut ini akan dibicarakan masalah ini secara sepintas lalu sahaja.
Peraturan Sebab Akibat
Pra ulama’ dan ahli kalam(Tauhid) pada umumnya berpebdapat bahawa yang dimaksudkan dengan ketetapan Allah yang azali itu ialah segala sifat dan tabiat yang menjadi ‘SEBAB’ bagi berlakunya satu-satu perkara,yang mana dari ‘sebab-sebab’ itulah lahirnya ‘akibat’ atau kejadian benda.Adapun ‘sebab-sebab’ bagi berlakunya sesuatu itu adalah tetap dan tidak mungkin berubah pada bila-bila masapun,bahkan ia merupakan peraturan tetap bagi alam.Peraturan inilah yang dikatakan Qadar.Kemudian segala sesuatu yang berlaku sebagai hasil dari perkaitan satu sebab dengan yang lain itu dikatakan ‘Qadha’ atau pelaksanaan di atas peraturanyang telah ditetapkan itu.
Misalnya:satu biji benih yang baik,tabiatnya boleh tumbuh bila diletakkan di atas tempat yang lembab,tetapi jika diletakkan pada tempat yang kering atau diatas batu yang pejal tentu sekali ia tidak tumbuh,kerana di sana tidak ada “daya menumbuh” atau “sebab” yang menggerakkan benih itu tumbuh.Demikianlah seterusnya.
Tegasnya,beriman kepada Qadha dan Qadar ialah mempercayai bahawa Allah telah mengadakan peraturan ‘sebab’ dan ‘akibat’ (Cause and effect) bagi sesuatu benda dan segala yang berlaku itu adalah hasil dari pertemuan atau persentuhan sebab dengan sebab lain yang melahirkan Qadha Allah samaada berhasil ataupun tidak,yang mana sekaliannya itu dikatakan Qadha belaka.
Di samping itu hendaklah diyakini bahawa pengetahuan Allah itu meliputi segala sesuatu dan kekuasaanNya mengatasi sekalian makhluk dan semuanya itu tunduk kepadaNya.
Mengubah Qadar
Bolehkah diubah Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah itu?
Sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu bahawa Qadar itu ialah peraturan-peraturan yang menjadi sebab bagi berlakunya sesuatu perkara,sebagaimana dalam contoh yang lalu.Dengan demikian dapatlah difahamkan bahawa Qadar itu boleh berubah dengan satu Qadar yang lain atau berubah sebab dengan sebab juga.
Bagaimana pula halnya dengan Qadha?
Sebenarnya yang dikatakan Qadha itu ialah sesuatu yang telah sempurna dan telah terlaksana wujudnya.Ibarat sebatang anak panah yang telah dilepaskan dari busurnya,maka sudah tentu tidak akan balik semula.
Dalam pada itu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan terberubah Qadha melainkan dengan doa.Hanya doa sahajalah yang dapat mengubah Qadha itu”.
Sayyidina Umar pernah menjelaskan sikapnya dalam membezakan di antara Qadha dan Qadar,ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Abu U’baidah mengenai penyakit taun di negeri Syam.”Adakah tuan hamba hendak lari daripada Qadha Allah,wahai Sayyidina Umar?” Jawab baginda:”Saya lari daripada Qadha Allah kepada Qadarnya.”
Di sini jelasnya Sayyidina Umar telah faham bahawa lingkungan Qadar itu lebih luas daripada Qadha,sedangkan penyakit taun itu perkara yang masih belum pasti atau belum termasuk ke dalam lingkungan Qadha lagi
Ajal Dan Doa
Ajal itu ialah tempoh mati bagi sesuatu yang hidup.Ajal inipun termasuk dalam erti Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.Dengan sebab itu para ulama’ telah membahagikan ajal itu kepada dua bahagian;iaitu:
1.Ajal mubram,iaitu ajal umum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tiak boleh diubah-ubah,sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati”
(Surah Ali Imran:Ayat 185)
2.Ajal muallaq iaitu ajal tadak tetapyang bergantung kepada keadaan dan sebab bagi berlakunya.
Jelasnya ajal itu boleh berubah dengan cara persesuaian sebab dengan musabab,terutamanya dengan cara doa sebagaimana yang telah diterangkan oleh Hadis Nabi tadi.Waallahua’lam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;