Khamis, 3 Disember 2009

3.Abu Ja’afar Al-Mansur [136-158 Hijrah (754-775 Masihi)]

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Pengenalan Diri Dan Peribadinya
Nama sepenuhnya ialah Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas;dan lebih terkanal dengan panggilan Abu Ja’afar.Ibunya seorang bekas hamba bernama Salamah.
Beliau ialah Khalifah ‘Abbasiah yang kedua dan saudara tua kepada as-Saffah,lahir di wilayah al-Hamimah tahun 101 Hijrah.Beliau turut sama berjuang dengan as-Saffah sehingga tercapainya cita-cita untuk merebut kuasa dari kaum Umaiyah.
Abu Ja’afar adalah seorang pemerintah yang bijaksana,cekap dalam mengendalikan pemerintahan dan sentiasa mengambil berat terhadap rakyat jelata.Beliau membahagikan masa kerjanya seperti berikut:
1.Pagi;untuk mengatur urusan pemerintahan Negara.
2.Petang;untuk mengatur urusan rumahtangga dan kehidupannya.
3.Malam;untuk menyemak urusan ketenteraan dan keselamatan Negara.
Pemerintahannya
Pada masa mula-mula beliau memegang teraju pemerintahan,kedudukannya tidak begitu kuat dan kerajaannya tidak teguh,kerana banyak ancaman dari musuh-musuh yang sangat ditakutinya.Di antara musuh yang mengancam pemerintahannya ialah:
1.Pemberontakan Abdullah bin Ali bapa saudaranya sendiri.
2.Pemberontakan kaum Alawiyeen.
3.Penentangan Abu Muslim al-Khurasani.
Tetapi dengan kebijaksanaannya sekalian musuh-musuh itu dapat dihapuskan dan Negara kembali pulih dan aman semula.Dengan demikian dapatlah beliau menumpukan segenap daya dan usahanya untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan membina Negara,oleh kerana kejayaannya yang besar itu maka beliau digelarkan “al-Mansur”ertinya yang beroleh kejayaan.
Peristiwa Pemberontakan Abdullah Bin Ali
Abdullah bin Ali ialah bapa saudara al-Mansur sendiri yang telah bangun memberontak dan menentang kerajaannya.Beliau adalah bekas kepala perang ‘Abbasiah yang masyur dan mempunyai pengaruh yang besar pula.Semua angkatan tentera di Khurasan,Mosul dan Syam adalah terlatak di bawah kekuasaannya.Dengan sebab itu adalah haknya dan tidak mengakui Khalifah al-Mansur.Maka dengan jasa Abu Muslim pemberontakan itu dapat dihapuskan dan Abdullah sendiri telah tertawan dan dipenjaranya sampai mati.
Penentangan Abu Muslim Al-Khurasani
Abu Muslim ialah panglima ‘Abbasiah yang gagah berani dan mempunyai pengaruh yang besar.Bahkan boleh dikatakan Negara ‘abbasiah itu terdiri kerana kegiatan dan kesungguhannya.Tetapi beliau tidak begitu mematuhi kepada perintah-perintah Abu Ja’afar dan kerapkali pula mengingkarinya.Khalifah al-Mansur merasa curiga dengan pengaruhnya itu dan beliau tidak mengingini ada orang-orang yang menandinginya dalam pemerintahan Negara.Oleh itu baginda selalu mencari jalan untuk melenyapkan panglima ‘Abbasiah yang berpengaruh itu.Maka dengan tipu muslihatnya al-Mansur Berjaya menghapuskan Abu Muslim dan dengan itu teguhlah kedudukan pemerintahan baginda.
Pemberontakan Kaum Alawiyeen
Ketakutan al-Mansur yang paling besar lagi ialah kepada kaum Alawiyeen yang sememangnya tidak berpuas hati dengan kekuasaan yang dipegang oleh Bani ‘Abbasiah itu.Sedangkan dahulunya mereka bekerjasama dan berganding bahu atas nama Bani Hasyim untuk menjatuhkan kaum Bani Umaiyah.Tetapi setelah cita-cita itu tercapai lalu disingkirnya kaum Alawiyeen dan diutamakan Bani ‘Abbasiah sahaja.Dengan sebab itu bangkitlah seorang dari kaum Alawiyeen itu bernama Muhammad bin Abdullah lalu mengangkatkan dirinya menjadi Khalifah di Hijaz tahun 145 Hijrah dan diakui oleh penduduk-penduduk di sana.Setelah Khalifah al-Mansur mengetahui hal itu beliau manghantarkan angkatan tentera untuk menghancurkan pengaruh Muhammad bin Abdullah itu.Akhirnya beliau berjaya melenyapkan musuh-musuh itu dan keamanan Negara pulih semula.
Pemisahan Sepanyol
Ketika Khalifah al-Mansur sedang sibuk dengan pemberontaka-pemberontakan di sebelah timur,maka negeri Sepanyol telah sempat memisahkan dirinya dari kerajaan pusat di Baghdad,dengan usaha Abdul Rahman bin Muawiah (Abdul Rahman ad-Dakhili) yang telah sempat melarikan diri ketika kerajaan ‘Abbasiah menyapu bersih sekalian keturunan Umaiyah,lalu mendirikan kerajaan Umaiyah yang kedua disana tahun 138 Hijrah (757 Masihi).Khalifah al-Mansur tidak berbuat apa-apa terhadap negeri Sepanyol itu,kerana terlampau jauh dari pusat pemerintahan ‘Abbasiah.Dengan demikian maka berdirilah negeri Umaiyah di sana dan berkekalan hingga kira-kira 8 abad lamanya.
Pengaruh Farsi Dalam Pemerintahan
Mulai dari zaman pemerintahan al-Mansur ini pengaruh Farsi telah berkembang dengan jelasnya dalam pemerintahan Negara,hingga kebanyakkan daripada Khalifah-khalifah ‘Abbasiah itu meniru adat istiadat dan peraturan-peraturan yang dipakai oleh Raja-raja Farsi purbakala.Sebaliknya dengan itu pula pengaruh Arab mulai lenyap sedikit demi sedikit hhingga akhirnya kuasa pemerintahan Islam itu di pegang sepenuhnya oleh orang-orang Farsi.
Jasa-jasa al-Mansur
Diantara jasa-jasa yang telah dibuat oleh al-mansur itu ialah:
1.Mendirikan kota Baghdad pada suatu tempat yang letaknya tidak jauh dari laut,di mana Sungai Daljah dan Sungai Furat.Kota ini dibangunkan dalam tahun 762 Masihi dengan mengguna tenaga kira-kira 100ribu orang tukang dari bangsa-bangsa Rome,Farsi,India,Arab dan lain-lainnya.Pembinaan itu dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun.Di tengah-tengah kota tersebut terdapat sebuah istana yang cantik lagi menarik diberi nama al-Khalid dengan sebuah dewan besar yang mempunyai menara yang cantik setinggi 130 kaki.
2.Menggiatkan usaha-usaha menterjemahkan buku-buku pengetahuan dari kebudayaan asing ke bahasa arab,untuk dijadikan bahan kajian orang Islam.
3.Mendirikan sebuah sekolah tinggi sebagai gudang pengetahuan yang diberi nama “Baitul Hikmah”.Usahanya itu telah menjadikan kota Baghdad sebagai Ka’abah ilmu pengetahuan dan peradapan Islam.Hingga dengan itu lahir beberapa orang pujangga,pengarang dan penterjemah yang pandai,termasuk Ibnu Muqaffak yang menterjemahkan buku Khalilah dan Dimnah dari bahasa bahasa Farsi.
4.Membina pelabuhan besar di Sungai Farsi untuk persinggahan kapal-kapal dagang dari luar.
5.Membaiki dan menyusun semula perjalanan pentadbiran Negara dan menjimatkan kewangan Negara,menjadikan Negara penuh dengan kekayaan.
6.Memajukan cara pertanian,menjadikan Negara mendapat hasil yang mewah sekali.
Kemangkatan al-Mansur
Setelah menjalankan pemerintahan Negara selama 22 tahun lebih maka pada 7 Zulhijjah tahun 158 Hijrah (775 Masihi) al-Mansur mangkat sewaktu beliau dalam perjalanan ke Makkah kerana menunaikan fardhu Haji.Beliau mangkat di suatu tempat bernama “Bikru Maunah” dalam usia 57 tahun lebih.Jenazahnya dimakam di Makkah.
Khalifah Al-Mahadi Bin Al-Mansur 158 – 169 H.(775 – 785 M)
Pengganti al-Mansur ialah puteranya bernama Muhammad al-Mahadi.Beliau adalah seorang yang lemah-lembut dan pemerintahannya terkenal sebagai zaman peralihan dari zaman kekerasan kepada zaman lemah-lembut dan sederhana.
Al-Mahadi memang bertuah dalam hidupnya.Kerajaan yang dipusakai dari ayahandanya adalah sebuah kerajaan yang kuat dan teguh.Tidak banyak kemajuan yang di buat pada masanya selainnya dari mengekalkan keaadaan yang telah sedia ada.Beberapa serangan keluar negeri telah dilakukan iaitu:
1.Serangan balas ke atas tentera Rome yang telah melanggar sempadan Islam di Syria tahun 163 Hijrah telah dilakukan.Tentera Islam yang dipimpin oleh puteranya Harun al-Rasyid dengan dibantu oleh panglima Khalid bin al-Barmaki Berjaya menguasai benteng Samala,iaitu sebuah kubu terkuat Rome di Asia Kecil.Dalam tahun 165 Hijrah sekali lagi negeri Rome itu diserang dan tentera Islam telah mara hingga ke Selat Bosporus.Ratu Irene,Pemangku Maharaja Constantine yang ke-4 terpaksa membayar ufti kepada kerajaan Islam sebanyak 90ribu Dinar tiap-tiap tahun.
2.Tentera Islam juga melakukan serangan ke sebelah timur dengan memasuki tanah Hindustan tahun 159 dan melakukan pertempuran sengit.Mereka membakar kuil-kuil dan patung-patung berhala di sana.
Al-Mahadi mangkat pada 22 Muharram tahun 169 Hijrah (785) dan sebelum mangkat beliau telah berpesan supaya menyerahkan pangkat khalifah itu kepada dua orang puteranya,yag petama al-Hadidan yang kedua kepada Harun al-Rasyid.Waallahu’alam.(Bersambung).


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;