Sabtu, 19 Disember 2009

Arrifqu(Belas Kasihan)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Belas kasihan,lemah-lembut itu merupakan buah daripada husnul khuluq(budi pekerti yang baik).Sebaliknya bengis adalah buah dari ghadab(marah-marah).Memang budi pekerti itu belum dapat dinamakan bagus yang sebenar-benarnya sebelum dapat menahan kekuatan ghadab,lalu ghadab itu dipimpin sehingga pada batas yang semestinya.Sebabnya,kerana seseorang manusia itu apabila terlampau sangat sifat ghadabnya ataupun seseorang yang tidak mempunyai sifat ghadab samasekali,maka pasti tidak akan baik akibatnya.Oleh sebab itu,ghadab harus dipimpin oleh ajaran agama,sehingga sedang dan tepat menurut keperluan dan keadaan.
Adapun sifat belas kasihan itu sangat dipuji sekali oleh Rasulullah S.A.W,sebagaimana yang disabdakannya yang bermaksud:

"Jikalau Allah mencintai sesuatu keluarga rumah,maka Allah memasukkan sifat rifqa(belas kasihan)dalam hati anggota-anggota keluarga rumah itu".

Juga beliau pernah bersabda kepada Saiyidah Aisyah r.a. yang bermaksud:

"Hendaklah engkau menetapi sifat belas kasihan,kerana sesungguhnya ia tidak memasuki sesuatu,melainkan pasti akan merupakan cela baginya".

Sekalipun demikian,sifat keras itu adakalanya bermanfa'at juga serta baik dilakukan pada sesuatu sa'at yang diperlukan,tetapi hendaknya pula dibatasi sesuai dengan yang diajarkan oleh agama Islam.Misalnya ialah dalam menghadapi orang kafir yang berniat hendak merobohkan atau mengotori kesucian agama Islam.Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"(Kaum Mukminin yang beserta Nabi itu)sifatnya ialah keras terhadap kaum kafirin dan saling kasih-mengasihi terhadap sesama kaum Muslimin".
(Surah Al-Fath:Ayat 29)

Jadi kita sebagai umat Islam hendaklah berfikir apa yang telah kita lakukan,adakah ianya betul dengan kehendak agama ataupun tidak.Fikir-fikirkanlah ia.Sekian.Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;