Khamis, 3 Disember 2009

3.Kepercayaan salah mengenai Qadha dan Qadar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Amalan-amalan Salah
Di kalangan orang-orang Islam di Negara Malaysia khasnya dan di Negara-negara lain juga terdapat banyak amalan-amalan dan fahaman-fahaman yang salah berhubung dengan kepercayaan Qadha dan Qadar.Di antaranya:
1.Mereka menyerah bulat-bulat segala untung nasib kepada Allah tanpa sebarang usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan satu-satu kebaikan atau menjauhkan satu-satu kejahatan.
2.Mereka menganggap bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan sebab ketetapan azali dan suratan takdir semata-mata dan tidak berguna lagi apa-apa ikhtiar dan usaha seperti berpegang kepada pepatah:”Kalau rezeki secupak takkan jadi segantang.” Dan sebagainya.
3.Mereka meletakkan kesalaha kepada takdir bila berlaku sesuatu kejahatan atau mendapat kesusahan dengan mengatakan “Apa boleh buat saya sudah ditakdirkan nak jadi jahat atau susah” dan sebaliknya.
4.Mereka membuat dalihan dengan takdir bila cuai melakukan satu-satu suruhan atau kebaikkan,seperti kata:”Belum ada takdir Tuhan untuk berbuatnya sekarang” atau “belum sampai seru” dan lain-lainnya.
Segala kepercayaan atau fahaman seperti itu adalah bertentangan dengan pengajaran Agama Islam yang sebenar kerana ia boleh membawa kepada kelemahan dan kemunduran hidup.Sedangkan pengajaran Islam yang sebenarnya ialah memandu manusia ke arah kemajuan dan kebaikkan hidup.Oleh itu jauhilah kita daripada pegangan atau kepercayaan-kepercayaan yang salah itu.
Menolak Tuduhan Kelemahan Islam
Musuh-musuh Islam selalu memburukkan Islam dan mengatakan bahawa kelemahan dan kemunduran orang-orang Islam adalah berpunca dari kepercayaan mereka kepada Qadha dan Qadar serta sikap tawakkal.
Tuduhan-tuduhan sedemikian adalah tidak benar sama sekali,bahkan bertentangan dengan tujuan Allah menyuruh manusia mempercayainya.Tuduhan itu dibuat semata-mata kerana berdasarkan kepada kehidupan orang-orang Islam yang kebetulan berada dalam kelemahan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Agama Islam supaya meninggal ugama yang benar.
Kelemahan orang-orang Islam sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kepercayaan mereka kepada Qadha dan Qadar,bahkan perkara itu mungkin berlaku kerana salah faham dan kekeriluan mereka mengenai Qadha dan Qadar.Mereka juga salah memahamkan kalimah tawakkal dengan erti berserah bulat-bulat kepada Allah tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.Lagipun kejadian seperti itu bukan sahaja berlaku di kalangan orang-orang Islam sahaja bahkan juga di kalangan orang-orang yang bukan beragama Islam.
Beriman dengan Qadha dan Qadar bukanlah bererti menyuruh seseorang itu berdiam diri dan berpeluk tubuh untuk menunggu nasib dan takdir semata-mata.Malah sebaliknya mendorongkan seseorang itu berusaha dengan lebih giat lagi,untuk mencari kedudukan yang lebih baik,kerana masa depan mereka masih gelap dan belum tentu samaada baik atau buruk.Adakah seorang yang merasa dirinya berada dalam bahaya itu masih mahu berdiam diri lagi?Tentu sekali tidak.Malah sebaliknya ia mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan yang selamat.
Erti Tawakkal
Erti tawakkal ialah berserah kepada Allah mengenai satu-satu perkara setelah melakukan segala daya dan usaha yang sewajar.
Misalnya:Seorang petani yang telah bersungguh-sungguh mengerjakan sawahnhya,kemudian menyerahkan kepada Allah untuk memberikan hasil pertaniannya itu,maka itulah dikatakan tawakkal.
Ugama Islam menghendaki supaya penganut-penganutnya sentiasa bertawakkal kepada Allah dalam pekerjaan-pekerjaan mereka.Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Apabila kamu sudah berazam penuh maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah,kerana sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertawakkal”.
(Surah Ali Imran:Ayat 159)
Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:
“Daripada Ibnu Umar r.a,aku mendengar Rasulullah S.A.W. berkata:Jika kamu sebenar-benar bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan member rezeki kepada kamu sebagaimana yang diberiNya kepada burung-burung yang keluar pagi dengan perut kempis dan pulang waktu petang dengan perut kenyang dan penuh berisi.”
Dari ayat al-Quran dan hadis di atas dapatlah ditegaskan bahawa konsep tawakkal yang dikehendaki oleh Islam itu bukanlah bererti berserah bulat-bulat atau berpeluk tubuh menunggu takdir semata-mata bahkan ia mesti berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana burung yang terbang jauh untuk mendapatkan rezeki dari Tuhan itu.
Orang-orang yang benar-benar bertawakkal kepada Allah akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak akan merasa putus asa dalam pekerjaannya,bahkan akan berusaha dengan lebih giat lagi jika usahanya tidak berjaya.Waallahua’lam.(Bersambung).

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;