Ahad, 20 Disember 2009

Kazhmul Ghaizh(Menahan Marah)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Dan bersegeralah untuk mencari pengampunan dari Tuhanmu dan memperoleh syurga yang luasnya adalah seluas semua langit dan bumi,disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.Iaitu orang-orang yang menafkahkan(hartanya)dalam keadaan lapang(banyak rezeki)dan kesukaran(kurang rezeki)dan juga orang-orang yang dapat menahan marahnya dan pula yang gemar memberikan maaf kepada para manusia.Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat baik".
(Surah Ali-Imran:Ayat 133-134)

Menilik isi ayat yang tercantum diatas itu bahawa orang yang tidak dapat menahan marahnya itu masih belum sempurna ketaqwaannya kepada Allah S.W.T,juga dapat diketahui betapa banyaknya pahala yang akan diterima oleh rang-orang yang bertaqwa itu.Kecuali itu Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menahan marahnya,maka Allah menahan siksa yang akan diberikan kepadanya dan barangsiapa yang mengemukakan uzurnya kepada Tuhannya,maka Allah pasti menerima keuzurannya itu dan barangsiapa menyimpan lisannya(tidak berbicara jikalau tidak perlu),maka Allah selalu menutup celanya".

Juga sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Orang yang terkuat menahan diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya ketika ia sedang marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberi maaf ketika ia kuasa(apabila ingin memberikan pembalasan)".

Jadi berpada-padalah ketika marah,kawal dengan semolek-moleknya.Waalahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;