Khamis, 3 Disember 2009

4.Kepercayaan Yang Karut

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Perkara Khurafat
Di kalangan penganut-penganut Islam sekarang pada umumnya masih banyak terdapat kepercayaan-kepercayaan salah dan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan pengajaran Islam yang sebenar.Perkara-perkara yang sedemikian di sebut “Khurafat” atau karut-marut.
Di antara perkara-perkara khurafat itu ialah:
1.Kepercayaan kepada roh-roh halus seperti hantu,jembalang,atau polong yang boleh merosak dan mengenakan sesuatu penyakit atau kesusahan.
2.Kepercayaan kepada tempat-tempat keramat dan berpuaka.
3.Perbuatan menyemah pantai keana menghalau syaitan.
4.Mengadakan upacara mandi Safar kerana tolak bala dan sebagainya.
5.Mempercayai ada burung-burung malam yang bersuara sebagai membawa berita buruk dan sebagainya.
Kepercayaan kepada roh-roh halus ialah mereka percaya bahawa ada sejenis makhluk halus yang mempunyai kuasa dan kebolehan-kebolehan yang luar biasa untuk mengenakan manusia dengan bermacam-macam seperti sakit atau pengsan setelah dirasuk atau digodanya.Makhluk-makhluk halus itu ada diberi nama-nama tertentu,seperti:hantu,pelesit,dan lain-lainnya.Apakala berlaku satu-satu kejadian marasuk atau sebagainya maka satu upacara menghalaunya mestilah dibuat dengan menerusi pawang-pawang,iaitu dengan membuat pemujaan-pemujaan dengan sembelihan-sembelihan tertentu melalui upacara membuang ancak dan sebagainya.
Kepercayaan kepada tempat keramat dan puaka pula ialah mereka percaya bila seorang alim dan salih mati maka kubur mereka akan jadi keramat dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu dalam menyembuhkan penyakit,menyampaikan hajat dan menunjukkan nombor-nombor yang dikehendaki.Dengan sebab itu kubur-kubur mereka itu dikunjungi dan di sana mereka mengadakan kenduri kerana membayar niat atau memohon hajat.Demikian juga dengan pokok-pokok besar yang dianggap berpuaka dan berpenunggu.
Seterusnya perbuatan menyemah pantai kerana menghalau syaitan yang dikatakan mengganggu usaha-usaha di laut seperti tidak mendapat banyak ikan atau laut sentiasa bergelora dan sebagainya.Pawang-pawang adalah memainkan peranan yang penting dalam menjalankan upacara itu.
Perkara air safar dan mandi safar ialah mereka percaya bahawa pada hari Rabu yang akhir bulan Safar tiap-tiap tahun akan diturunkan banyak bala.Maka cara untuk menjauhinya ialah dengan meminum sejenis air yang telah dijampi pada malamnya,iaitu disebut “Air Wafak” atau dengan mandi di tepi-tepi pantai pada hari tersebut.
Segala kepercayaan dan amalan seperti adalah bertentangan dengan pengajaran Islam yang sebenar,dan dilarang keras daripada mempercayai dan melakukannya.
Sebab Larangan
Adapun sebab-sebab larangan tersebut ialah:
1.Perbuatan seperti itu merupakan syirik kepada Allah,kerana ia menyamakan kuasa makhluk dengan kekuasaan Allah.
2.Kepercayaan-kepercayaan itu boleh menyekat kebebasan berfikir manusia kerana akibat takut terlanggar adat dan sebagainya.
3.Boleh menghalang kemajuan manusia,kerana ia tidak boleh disesuaikan dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan sains.
4.Mudah menjadi putus asa dan hilang pedoman bila menghadapi satu-satu kegagalan.
Oleh yang demikian jauhilah kepercayaan yang salah itu dan anutilah kepercayaan-kepercayaan yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Apa sahaja yang disampaikan oleh rasul,maka hendaklah kamu menerimanya,dan mana-mana yang ditegahnya maka hendaklah kamu menjauhinya”.
Waallahu’alam.(Bersambung).


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;