Khamis, 3 Disember 2009

Poligami Di Dalam Islam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Bukan Islam sahaja yang memperundangkan poligami bahkan menjadi suatu tradisi yang diamalkan oleh manusia semenjak berzaman lagi,amalan ini berkekalan hingga kemasa sekarang.
Dizaman tamadun Fir’aun dahulu kita dapati mereka menjalankan amalan ini dengan luas,setengah daripada raja-raja mereka berkahwin dengan sewenang-wenangnya tanpa batasan dan agama mereka tidak melarangnya.
Demikian juga orang-orang Yahudi berkahwin tanpa batasan,dan ini dianggap amalan yang harus di kalangan bani-bani mereka itu iaitu puak bani Israel dan juga raja-raja mereka berkahwin lebih daipada seorang.Tetapi telah menjadi tradisi bagi puak Nasrani sejak dari mula lagi mereka memandang jijik kepada berkahwin dan kepada orang-orang yang berkahwin.Mereka lebih mengutamakan hidup “Kependitaan”(al-Rabbaniah).
Timbulnya trdisi ini barangkali meniru Nabi Isa a.s yang tidak sempat berkahwin atau disebabkan oleh faktor-faktor yang lain seperti berkecimpung penuh didalam ibadat,hingga sekarang ini paderi-paderi besar Katolik masih mengamalkan hidup rahbaniah seterusnya mereka memandang jijik kepada orang-orang berkahwin lantaran keinginannya kepada nafsu kejantinaan.
Dalam zaman jahiliah dahulu memang poligami menjadi tradisi hidup,mereka mengamalkan perkara itu dengan sewenang-wenangnya baik dalam kalangan masyarakat yang bertamadun ataupun tidak.Islam menyedari hakikat ini dan kedatangan Islam ialah untuk memperbuat perubahan dan perbaikan didalam urusan hidup manusia iaitu memperbaiki keadaan yang tidak sihat supaya dapat menjaminkan kebahagiaan kepada manusia dan sebaliknya untuk menghindarkan daripada keburukkan.Maka Islam tidak mengharamkan langsung dan sebaliknya tidak membiarkan menular dengan luas tanpa syarat seperti yang pernah berlaku di zaman dahulu.Jadi Islam memperbaiki amalan itu supaya ia dapat menyempurnakan muslihat umum di samping dapat menghindarkan kesusahan daripada masyarakat manusia,maka tindakan yang diambil oleh Islam ialah seperti berikut:
1.Membataskan bilangan isteri-isteri iaitu tidak harus berkahwin lebih daripada empat orang.
2.Syarat bagi poligami ialah sanggup menjalankan keadilan diantara isteri-isteri.
3.Jika seorang lelaki merasa khuatir yakni tidak sanggup menjalankan keadilan hendaklah ia berkahwin dengan seorang perempuan sahaja.Hukum ini diambil daripada firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil(diantara isteri-isteri kamu)maka(berkahwinlah dengan)seorang sahaja,atau (pakailah)hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.”
(Surah An-Nisa:Ayat 3)
Ini bukanlah bermakna membolehkan seseorang itu berkahwin ramai dahulu kemudian baru diuji,adakah ia sanggup melakukan keadilan ataupun tidak?Jika ia sanggup teruslah ia menjalankan poligami dan jika sebaliknya ia menceraikan mereka dengan mengekalkan seorang isteri sahaja,tetapi maksud yang sebenarnya ialah menyuruh orang-orang yang ingin melakukan keharaman yang dilarang oleh Allah Ta’ala.
Allah menyebut Khauf(takut)dua kali didalam ayat ini seolah-olah Allah mengarahkan bimbingan kepada orang yang mempunyai perasaan tanggunjawab supaya sentiasa berhati-hati terhadap undang-undang Allah.Apabila larangan itu diserahkan kepada hati nurani manusia maka kebenaran poligami itu adalah terikat dengan syarat-syarat atau keadaan-keadaan yang tertentu.Tetapi malangnya kebanyakkan orang-orang yang mengamalkan perkara ini melihat kepada satu segi sahaja iaitu segi firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan berkahwinlah kamu menurut apa yang sesuai bagi kamu terhadap perempuan-perempuan,samaada dua,tiga dan empat.”
(Surah An-Nisa:Ayat 3)
Ia tidak meneliti perkataan sebelum dan selepasnya terhadap syarat-syarat dan keadaan-keadaan yang dikenakan oleh syara’.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan jika kamu takut tidak menjalankan keadilan(berbilang isteri)hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.”
(Surah An-Nisa:Ayat 3)
Ini bererti bahawa beristeri lebih seorang di dalam keadaan melakukan kezaliman adalah haram.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.”
(Surah Ar-Rum:Ayat 21)
Maka dengan perkahwinan itu dapatlah dicantumkan yang jauh menjadi dekat dan seterusnya untuk menjalinkan perasaan kasih sayang diantara satu sama lain.Itulah rahsia perkahwinan yang tulen yang membuahkan kesan-kesan yang baik didalam masyarakat.
Diantara keadaan yang munasabah yang membolehkan lelaki berpoligami misalnya seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang perempuan,isteri itu mandul tidak melahirkan anak.Maka keadaan seperti ini adalah wajar berkahwin seorang lagi untuk mencari keturunan.Jika tidak dibenarkan berkahwin dalam keadaan seperti ini tentulah ia tidak dapat melihat keturunan buat selama-lamanya,maka syari’at Islam yang luas itu tidak membenarkan kearah keadaan sempit ini berlaku.
Di antara keadaan yang darurat ialah seorang yang berkahwin,tiba-tiba di dalam perkongsian hidup itu isterinya sakit yang lama atau tidak dapat memenuhkan kehendak tabi’I manusia.Apakah tindakan yang hendak dilakukan untuk mengatasi kesulutan ini,jika tidak di benarkan berkahwin lebih daripada seorang?
Agama Islam yang suci mahu membentuk masyarakat yang bersih,sebaliknya tidak ingin samasekali melihat moral lelaki dan perempuan dikotori.Maka Islam membenarkan kepada suami yang telah mempunyai isteri berkahwin dengan perempuan lain lagi jika ada sebab-sebab yang munasabah.
Diantara keadaan Agama Islamyang membenarkan poligami sebagai jalan penyelesaian yang praktik ialah kekurangan nisbah pemuda daripada pemudi selepas berlaku peperangan,kerana pemuda ramai terkorban hingga bilangan pemudinya melebihi berganda daripada pemuda.Atau perempuan-perempuan yang lebih ramai itu,dan siapakah yang akan menanggung belanja hidup mereka?
Mungkin sebahagian perempuan dizaman ini boleh bekerja sendiri mencari nafkah hidup,tetapi masalahnya bukanlah setakat makan dan minum sahaja,akan tetapi masalah perlindungan bagi kaum perempuan yang mana memerlukan suami yang melindungi keselamatannya.Waallahu’alam.



“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;