Khamis, 3 Disember 2009

Ijtihar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Sumber keempat dari sumber-sumber perundangan Islam ialah Ijtihad,ada ulama’ hukum yang mengistilahkan sumber keempat ini sebagai al-Rakyu.Ada pula yang mengistilahkannya sebagai al-Qias.Walau apapun yang diistilahkan namun semuanya mempersetujui bahawa ada sumber keempat dari sumber-sumber perundangan Islam namanya al-Ijtihad atau al-Rakyu atau al-Qias.
Ijtihad bererti berusaha sepenuh tenaga untuk mengeluarkan hukum-hukum syara’ dengan jalan menyedutnya berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah.
Bukan semua orang boleh mengeluarkan hukum syara’ secara berijtihad,seperti yang dimaksudkan dalam bahagian ini.Yang boleh hanya orang yang mempunyai syarat-syarat tertentu dan diakui oleh orang yang pakar dalam bidang ini.
Di antara syarat-syarat penting untuk menjadi seorang mujtahid atau seorang yang boleh mengeliarkan hukum tersebut,ialah orang yang benar-benar menguasai bahasa Arab dalam ertikata yang sebenarnya,memahami al-Quran dalam ertikata mengetahui ayat-ayatnya yang nasikh dan mansukh,mutlah dan muqayyad mubaiyin dan mubayyan.Am dank has dan sebagainya.Memahami hadis dengan betul dan boleh menelitinya dengan baik.Mengetahui kaedah-kaedah mengambil hukum,mengetahui masalah-masalah yang telah diijmakkan dan berbagai-bagai lagi.
Di zaman akhir-akhir ini ada orang-orang Islam yang secara spontan mengakui dirinya sebagai mujtahid.Sebenarnya untuk menjadi mujtahid tidaklah semudah yang didakwakan.Seluruh dunia Islam hari ini belum lahir seorang yang boleh dinamakan mujtahid yang sebenar.Mujtahid yang sebenar,sesungguhnya sudah lama tidak pernah timbul walaubagaimanapun mujtahid,mujtahid Islam yang terdahulu seperti Imam Hanafi,Maliki,Shafie,Hambali,al-Auzahi,At-Tabari at-Thauri dan lain-lain lagi,telah meninggalkan kepada kita perbendaharaan hukum atau pembendaharaan undang-undang yang amat banyak.Semua pembendaharaan itu boleh menampung keperluan hukum yang dihajati oleh masyarakat Islam hari ini amnya.Demikianlah serba ringkas sumber-sumber perundangan Islam yang dapat dibentangkan secara umum.
Sekilas Pandangan
Jika dipandang semula kepada sumber-sumber perundangan Islam keseluruhannya dapatlah dilihat secara sekilas pandangan,bahawa didalam Islam telah lengkap sempurna segala bidang hukum yang diperlukan oleh manusia.Sumber-sumber perundangan Islam adalah mencukupi bagi setiap zaman dan tempat jika ada meletakkan dihadapan kita;Al-Quran al-Karim dengan kitab-kitab tafsirnya,kitab-kitab hadis dengan segala syarah-syarahannya.Persoalan-persoalan feqah yang telah diijmakkan oleh ulama’-ulama’nya dari berbagai-begai cabang dan mazhabnya,dan segala kitab-kitab fiqh yang ada maka sudah tentu kita akan yakin bahawa segala-galanya telah lengkap sempurna.Perbendaharaan hukum-hukum Islam tidak akan lenyap dan luput selama-lamanya.Segala-galanya telah siap sedia untuk dilaksanakan.
Umat Islam seharusnya berbangga dengan reality hukum-hukum yang terdapat didalam Islam hasil kegigihan mereka dalam memelihara dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.Kita bukanlah hendak berbangga dengan sejarah silam secara melulu,tetapi sebenarnya untuk menyatakan bahawa setiap sesuatu yang berhubung dengan perundangan Islam telah disiapkan segala-galanya,umat Islam tidak kekurangan apa-apa dari segi bahan perundangan.Yang kurang hanya keazaman dan ketulusan tekad untuk melaksanakan sebagai suatu way of life,bagi direalisasikan di dalam masyarakat.
Kesempurnaan undang-undang Islam itu telah dinyatakan oleh Allah di dalam ayatnya:
“Di hari ini Aku sempurnakan bagi mu Agama mu dan Aku lengkapkan ke atasmu nikmatKu dan Aku redha Islam itu menjadi cara hidup mu.”
(Surah Al-Maidah:Ayat 3)
Waallahu’alam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;