Isnin, 14 Disember 2009

Pelik,Tapi Benar

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum..Alhamdulillahirabbil'alamin..bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana telah memberikan segala ni'mat,antaranya panca indera ini.Ianya dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita semua untuk kita membuat baik,sentiasa mengingati Allah,meyakini kekuasaan Allah dan lain-lain lagi.
Emm...Pelik tajuk hari ni kan...Mungkin belum sampai waktu lagi untuk saya cakap mengenai ini sekarang..Lagipun saya masih seorang pelajar...Mungkin banyak salahnya..Manalah tahu...Lagipun,manusia banyak membuat kesalahan.Samaada di sedari ataupun tidak.Yang disedari itu,bertaubatlah..Kerana kenapakah anda sudah tahu ianya adalah dosa,tapi masih melakukannya juga??..Yang tidak disedari itu,cuba-cubalah kita mengawasi diri kita supaya diri kita terselamat daripada berbuat dosa...Tetapi,kebanyakkan manusia hari ini,tidak hirau akan dosa atau pahala...Saya cukup peliklah dengan perangai diaorang nie...Ada telinga ke tak???!!!Ada otak ke tak???!!!Pelik!!!Pening!!!Hemmmm...Saya harap diaorang akan berubah dengan secepat yang mungkin,sebelum pintu taubat tertutup...Semoga diri kita semuanya terselamat dari apa je yang tidak betul itu dan perbuatan berdosa itu..
Emmm...Bercakap mengenai bercinta,ramai remaja ataupun orang dewasa yang sedang mengalami perasaan ini..Wslaubagaimanapun,ramai juga yang mati akibat ini,antaranya orang perempuan,lelakipun ada,tapi sedikit jerlah...Kerana,ramai orang lelaki nie yang suka mainkan perasaan wanita..Lau die yang kene macam tu macam mana??...Setengah orang perempuan ditipu oleh orang lelaki,dan ada juga setengah orang lelaki ditipu oleh orang perempuan.Apabila ditanya..Mesti ini jawapan diaorang.."Saya sayangkan die,tapi die just maenkan hati saya"..Dan menangis..Dan yang sesetengah yang lebih teruk..Bunuh diri kerana clash,mak tak menerimalah dan lain-lain lagi...
Tetapi,kenapakah anda berjanji jika ianya hanya janji palsu?Kita memberi harapan palsu kepada orang,apakah perasaan orang jika dia tahu yang semua itu adalah palsu semata-mata??Jadi...wahai pemuda-pemudi,usah berjanji jika kamu tidak tahu lagi(pasti) ianya akan terjadi..Dan yang mana-mana yang play boy dan play girls..Dah la..Usah mainkan hati,perasaan orang lagi kerana ianya akan memberi effect pada masa hadapan..Harap anda semua faham...
Ada jugak yang setengah tu couple just untuk dapat benda.Seperti,duit,topup,barang-barang dan lain-lain lagi..Yang lebih teruk lagi,ada juga yang couple just untuk membuat hubungan haram(berzina),ini yang dilarang..Sememangnya kita tahu bahawasanya couple ini haram kerana ianya menghampiri zina.
Apabila anda couple,anda akan semakin rapat,nak jumpelah(date),naek moto sekalilah,berpegang tanganlah dan macam-macam lagi.Inilah sebab kenapa couple itu haram,kerana apabila seseorang itu couple,dia akan berasa bebas,bebas untuk melakukan apa sahaja dengan pasangan dia.
Sama juga seperti masaalah tunang,ramai masyarakat kita pada hari ini salah anggap mengenai tunang.Die ingat apabila dah bertungan maka bebaslah nak bawak pergi mana-mana?Anggapan ini adalah salah..Maksud bertunang adalah menanada.Tanda yang bahawasanya gadis itu sudahpun dimiliki oleh orang lain.Dan orang lain tidak boleh mengahwininya.Itulah tentang tunang.Tetapi ramai yang salah sangka.Lain kali,belajalah,jangan ingat diri kita dah besar,maka tidak perlu untuk belajar?Tanggapan ini adalah salah.Berlajarlah kamu sehingga keliang lahad.Ada faham!!!!
Emmm...Saya tulis artikel ini hanya saja-saja,kerana pernah mengalaminya.Hehehehe..Ianya hanyalah pandangan peribadi..Luahan hati yang dilukai...Heheheh...Gurau jer...
Ok lah...Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;