Khamis, 3 Disember 2009

1.Negara Islam Bani ‘Abbasiah [132-232 Hijrah (750-848 Masihi)]

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Keluarga ‘Abbasiah
Nama ‘Abbasiah diambil dari perkataan al-‘Abbas iaitu nama bapa saudara Nabi.Beliau adalah seorang pembesar Bani Hasyim dan seorang yang sangat setia kepada junjungan Rasulullah.
Keturunan al-Abbas ini pada mulanya tidak berhasrat hendak menduduki takhta kerajaan.Dalam suasana perselisihan faham politik di antara keluarga U’maiyah dengan keluarga Alawiyeen (keturunan Saiydina Ali) mereka hanya memihak kepada kaum Alawiyeen dan bersikapmenolongnya sahaja.
Gerakan Untuk Berkuasa
Setelah lama berjuang menolong kaum Alawiyeen itu,maka akhirnya kaum ‘Abbasiah ini membuat gerakan untuk mendapatkan kekuasaan bagi keluarga mereka pula.Hal ini berlaku dalam tahun 98 Hijrah apabila seorang pemimpin Alawiyeen bernama Abu Hasyim yang telah jatuh sakit kerana termakan racun lalu menyerahkan pimpinan kaum Alawiyeen itu kepada Muhammad bin Ali,seorang pemimpin keluarga ‘Abbasiah yang terkenal pada masa itu.Pada peringkat permulaannya mereka tidak melahirkan nama ‘Abbasiah,bahkan mereka berselindung di sebaik nama Bani Hasyim,supaya pengikut-pengikut ‘Abbasiah tidak berpecah dengan pengikut Alawiyeen yang mana kedua-duanya itu dari keturunan Bani Hasyim belaka.
Pusat gerakan mereka yang terpenting ialah daerah-daerah Khurasan dan Kufah.Mereka nenilih kedua-dua tempat tersebut kerana kedudukannya yang jauh dari pusat pemerintahan kerajaan ‘Umaiyah di Damsyik.Lagipun kedua-dua tempat tersebut terdapat ramai rakyat yang bencikan kaum ‘Umaiyah,kerana kezaliman para pemerintahnya di sana.Mereka menjalankan gerakan tersebut dengan melantik penyeru-penyeru untuk mempengaruhi orang ramai supaya menyokong mereka.Penyeru-penyeru itu bertumpu ke daerah-daerah tertentu dengan berlagak sebagai saudagar yang membawa dagangan-dagangan kerana berniaga.Mereka menjalinkan gerakan itu dengan licin dan sangat teratur.
Selepas Muhammad bin Ali meninggal dunia,kuasa pimpinan diambil oleh anaknya yang bernama Ibrahim.Pada masa Ibrahim ini gerakan bersenjata kaum ‘Abbasiah menentang kaum Umaiyah mulai berlaku,iaitu kira-kira dalam 127 Hijrah dan berakhir dengan jatuhnya kerajaan itu dan terdirinya kerajaan ‘Abbasiah.
Terdirinya Kerajaan ‘Abbasiah
Semenjak pimpinan kaum Bani Hasyim dipegang oleh Muhammad bin Ali,maka perjuangan mereka untukmerebut kuasa dari kaum Bani Umaiyah mendapat sokongan yang hebat daripada orang ramai,terutamanya bangsa Farsi.Mereka sabgat bersimpati dengan kaum ‘Alawiyeen yang ditindas disepanjang masa oleh khalifah-khalifah Umaiyah.Keadaan itu menjadi labih besar lagi pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Gerakan kaum ‘Abbasiah yang dipimpin oleh Ibrahim bin Muhammad itu mendapat sokongan yang kuat dari seorang pemimpin di Khurasan yang bernama Abu Muslim al-Khurasani dan seorang lagi di Kufah bernama Abu Salmah al-Khalali.Abu Muslim telah Berjaya menubuhkan satu pasukan tentera yang kuat lalu melakukan rampasan kuasa di Khurasan dengan menawan bandar Merew,ibu kota daerah Khurasan dan menaikkan bendera yang berwarna hitam sebagai tanda lambing kerajaan ‘Abbasiah.
Khalifah Umaiyah yang memerintah pada masa itu ialah Maruan bin Muhammad.Beliau Berjaya menangkap Ibrahim bin Muhammad di Iraq berikutan satu surat rahsiayang dijumpai mengandungi arahan-arahan penting mengenai pemberontakan kepada Abu Muslim di Khurasan.Beliau di tahan dan dipenjarakan sampai mati.Setelah Ibrahim ditangkap maka kuasa pemimpin itu diambil oleh saudaranya Abdullah as-Saffah.Beliau bersama saudaranya Abu Ja’afar melarikan diri ke Kufah kerana melindungkan diri di sana.Kebetulannya tentera Abu Muslim sedang mara ke Kufah dan menawan bandar itu dari tangan kerajaan Umaiyah.Di situ mereka melantik Abdullah as-Saffah sebagai Khalifah ‘Abbasiah yang pertama pada 30 Oktober 749 Masihi (132 Hijrah).
Tentera ‘Abbasiah atu kemudiannya terus mara di bawah pimpinan bapa saudaranya Abdullah bin Ali dan Berjaya mengalahkan tentera Khalifah Maruan telah melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat dengan di kejar oleh tentera ‘Abbasiah hingga akhirnya tiba di Mesir dan mati terbunuh di sana.Peristiwa ini berlaku pada 27 Zulhijjah tahun 132 Hijrah bersamaan 15 Ogos tahun 750 Masihi.
Dengan tertawannya kpta Damsyik dan terbunuhnya Khalifah Maruan bin Muhammad itu maka tamatlah riwayat kerajaan Umaiyah dan terdirilah pula kerajaan ‘Abbasiah dengan as-Saffah sebagai khalifahnya yang pertama. Waallahua’lam. (Bersambung).


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;