Isnin, 14 Disember 2009

Bangga,Sombong Ciri Rakus Tercela

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Abul-La'its berkata:

"Rakus itu ada dua macam,rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik ditinggalkan"

Rakus tercela ialah yang sampai melupakan kewajipan terhadap Allah S.W.T atau mengumpulkan kekayaan untuk berbangga dan kesombongan.
Adapun yang tidak tercela iaitu tidak sampai meninggalakan kewajipan dan tidak bermaksud untuk kesombongan.Sebab antara sahabat juga ada yang kaya raya dan tidak dicela atau dilarang oleh Rasulullah S.A.W.
Abu-Darda menyebut,rakus yang tercela iaitu menyebabkan mengabaikan perintah dan kewajipan terhadap Allah.
Abu-La'its Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hafsah binti Umar berkata kepada ayahnya(Uamar):

"Sungguh Allah memberi kepadamu kebaikkan sebanyak-banyaknya,dan melapangkan ezekimu maka jika engkau makan yang lebih baik daripada makananmu yang biasa dan memakai lebih halus daripada pakaian biasa".

Umar menjawab:

"Saya akan mengajak engkau bertahkim kepada dirimu sendiri"

Lalu Umar mengingatkan keadaan Rasulullah S.A.W yang diketahui sendiri oleh Hafsah sehingga Hafsah menangis,kemudian Umar berkata:

"Saya mempunyai dua kawan,dan keduanya sudah menempuh jalan,maka jika saya menempuh jalan lain,maka tentu saya sampai kejalan lain yang bukan jalan kedua kawanku itu,demi Allah saya akan sabar mengikuti kehidupan keduanya yang rapat,semoga saya dapat mencapai kehidupan keduanya yang lunak dan puas".

Sekian.Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;