Khamis, 3 Disember 2009

Hubbuddunya(Cinta Dunia)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Dunia yang dimaksudkan di sini,bukanlah yang hanya berwujud harta itu belaka,tetapi apa saja yang menjadi isi dunia ini,baik berupa manusia,binatang,tumbuh-tumbuhan,emas,perak,berlian,intan dan lain-lain lagi.
Ada pertanyaan:Apakah semua itu wajib dibenci dan tidak boleh samasekali dicintai?
Jawapannya:Bukan demikian yang dimaksudkan,tetapi juga tidak boleh mencintainya dengan cara yang melampaui batas,sehingga melalaikan ibadat serta berzikir kepada Allah S.W.T.Untuk lebih menjelaskan apa yang dibahas lebih lanjut,terlebih dahulu,marilah kita kaji beberapa ayat dibawah ini.Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamu(Allah)menjadikan apa-apa yang diatas bumi ini sebagai hiasan untuknya,perlunya agar Kami dapat mencuba kepada manusia itu,siapakah diantara mereka itu yang terlebih baik amalannya".
(Surah Al-Kahfi:Ayat 7)
Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud:
"Telah dijadikan hiasan bagi seluruh manusia(yakni seluruh manusia itu diberi perasaan berhasrat atau bernafsu)untuk mencintai kesyahwatan-kesyahwatan kepada kaum wanita,anak-anak,kekayaan yang melimpah ruah dari emas dan perak,kuda yang bagus,binatang ternak dan sawah ladang.Yang sedemikian itulah merupakan kesenangan hidup di dunia".
(Surah Ali-Imran:Ayat 14)
Jadi,dunia yang bermksud ialah sebagaimana yang tersebut dalam dua ayat di atas itu.Samua itu mempunyai dua macam hubungan,yakni hubungan dengan hati,kemudian menjadi sesuatu yang dicintai,ingin tetap memilikinya dan berdukacita jikalau kehilangan.Selain itu,ada pula hubungan dengan tubuh iaitu dengan jalan bekerja untuk menghasilkannya,melindunginya dan mempertahankan untuk tetap menjadi miliknya.

Dunia yang tercela dan yang terpuji:
Lebih dulu,perlu kita ketahui sampai dimana nilai atau harga dunia ini bagi Allah S.W.T,iaitu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Bahawasanya kehidupan didunia ini adalah sebagai permainan,gurau senda,hiasan,saling berbanggaan antara engkau semua dan berbanyak-banyakkan dalam hal harta dan anak-anak".
(Surah Al-Hadid"Ayat 20)
Selain itu ada sebuah cerita dalam hadis,bahawasanya Rasulullah S.A.W pada suatu hari sedang sedang berjalan-jalan,tiba-tiba dilihatnya seekor kambing yang sudah mati menjadi bangkai.Kemudian beliau bertanya kepada sahabat-sahabatnya:"Apakah engkau semua faham/tahu/mengerti bahawa kambing semacam ini sudah dianggap oleh empunya sebagai suatu yang amat hina?'.
Para sahabat menjawab:"Memang hina sekali,oleh kerana itu lalu dibuang".
Selanjutnya beliau bersabda yang bermaksud:
"Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya nescayalah dunia ini lebih hina bagi Allah daripada kambing(bangkai)ini,bagi yang empunya.Andaikata dunia ini masih ada nilainya yang sama dengan selembar sayap nyamuk,nescayalah Allah tidak akan memberikan minuman setegukpun kepada orang kafir".
Jadi,maksudnya ialah oleh sebab dunia ini bagi Allah tidak ada harganya sama sekali dan dianggap sangat hina,maka sekalipun orang kafirpun tetap diberi rezeki.Oleh kerana sangat hinanya dunia ini,maka mencintai dunia itu secara berlebih-lebihan adalah termasuk kesalahan,sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Mencintai dunia itu adalah merupakan pokok pangkal dari semua kesalahan(dosa)".
Sesudah kita mengetahui keadaan nilai dunia ini,maka perlu dimaklumi pula,manakah di antara dunia itu yang terpuji dan mana yang tercela.
1.Dunia yang berupa apapun,yang dapat mengawani kita sesudah kita berada di akhirat nanti dan dapat dirasakan buahnya setelah meninggal dunia,maka itulah yang termasuk dalam dunia yang terpuji,seperti harta yang dibelanjakan untuk kebaikkan,sedekah,zakat,ilmu yang bermanafaat,amal serta anak yang soleh dan sebagainya.
2.Dunia yang berupa apapun yang hanya dapat dirasakan kemanfaatannya ketika kita berada di dunia sahaja,lagi tidak membuahkan sesuatu yang dapat dipetik diakhirat,apalagi yang malahan memberatkan beban dan tanggungan kita di waktu yaumul hisab/hari hisab(perhitungan amal),maka itu semua termasuk dunia yang tercela,seperti bersenang-senangan dalam kemaksiatan,berlebih-lebihan dalam segala sesuatu sekalipun dibolehkan atau dihalalkan dalam agama,sehingga termasuk golongan mubazzir,membelanjakan harta untuk menolong atau membantu apa-apa yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T dan lain-lain lagi.
3.Dunia yang merupakan pertengahan antara kedua perkara di atas,jelasnya dapat menjadi urusan akhirat jikalau benarniat dan kehendaknya,misalnya menjaga tetapnya kesihatan tubuh agar kekal dapat menjalankan ibadat,dapat langsung mencari ilmu pengetahuan dan banyaknya amal.
Demikianlah pula seperti memiliki kereta untuk digunakan berda'wah dan bertabligh,juga mengusahakan kecukupan dalam kehidupan,supaya tetap keimanan yang ada di dalam hati dan tidak mudak terseleweng keimanannya itu,semata-mata hanya kerana ditunjuki beras dan ubi.Yang sedemikian ini termasuklah dalam ucapan:
"Addunia mazra'atul akhirah"
"Dunia adalah tempat menanam untuk akhirat".
Kebalikkannya diatas itu ialah apabila kesihatan tubuh,kenderaan serta kecukupan kehidupan itu hanya dipergunakan untuk memuaskan hawa nafsu belaka,maka itulah yang akan menyebabkan keselakaan diri sendiri.Oleh sebab itu,perlu sekali kita berhati-hati dan perlu pula menertibkan keniatan dalam hati itu,agar selalu memperoleh keredhaan Allah S.W.T.Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;