Khamis, 3 Disember 2009

2.Abu Al-Abbas As-Saffah [132-136 Hijrah (750-754 Masihi)]

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Pengenalan Diri Dan Peribadinya
Beliau ialah Abdullah bin Muhammad dan lebih terkenal dengan gelaran Abu al-Abbas as-Saffah,lahir di wilayah al-Hamimah tahun 104 Hijrah dan dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiah yang pertama ketika berlakunya serangan tentera Abu Muslim yang bergerak mara dari Khurasan untuk merampas kuasa dari kerajaan Umaiyah.Sebelum dilantik menjadi Khalifah beliau telah diserahkan memimpin kaum ‘Abbasiah oleh Ibrahim bin Muhammad yang telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri.
Beliau adalah seorang yang gagah berani,kuat ingatan dan bersikap keras terhadap kaum Bani Umaiyah,saangat suka berperang hingga digelar as-Saffah yang bererti penumpah darah.
Dalam masa memegang teraju pemerintahan,beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjalinkan tindakan-tindakan keras terhadap orang-orang yang menjadi musuhnya terutama kaum Bani Umaiyah.Mereka diburu dan dikejar dengan hebatnya di mana-mana sahaja mereka berada.Tindakan seperti itu juga dijalankan terhadap orang-orang yang telah berjasa besar dalam gerakan mendirikan kerajaan ‘Abbasiah dahulu termasuklah Abu Salmah al-Khalali,kerana dicuriga memindahkan pemerintahan kepada keluarga Saiydina Ali dari kaum Syiah.
As-Saffah pada mulanya memilih bandar Kufah sebagai pusat pemerintahannya,tetapi selepas itu berpindah ke al-Hijrah dan kemudiannya ke al-Anbar pula.Kebanyakkan daripada pegawai-pegawai tingginya terdiri daripada kalangan bapa-bapa saudara dan sepupunya sahaja.
Kemajuan Negeri Di Zamannya
Setelah menjalankan siasatan pemerintahan secara kekerasan yang menyebabkan rakyat jelata terpaksa tunduk di bawahnya,maka beliau sempat pula menjalankan beberapa usaha untuk kemajuan negeri.Di antaranya:
1.Mengadakan rumah-rumah api di tempat-tempat tertentu sebagai pedoman kepada orang-orang musafir dan yang sesat.
2.Memperbaiki peraturan jalanraya dengan meletak batu-batu tanda jarak jauh perjalanan di sepanjang jalan di antara Mekah dan Kufah.
3.Membuka sebuah bandar baru di Iraq dengan diberi nama “al-Hasyimiah”.
4.Memperkuatkan angkatan tentera untuk mempertahankan Negara dari ancaman kerajaan Rome dan Perancis yang sentiasa mencari peluang untuk menyerang Negara Islam.
Kemangkatannya
Setelah memerintah selama kira-kira 4 tahun lebih,maka dalam tahun 136 Hijrah (754 Masihi) as-Saffahpun mangkat dalam usia 33tahun.Sebelum mangkatnya beliau telah melantik saudaranya Abu Ja’afar sebagai Khalifah yang akan menggantikannya.Waallahua’lam.(Bersambung)


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“TAKBIR!!!!ALLAHUAKHBAR!!!!!!”

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;