Ahad, 22 November 2009

Ibadat Kerohanian Wahabi Berbeza Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Tanpa ilmu,tasauf atau pengetahuan fardu ain amalan orang Islam tidak mantap.

Oleh:Muhammad Uthman El-Muhammady.

Selepas dua penulisan lalu yang menerangkan secara ringkas perbezaan Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah,tulisan kali ini bertumpu kepada huraian konsep dan amalan ibadat dan juga hidup kerohanian fahaman Wahabiah.
Kita mulakan dengan huraian mengenai syahadah yang menjadi syarat bagi seseorang itu menjadi orang Islam kerana apabila Islam,barulah ibadatnya diterima Allah S.W.T.
Seperti dinyatakan sebelum ini,syahadah golongan ini mesti ada lima syarat,barulah mereka selamat menjadi orang Islam,sekaligus hukum Islam berjalan atasnya,nyawa dan hartanya selamat.
Syarat berkenaan ialah menyebut lafaz syahadah,faham ertinya,berikrar mengenai keesaan Tuhan,menyeru kepadaNya dan kufur terhadap apa yang disembah selain Allah S.W.T.
Huraian seperti ini tidak pernah ada dalam mana-mana kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hanya ada pada kitab Wahabi sahaja.Dalam Ahli Sunnah,apabila orang mengucap syahadah,sah Islamnya,dan selamatlah nyawa dan hartanya.Jikalau dia tidak percaya tetapi disembunyikan daripada orang lain,itu adalah perkara antara dia dan Tuhan dan masyarakat Muslimin masih bergaul dengannya dan menganggapnya masih orang Islam.
Mentauhidkan Allah S.W.T dan beriman kepadaNya bererti beribadat dan taat kepadaNya.Seseorang yang beribadat kepada Tuhan jangan bersikap syirik terhadapNya.
Huraian mengenai konsep tauhid dibahagi tiga secara terpisah perlu disebut lagi kerana mereka menjadikannya alat atau senjata menyamakan orang Islam(kerana tawassul disebut menyembah kubur atau menyembah orang mati)dengan penyembah berhala,lalu timbul hukum syirik dan orangnya boleh dibunuh,manakala halal darah dan hartanya.
Hujahnya ialah penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiah iaitu mengkui Tuhan menjadikan alam,memberi rezeki,berkuasa dan lainnya.Dia menyembah berhala itu sebagai perantaraan untuk berdampingan dengan tuhan.Kata mereka,ini sama dengan orang yang mengucap 'Lailahaillalah' pergi berdoa dikubur nabi atau kubur orang soleh untuk mendapat berkat sebagai perantara dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu hajat.Kata pengasas golongan Wahabi saja,tidak ada pada golongan lain.
Dalam ajaran Ahli Sunnah dibenarkan melawat kubur dan berdoa di situ untuk keampunan ahli kubur atau memohon kepada Tuhan dengan berkat orang soleh supaya Tuhan menunaikan hajatnya.Ini diharauskan dan hadisnya ada diriwayatkan dalam kitab yang panjang.
Sebenarnya membandingkan orang Islam yang berdoa di kubur itu dengan penyembah berhala kerana orang Islam dikatakan menyembah kubur atau menyembah orang mati.Dakwaan menyembah kubur itu tidak benar kerana orang Islam ke kubur untuk untuk menziarahi kubur kerana Allah dan perbuatan ini digalakkan dalam hadis nabi seperti amalan berdamping dengan Tuhan.Ini bermakna orang yang melawat itu tidak menyembah kubur.Oleh itu istilah kuburiyyun tidak benar,kecuali kalau dimaksudkan untuk kaum yang sesat yang sememangnya menyembah kubur(seperti berlaku disesetengah negeri yang mempunyai ajaran sesat sedemikian).
Orang Islam menyembah Allah S.W.T,bukan menyembah kubur.Mereka berdoa kepada Allah S.W.T di kubur untuk mendapat berkat.Itu dibenarkan dan disebut tawassul,ataupun disebut mendapat syafaat dan perbuatan itu ada dalam Ahli Sunnah.
Hakikatnya,penyembah berhala itu memang menyembah berhala dan hanya apabila dihujah,penyembah berhala mengelak daripada terkena hujah lalu ia membuat helah menyebut berhala itu sekadar perantara sahaja,sedangkan ditujukan kepada Tuhan Yang Esa.
Dalam hubungan ibadat,antaranya kita boleh melihat istilah 'menyeru' pada golongan ini;huraian 'simplistic' mengenai 'menyeru' difahami secara zahir (literal),pada mereka kita tidak boleh menyeru kepada orang mati,sebab al-Quran melarangnya dalam ayat yang bermaksud:
"Janganlah kamu menyeru selain daripada Allah S.W.T."
(Surah As-Syuara:Ayat213:Surah Al-Qasas:Ayat88)
Larangan oleh al-Quran ialah menyeru sebagai beribadat kepada Allah S.W.T dalam doa.Kalau menyeru:"Wahai ahli kubur,mudah-mudahan Allah S.W.T ampunkan kami dan kamu",itu tidak mengapa.
Demikian juga tidak mengapa jika menyeru seperti Saidina Bilal menyeru Rasulullah apabila melawat kuburnya.Ketika dalam solatpun kita menyeru Rasulullah dalam tahiyyat yang bererti 'Sejahteralah atas tuan hamba wahai Rasulullah rahmat Allah S.W.T dan keberkatannya.Yang tidak boleh ialah menyembah orang dalam kubur itu.
Perkara yang dilarang disini ialah menyembah kubur atau orangnya.Tetapi tidak ada pengikut Ahli Sunnah yang melakukan demikian kecuali orang yang sesat.Bagaimanapun,tuduhan berterusan dibuat golongan Wahabi kepada Ahli Sunnah.Ini boleh dilihat dalam sejarah bagaimana mereka sampai berperang dengan orang Turki Uthmaniah dan lainnya kerana konon mereka terkeluar daripada Islam. Salam yang mereka tujukan kepada mereka - seperti yang ada dalam kitab sejarah mereka sendiri, adalah salam yang diberikan oleh Musa kepada Firaun.
Dalam hubungan dengan ibadat, apabila kita berbincang mengenai solat, golongan ini ( Wahabi ) tidak mahu kita mengikuti ibadat solat seperti yang ada dalam ajaran fiqh mengikut mazhab. Katakan di Malaysia, kita sembahyang mengikut Imam Syafie. Mereka mahu kita 'sembahyang nabi ' dan maksud ' sembahyang nabi ' itu ialah sembahyang yang dihuraikan oleh Syeikh Nasir Al- Din Al-Bani dalam bukunya Solatun-Nabi.
Kalau kita solat mengikut mazhab kata mereka, itu bukan sembahyang nabi, itu sembahyang imam mazhab; itu bidaah kata mereka. Jadi kalau kita belajar solat mengikut ajaran ibubapa kita, maka logiknya boleh dikatakan solat ibubapa dan demikianlah seterusnya.
Bagi Ahli Sunnah, wajib orang yang bukan mujtahid mengikut imam mujtahid kerana diperintah oleh Al- Quran- bertanyalah kepada ahli ilmu yang tertinggi dalam syariat ialah imam mujtahid; sebenarnya orang seperti Nasir Al-Din Al-Bani pun perlu bertanya kepada imam mujtahid; dengan merujuk kepada teks mereka dan mengikut panduan mereka tetapi dia tidak mahu kerana memikirkan dia mujtahid. Wallahu'alam.
Pada Ahli Sunnah, semua imam mujtahid berada dijalan yang betul ( Sirat Al-Mustaqim ). Dalam hubungan dengan ibadat juga, mereka membidaahkan azan dua kali pada hari Jumaat, ( kalau begitu sahabat nabi seperti Saidina Othman pun buat bidaah ). Qunut subuh, berdoa dan mengaminkannya beramai-ramai di masjid, zikir, membaca Yasin malam Jumaat semua dikatakan bidaah.
Dalam hubungan dengan hidup rohaniah juga mereka menentang Tasauf padahal diijmakkan dalam Ahli Sunnah ia sebahagian daripada ilmu syara' yang sah.Imam Ahmad bin Hanbal terut terbabit dalam Tasauf.Hakikatnya,tanpa ilmu dan amalan Tasauf atau sekurang-kurangnya sekadar tahap fardhu ain,hidup ibadat dan kerohanian orang Islam tidak mantap.Wallahu'alam.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"










0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;