Rabu, 11 November 2009

Panduan Kekal Amalan Baik Selepas Ramadhan

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum...Alhamdulillah..syukur saya kehadrat ilahi..kerana bagi kepada saya ruangan masa untuk menulis artikel terbaru..
Hari ini saya akan bagi beberapa tips ataupun panduan untuk kekal amalan baik selepas bulan ramadhan.
Sememangnya kita telah tahu,bahawasanya bulan Ramadhan telah meninggalkan kita hampir 2 bulan lebih.Sedar ataupun tidak,pastinya itulah hakikatnya.Fikirkanlah apa yang telah kita lakukan pada bulan tersebut,samaada perkara baik ataupun perkara buruk.
Terus kepada tujuan asal kita iaitu tips-tips untuk kekal membuat perkara baik.Sebenarnya ianya ada banyak,tetapi hanya beberapa yang dianggap penting sahaja yang saya masukkan.Tipsnya adalah:
  • Cuba mencari pertolongan Allah untuk membimbing anda berada di jalan lurus dan tetap tetap teguh di landasan kebenaran.Mengenai perkara ini elok diperhatikan ayatal-Quran yang bermaksud:"(Mereka berdoa dengan berkata):Ya Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan melimpah-limpah pemberianNya.
  • Gigih mengikuti kuliah dan syarahan agama.
  • Menambah pengetahuan mengenai biografi nabi,sahabat dan golongan beriman samaada melalui buku atau sumber lain.Ia akan memandu anda untuk tetap berada pada landasan kebenaran serta mencontohi jejak langkah mereka yang terpuji dan diredhai Allah.
  • Mendengar rakaman ceramah agama.
  • Tekun mengerjakan ibadat(wajib)dengan penuh tanggungjawab.
  • Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan walaupun sedikit.Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:"....amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan,walaupun sedikit."
  • Mula memerhati ayat al-Quran.Baca ayat al-Quran yang anda pelajari ketika mengerjakan solat dan amalkan membacanya sekerap yang boleh.
  • Banyak berzikir(mengingati Allah)dan memohon keampunan daripada Allah.Amalan ini mungkin nampak kecil,tetapi jika selalu diamalkan,ia akan meningkatkan keimanan dan memberikan kekuatan kepada jiwa.
  • Waspada terhadap setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat,program televisyen yang tidak sopan,lagu dan gambar yang tidak elok.
  • Terakhir tetapi penting ialah taubat,iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan menyimpang daripada landasan kebenaran lagi.Allah suka apabila hamba-hambaNya dengan taubat yang sebenar-benarnya.Lebih-lebih lagi jika hambanya itu adalah orang yang masih muda.
Itulah antara tips-tips yang dapat saya tulis.Semoga kita semua dapat mengikutinya,supaya kita sentiasa berada di bawah lindunganNya dan menjadi hambaNya yang diredhai sebagaimana orang-orang yang terdahulu.Waallahu'alam.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;