Isnin, 16 November 2009

Syirik,Khurafat Boleh Membawa Sesat

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Assalamu'alaikum...Alhamdulillahirabbil'alamin...syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi macam-macam ni'mat kepada saya dan semua makhluk ciptaanNya.
Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah S.W.T yang maha kuasa,oleh itu ukuran sempurana atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.
Bagaimanapun,segelintir umat Islam yang belum benar-benar sempurna tauhidnya mencampurkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid.
Perlu difahami bahawa syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah S.W.T pada sifat Uluhiyyiah atau sifat Rububiyyah-Nya.
Sifat Uluhiyyiah Allah S.W.T ialah sifat yang berhak disembah,dipatuhi perintahNya,dicintai,diberi tumpuan dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak segala keburukan.
Manakala Sifat Rububiyah Allah S.W.T pula ialah sifatNya dalam mentadbir,mengurus,mendidik dan mengasuh makhluk ciptaanNya.
Oleh kerana itu,amatlah sesat dan syirik jika mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihi,mencintai,dan mentaati Allah S.W.T atau meminta selain mengharapkan sesuatu hajat daripada sebarang makhluk.
Firman Allah S.W.T di dalalam al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakinya.Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain),maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
(Surah An-Nisa':Ayat 48)
Berdasarkan kajian oleh pihak tertentu,kepercayaan dan amalan khuafat masih subur dalam masyarakat kita seperti percaya pada bomoh dan dukun untuk memenuhi sesuatu hajat termasuk pangkat,kedudukan dan pengaruh.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang menemui tukang tilik atau ahli sihir atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya akan apa yang dikatakan oleh mereka itu,sesungguhnya dia telah menggerunkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W."
Amalan khurafat lain pula termasuk memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal,pelaris perniagaan,penolak bahaya,penyembuh penyakit,penggerun,penunduk musuh dan sebagainya.
Rasulullah S.A.W melarang keras amalan memakai tangkal azimat dan di dalam sebuah hadis,baginda menyebut:
"Sesungguhnya jampi mentera,tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah syirik".
Selain itu,ada segelintir umat Islam yang percaya pada hari tertentu seperti Rabu yang boleh menandatangkan keburukkan kepada sesuatu pekarjaan seperti majlis kahwin,perasmian sesuatu program dan sebagainya.
Disebabkan yakin kepada kesialan hari tertentu,ada yang terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekarjaan sedangkan sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa jua pekerjaan.
Mutakhir ini kita dapati segelintir umat Islam mula mempercayai bintang dan angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan.
Justeru,ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli nombor tertentu seperti nombor pendaftaran kenderaan yang diyakini boleh membawa tuah.
Demikian juga kepercayaan kepada bintang yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran seseorang sehingga dijadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup.
Firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau(wahai Muhammad)menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.Oleh itu,sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)".
(Surah Yunus:Ayat 106)
Semoga kita tidak mengikuti golongan ini,Na'uzubillahiminzalik.Mintak jauh ya Allah!!!...Waallahu'alam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;