Ahad, 15 November 2009

Kecantikan dan Keindahan Seorang Wanita

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah
letaknya keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah
harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah
atau menunjuk-nunjuk.
dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi
kecuali perlu sahaja.
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat
atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau
mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak
terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan, bahkan istiqamah ibadahnya.
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercaya.
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya,
tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, "Abang ke mana?
Dari mana? Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?"
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur
dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat
meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia
tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
yang sukar dicari dan dijumpai di zaman ini..

dipetik: http://yuhazama.blog.friendster.com
CT:http://ibnu-alkulimi.blogspot.com

0 ulasan:

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;